COVID 19 – Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19
 
1. Apakah yang dimaksudkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19?
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud semua peminjam diberikan penangguhan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang diluluskan.
 
2. Siapakah yang akan diberikan penangguhan bayar balik COVID-19 ini?
Semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.
 
3. Bagaimanakah untuk memohon penangguhan COVID-19?
Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan akan diberikan secara automatik.
 
 
4. Bilakah penangguhan bayaran balik COVID-19 akan berkuat kuasa?
Penangguhan bayaran balik akan berkuat kuasa serta merta mulai 19 Mac hingga 30 Jun 2020.
 
5. Apakah manfaat yang diperoleh oleh peminjam?
Peminjam diberikan penangguhan membayar balik pinjaman dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.
 
6. Adakah saya perlu membuat pembatalan potongan gaji atau direct debit sedia ada?
Potongan gaji atau direct debit sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ direct debit, permohonan hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/covid-19) mulai 23 Mac hingga 15 April 2020.
 
7.Adakah penangguhan bayaran balik ini akan diteruskan sekiranya wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya?
Semakan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.
 
8. Adakah tempoh bayaran balik pinjaman saya akan dilanjutkan kesan dari penangguhan ini?
Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik.
 
9. Adakah permohonan pertukaran ujrah/ penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan ini?
Tidak boleh. Ditangguhkan sehingga 30 Jun 2020. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui Portal Rasmi PTPTN (e-Aduan) dan talian Careline 03-2193 3000

Saranan sejumlah wang bayaran PTPTN untuk dilaburkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.