Kenapa nak jadi Agent Unit Trust eh?

Nak tambah duit poket? Inilah jawapan yang selalu Ida dengar, maklumlah duit dari gaji hakiki tak cukup sekarang ni. Lagi-lagi banyak syarikat mula potong gaji akibat penularan wabak covid-19. Fuhh pening kalau pikir lama-lama. So onz ke agent unit trust ?

Orang kata pelaburan ini bagus, nak la jugak ada BANYAK DUIT macam diorang kan. Ini selalunya yang kita terfikir kan. tetapi fikir melabur je ingat rugiiii, fikir melabur je yang duk terlintas haram la, judi lah….. ish tapi elok je mereka UNTUNG dengan pelaburan dah tu elok je jaga agama mereka ni. Macam mana tu? So onz ke agent unit trust ?

Nak belajar dan ambil tahu hal pelaburan. Ye ilmu pelaburan ni tak ramai yang tahu. yang ramai sembang kencang je. Bila tanya mereka tak boleh jawab dengan fakta betul. Kalau minta ulas cara dari 1-10 terus terdiam. Jadi inilah peluang untuk kita belajar, faham dan sharing dengan mereka diluar sana mengenai ilmu berharga ni. Macam onz je agent unit trust ni.

Simpanan dan Pelaburan diajar oleh Islam. Pernah dengar ada yang ulas surah yusuf mengenai bekerja bersungguh-sungguh dan menyimpan sebahagian dari rezeki yang ada untuk digunakan pada waktu kemarau atau kesulitan.

Tafsir yurah yusuf ayat 47-49;

Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.

Agent Unit Trust ni ada passive income, ye ke? Iya benar, passive income dibayar selepas bulan ke6 dalam kerjaya ni di Public Mutual ye. Macam mana? Nah tengok ni

eh last month ni. Akibat penularan covid-19 agent unit trust tak boleh keluar bekerja kan..kan.. have to stay at home with family. Namun dapat passive income sebanyak 1558.10 pada bulan April 2020 best ke BEST ye. Eh eh… ni memang onzz sangat ni jadi agent unit trust.

Contact sekarang ye untuk daftar jadi agent unit trust dengan hidayahwan.

http://bloghidayah.wasap.my/sayanakjadiagentunittrust

Covid-19 Market Jatuh…. semua?

Covid-19 pasaran merah…

Covid-19 pasaran merudum…

Kesan wabak corona…

coronavirus

Tsunami melanda pasaran saham, ye terkesan kepada unit amanah. Ada satu cerita menarik, jom baca.

 

Sekarang bayangkan kita berada diatas kapal persiaran mewah menuju ke negara eropah. Ye ini adalah percutian mewah kita sekarang. Perjalanan mengambil masa selama 6 bulan. 3 bulan yang pertama perjalanan yang SERONOK hip hip horey bebeh. 1st time naik kapal mewah, dalam takut excited, dalam seronok gementar. Perasaan bercampur baur. Lama kumpul duit untuk beli tiket Kapal persiaran ni kan.

cruise investment

Sedang asyik mandi kolam besar yang nampak bintang-bintang berkelipan indah, lagu pulak best… wahhh asyiknya…. nikmat dunia mana lagi yang nak didustakan. Tiba-tiba Kapal persiaran GAH ni bergoyang-goyang dan kapten kapal buat 1 pengumuman yang kita semua tak nak dengar

“Perhatian kepada semua, kita sedang melalui kawasan gelombang ombak yang besar. Keadaan tidak mengizinkan anda menikmati keseronokan dibahagian luar kapal. Sila pulang ke bilik masing-masing. Kamu semua tidak dibenarkan keluar dari bilik. Duduk diam-diam nikmati keindahan bilik mewah anda. Jangan risau makanan sedap akan dihantar 6 kali sehari kebilik anda semua. Selamat menikmati kemewahan bilik”.

panic

Setiap 2-3 hari ada pengumuman penting keadaan semasa ombak besar diluar sana. Namun kami merasa seronok dibilik masing-masing menikmati kemewahan bilik, dihidangkan makanan lazat dan hiburan cerita yang menyeronokkan. Hampir tiada masa bosan walaupun berkurung didalam bilik masing-masing.

Dan akhirnya pengumuman penting dari kapten kapal berbunyi “Syukur alhamdulillah, kita berjaya melalui kawasan ombak besar dalam jangka masa 1 bulan dengan jayanya. Semua selamat dan berbahagia dibilik masing-masing. Terima kasih kerana memberi kerjasama yang hebat. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi untuk kami cuba sebaik mungkin menyelamatkan semua melalui kawasan ombak besar. Sekarang anda semua boleh menikmati keindahan alam diluar. Langit sudah cerah, keluarlah lihat betapa gembiranya burung-burung berterbangan dilangit biru. Selamat bergembira”.

happy face

Kami meneruskan kegembiraan diatas kapal mewah selama lagi 2 bulan. Bila kami keluar dari kapal, ada bahagian kapal yang rosak disana sini. Kami melihat pihak kapal bertungkus lumus baiki bahagian rosak. Seolah tidak percaya, kami tidak perasan berapa besar ombak yang menyebabkan kerosakan begitu berlaku pada kapal kami, kerana kami berseronok dibilik semasa tempoh yang dasyat itu. WOW, syukur. Dalam tempoh sebulan semua korosakan dah dibaiki dan cantik kembali.

Akhirnya kami sampai ke negara eropah yang dituju dengan selamat, disambut gilang gemilang oleh pihak sana. WOW HEBATNYA. SERONOKNYA ohhh begini rupanya pengalaman menaiki kapal mewah.

market up

Apa kaitan dengan pelaburan di musim covid19? Baca disini nak tahu lanjut disini

Kembangkan kewangan dengan Unit Amanah?

Unit Amanah ni apa?

Unit amanah adalah skim pelaburan pengumpulan wang orang ramai yang dikumpulkan dalam 1 dana dimana objektif kesemua pelabur ini adalah sama. Dana ini akan dilaburkan dan diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional dalam portfolio sekuriti mengikut objektif dan strategi pelaburan dana.

Faedah melabur di dana unit amanah

  1. Diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.
  2. Pulangan kompetitif dalam bentuk keuntungan modal dan pengagihan keuntungan.
  3. Kepelbagaian pelaburan yang meluas bagi meminimumkan risiko dan votaliti.
  4. Transaksi yang mudah dan senang.
  5. Kecairan pelaburan yang tinggi.
  6. Dipantau selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  7. Keuntungan melalui strategi kompoun.

Strategi kompounding POWER!

Semakin awal mula melabur semakin BESAR PULANGAN BERGANDA

semakin awal mula semakin banyak profit

Pulangan Cik Alia sebanyak RM1,067,003 yang mula 10 tahun awal dari Puan Lee. Keuntungan Cik Alia lebih dari 50% berbanding Puan Lee. Lewat 10 tahun dan keuntungan kurang separuh ini wow kan.

Bersedia untuk mulakan pelaburan?

Pelaburan di unit amanah boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu:

  1. Sejumlah wang yang ada
  2. Simpanan bulanan melalui transaksi dari bank
  3. Pemindahan wang dari akaun1 (bersyarat)

Hubungi Perunding Unit Amanah http://bloghidayah.wasap.my/ segera

 

Ye ke melabur di unit trust boleh untung???

Pelabur unit amanah yang melabur dalam jangka masa panjang sahaja yang terBUKTI mendapat keuntungan berGANDA dari pelaburan UNIT AMANAH.

Walaupun tidak ada tempoh masa yang tetap dalam menentukan tempoh masa pelaburan yang betul sepanjang jangka masa 10 tahun. Langkah memilih untuk TERUS MELABUR dalam JANGKA MASA 10 TAHUN adalah langkah pelaburan yang TERBAIK dalam pelaburan UNIT AMANAH. Manfaatnya:

  1. KeUNTUNGAN BERGANDA vs MASA.

untung berganda vs masa

Nilai RM10,000 dengan pulangan secara purata 6.0% setiap tahun selepas 30 tahun.

Untuk keUNTUGAN BERGANDA adalah penting memulakan pelaburan lebih awal. Pelaburan yang lebih awal adalah pelaburan yang lebih banyak keUNTUNGAN BERGANDA. Ini kerana semakin lama wang dibiarkan berganda secara kompoun, maka makin bergandalah keuntungan pelabur. Bukan jumlah wang yang banyak tetapi TEMPOH MASA pelaburan itu memBUKTIKAN pelaburan akan lebih berKEMBANG.

Sifat seorang pelabur boleh disamakan dengan sifat seorang petani yang menunggu sepanjang musim bagi tanah menghasilkan TANAMAN BERHARGA. Begitu juga PELABURAN KEWANGAN memerlukan masa yang mencukupi untuk mendapatkan GANJARAN dari PELABURAN

2. Potensi KeUNTUNGAN BERGANDA

Portfolio dana UNIT AMANAH akan mendapat manfaat daripada pelaburan jangka masa panjang kerana pelaburan perniagaan akan mengambil masa untuk matang. Sebagai contoh perniagaan kilang pembuat sarung tangan memerlukan beberapa tahun masa untuk melabur dalam kapasiti baru dan memulakan pengeluaran sebelum ia menjana potensi keUNTUNGAN dari pelaburannya.  Kemudian para pelabur mendapat manfaat dari PULANGAN berPOTENSI TINGGI jika ia diberi masa untuk berKEMBANG.

3. Jaga EMOSI, JAGA EMOSI

Manfaat lain ialah dengan menggunakan pendekatan pelaburan jangka masa panjang ialah dengan menghalang pelabur dari membuat keputusan pelaburan secara berEMOSI. Tindakan dalam emosi yang tidak stabil akan mengundang kepada kerugian dalam pelaburan. Mengekalkan objektif pelaburan jangka masa panjang, fokus kepada matlamat kewangan jangka panjang lebih baik dari menukar masuk dan keluar dana. Menukar dana bukanlah strategi dalam pelaburan unit amanah. Menurunkan kos ringgit dalam pelaburan secara bulanan, suku tahunan atau setengah tahun sekali adalah strategi yang boleh membantu menurunkan kos ringgit dan memberikan pulangan BERGANDA kepada PELABUR dalam semua peringkat kitaran pasaran.

Kata kata Warrent Buffet ” Tiada siapa membeli ladang kerana mereka fikir hujan atau pun tidak tahun berikutnya, namun mereka membeli ladang kerana mereka fikir ia adalah pelaburan terbaik untuk jangka masa 10 ke 20 tahun akan datang”.

Cuba baca konsep unit amanah, untuk lebih faham.

 

COVID 19 – Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19
 
1. Apakah yang dimaksudkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19?
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud semua peminjam diberikan penangguhan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang diluluskan.
 
2. Siapakah yang akan diberikan penangguhan bayar balik COVID-19 ini?
Semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.
 
3. Bagaimanakah untuk memohon penangguhan COVID-19?
Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan akan diberikan secara automatik.
 
 
4. Bilakah penangguhan bayaran balik COVID-19 akan berkuat kuasa?
Penangguhan bayaran balik akan berkuat kuasa serta merta mulai 19 Mac hingga 30 Jun 2020.
 
5. Apakah manfaat yang diperoleh oleh peminjam?
Peminjam diberikan penangguhan membayar balik pinjaman dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.
 
6. Adakah saya perlu membuat pembatalan potongan gaji atau direct debit sedia ada?
Potongan gaji atau direct debit sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ direct debit, permohonan hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/covid-19) mulai 23 Mac hingga 15 April 2020.
 
7.Adakah penangguhan bayaran balik ini akan diteruskan sekiranya wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya?
Semakan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.
 
8. Adakah tempoh bayaran balik pinjaman saya akan dilanjutkan kesan dari penangguhan ini?
Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik.
 
9. Adakah permohonan pertukaran ujrah/ penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan ini?
Tidak boleh. Ditangguhkan sehingga 30 Jun 2020. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui Portal Rasmi PTPTN (e-Aduan) dan talian Careline 03-2193 3000

Saranan sejumlah wang bayaran PTPTN untuk dilaburkan?