PELAN STRATEGI PELABURAN

Melabur bukan sekadar melabur — tetapi membina arah untuk kewangan masa depan. Ramai orang tahu mereka perlu melabur. Tetapi persoalannya:

“Saya nak melabur… tapi nak mula dari mana?”

Berapa banyak yang perlu dilaburkan?
Berapa lama perlu disimpan?
Tahap risiko yang sesuai bagaimana?
Dan yang paling penting — adakah pelaburan tersebut benar-benar selari dengan matlamat kewangan kita?

Di sinilah pentingnya mempunyai Pelan Strategi Pelaburan. Pelan Strategi Pelaburan ialah satu perancangan yang membantu seseorang menyusun strategi pelaburan berdasarkan keadaan kewangan, matlamat, tempoh pelaburan dan tahap toleransi risiko. Klik sini untuk booking slot bincang https://lnk.bio/hw07

Bagi saya, pelaburan bukan tentang mengejar pulangan paling tinggi. Pelaburan yang baik ialah pelaburan yang sesuai dengan seseorang pelabur.

Sebab setiap orang mempunyai perjalanan kewangan yang berbeza.

1. Ada yang mahu mengembangkan simpanan

2. Ada yang mahu menyediakan dana persaraan.

3. Ada yang mahu menggunakan sebahagian daripada simpanan persaraan untuk membina portfolio.

4. Ada yang mahu menyediakan dana pendidikan anak.

5. Dan ada juga yang mahu membina sumber pendapatan pasif untuk masa hadapan. Klik sini untuk temujanji https://lnk.bio/hw07

Bagaimana saya membantu?

Dalam sesi bersama saya, kita akan melihat beberapa perkara penting:

1. Kenal pasti matlamat kewangan

Apa yang anda mahu capai?

RM100,000?
RM500,000?
Dana persaraan?
Dana pendidikan anak?
Atau membina portfolio jangka panjang?

Matlamat yang jelas membantu kita menentukan strategi yang lebih teratur.

2. Tentukan tempoh pelaburan

Pelaburan untuk 3 tahun tidak sama dengan pelaburan untuk 10 atau 20 tahun. Lebih jelas tempoh pelaburan, lebih mudah untuk menyusun strategi yang sesuai. Dah ada tempoh pelaburan? Klik sini untuk temujanji https://lnk.bio/hw07

3. Fahami tahap risiko

Setiap pelabur mempunyai tahap keselesaan terhadap turun naik pasaran yang berbeza. Sebab itu kita perlu duduk dan berbincang untuk hala tuju pelaburan.

4. Bina portfolio

Portfolio boleh disusun berdasarkan matlamat, tempoh pelaburan dan profil risiko pelabur. Matlamatnya bukan sekadar mempunyai pelaburan. Matlamatnya ialah mempunyai portfolio yang mempunyai tujuan.

5. Review dan monitor

Pelan pelaburan bukan sesuatu yang dibuat sekali kemudian dilupakan. Keadaan kewangan, matlamat hidup dan keadaan pasaran boleh berubah. Sebab itu portfolio perlu disemak dari semasa ke semasa supaya strategi kekal relevan dengan perjalanan kewangan pelabur. Faktor ni paling penting, semasa sesi perbincangan kita akan terus tetapkan untuk sesi seterusnya.

Bukti Sebenar Daripada Pelabur

Saya percaya pengalaman sebenar pelabur lebih bermakna daripada sekadar bercakap tentang teori. Di bawah ini saya akan kongsikan beberapa contoh perkembangan portfolio/pulangan pelabur yang telah melalui proses perancangan dan pemantauan bersama saya.

Namun, penting untuk difahami: Prestasi terdahulu bukan jaminan prestasi masa hadapan.

Nilai pelaburan boleh naik dan turun bergantung kepada keadaan pasaran dan pelaburan yang dipilih. Apa yang saya tekankan ialah proses memahami matlamat, membina strategi, mengurus risiko dan melakukan review secara berkala. Teruja? Mula dengan temujanji https://lnk.bio/hw07

Pelaburan Yang Ada Arah

Saya tidak mahu anda hanya berkata: “Saya ada investment.”

Tetapi anda boleh berkata:“Saya tahu kenapa saya melabur, berapa lama saya melabur dan apa yang saya cuba capai.”

Itulah perbezaan antara sekadar melabur dengan melabur berdasarkan perancangan. Kalau anda sudah mempunyai simpanan tetapi masih belum mempunyai strategi pelaburan yang jelas, mungkin sudah tiba masanya untuk kita duduk bersama dan melihat semula kedudukan kewangan anda.

Jom bina Pelaburan anda bersama saya.

Kenal pasti matlamat.
Susun strategi.
Bina portfolio.
Review secara berkala.

Build a Healthier Portfolio

HidayahWan
Your Advisor

https://lnk.bio/hw07

Nota: Pelaburan melibatkan risiko. Sebarang keputusan pelaburan hendaklah dibuat berdasarkan objektif, kemampuan dan profil risiko individu. Prestasi terdahulu tidak semestinya menunjukkan prestasi masa hadapan.

Apa Objektif Melabur?

Melabur Ibarat Menanam Pokok

Tanam Hari Ini, Nikmati Hasilnya Pada Masa Hadapan inilah konsep melabur yang sebenar.

Pernah Tak Terfikir? 💭 Bila bersara nanti

  • Adakah simpanan mencukupi?
  • Berapa lama simpanan boleh bertahan?
  • Perlukah terus bekerja?

Persoalan sebenar ialah: Adakah wang kita bekerja untuk kita?

Konsep Melabur seperti Menanam Pokok

🌱 Hari pertama kita akan menanam benih. Benih belum ada daun apatah lagi buah. Jadi apa yang penting supaya benih menjadi pokok yang membuahkan hasil dikemudian hari? Kita perlukan:

  • Masa
  • Disiplin
  • Kesabaran
  • Penjagaan

Pelaburan Juga Sama

🌱 Menyimpan secara konsisten

💧 Tambah pelaburan

☀️ Beri masa kepada compounding

🌳 Portfolio semakin matang

🍎 Hasil mula dinikmati

Jangan Cabut Pokok Setiap Minggu

Ramai orang gagal dalam melabur kerana…

❌ Baru tanam sudah mahu hasil

❌ Tak sabar bila pasaran turun

❌ Berhenti menyimpan

Sedangkan…Pokok perlukan masa untuk berbuah. Berapa lama pokok ambik masa untu berbuah? Bergantung kepada pokok apa yang kita tanam dan setiap dari kita perlukan dan tanam pokok yang tak sama.

Dua Cara Hidup Selepas Bersara

Ahmad – Guna SimpananMohd – Bina Aset Semasa Bekerja
💰 Bersara dengan simpanan RM500,000🌱 Bersara dengan portfolio pelaburan yang telah dibina
Menggunakan simpanan untuk perbelanjaan harianPortfolio terus dilaburkan mengikut strategi pelaburan
RM500,000 → RM450,000Berpotensi menerima dividen atau pendapatan daripada pelaburan*
RM450,000 → RM300,000Pendapatan pelaburan boleh membantu menampung perbelanjaan
RM300,000 → RM100,000Modal utama terus kekal dilaburkan dan berpotensi berkembang
❌ Simpanan semakin berkurangan✅ Aset terus bekerja untuk anda
❌ Berisiko kehabisan wang✅ Berpotensi mempunyai aliran pendapatan selepas bersara*

Kuasa Compounding

Semakin awal bermula ➡️ Semakin banyak masa

Semakin banyak masa ➡️ Semakin besar peluang wang berkembang

Masa adalah kawan terbaik pelabur.

Bila Masa Terbaik Untuk Menanam Pokok?

🌳 20 tahun dahulu. Jika belum…Hari kedua terbaik ialah…Hari Ini.

Jangan Tunggu Kaya Baru Melabur

Melaburlah supaya suatu hari nanti…

✔ Wang bekerja untuk anda

✔ Anda tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan

✔ Persaraan menjadi lebih tenang

“Tanam hari ini. Nikmati hasilnya pada masa hadapan.”

“Ramai orang menyimpan untuk bersara. Tetapi matlamat yang lebih baik ialah membina aset yang berpotensi menjana pendapatan ketika bersara.”

Hidayah Wan
Group Agency Manager

Buat 2 cara ni je jimat 50% Loan Rumah

Ramai pemilik rumah menyangka satu-satunya cara untuk mengurangkan pinjaman perumahan ialah dengan membayar ansuran bulanan sehingga tamat tempoh. Sebenarnya, terdapat strategi yang boleh membantu anda menjimatkan faedah dan melangsaikan pinjaman lebih awal. Cuma orang bank tak suka ni.

Sebenarnya, salah satu caranya ialah membuat bayaran lump sum terus kepada bahagian prinsipal. Sebagai contoh; setiap tahun, kita boleh gunakan bonus, dividen, keuntungan pelaburan atau simpanan untuk membuat bayaran tambahan. Apabila prinsipal berkurang, baki pinjaman menjadi lebih rendah, sekali gus mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan pada masa hadapan.

Sebagai contoh boleh perhatikan contoh pengiraan mudah (anggaran) jumlah pinjaman rumah kita dengan kiraan interest rate sebanyak 4.1% untuk 35 tahun.

ButiranNilai
Harga RumahRM300,000
Tempoh Pinjaman35 Tahun
Kadar Faedah4.0% setahun
Ansuran Bulanan± RM1,328
Jumlah Bayaran Keseluruhan± RM557,760
Jumlah Faedah Dibayar± RM257,760

Jumlah loan rumah kita sebanyak RM300,000, tetapi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM557,760 dengan bayaran sebanyak RM1328 sebulan selama 35 tahun.

2 Cara Kurangkan Jumlah Loan Rumah

✅ Cara 1

Bayar Lump Sum Terus Kepada Principal

  • Gunakan duit bonus, hasil dividen atau simpanan kita.
  • Bayar RM8,000 setahun terus ke akaun pinjaman dibahagian prinsipal.
  • Baki principal berkurang.
  • Faedah yang dikenakan juga semakin rendah.
  • Tempoh pinjaman boleh menjadi lebih singkat.
TahunLump Sum DibayarJumlah Lump Sum Terkumpul
2RM8,000RM8,000
3RM8,000RM16,000
4RM8,000RM24,000
5RM8,000RM32,000
6RM8,000RM40,000

Jadi bila dikira, untuk tahun ke-2; selepas bayaran lump sum RM8000 dibuat keatas prinsipal. Jumlah prinsipal akan menurun sebanyak RM8000 dari jumlah semasa. Dan jumlah ini berlanjutan berkurang setiap tahun sebanyak RM8000 dari jumlah yang kita bayar lump sum tadi.

✅ Cara 2

Mohon Kadar Faedah (Interest Rate) Yang Lebih Rendah

  • Hubungi bank setiap tahun untuk mengurangkan interest rate loan rumah.
  • Semak sama ada kadar semasa lebih rendah.
  • Minta bank semak semula kadar pinjaman.
  • Walaupun turun 0.1%–0.2%, anda berpotensi menjimatkan puluhan ribu ringgit sepanjang tempoh pinjaman.

Selain itu, jangan takut untuk berunding dengan pihak bank bagi mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah, terutamanya jika rekod pembayaran anda sentiasa baik atau kadar pasaran telah menurun. Pengurangan walaupun hanya 0.1% hingga 0.2% setahun boleh memberikan penjimatan yang besar sepanjang tempoh pinjaman.

Strategi ini bukan sahaja mempercepatkan penyelesaian hutang, malah dapat mengurangkan jumlah keseluruhan faedah yang dibayar kepada bank. Gabungan bayaran lump sum secara konsisten dan semakan kadar faedah secara berkala boleh membantu anda menghabiskan loan rumah dengan lebih cepat dan paling penting penjimatan hampir 50%. Sila klik sini untuk memudahkan urusan mengurangkan loan rumah https://l1nk.dev/fkj9he0

Semoga Bermanfaat

Cik.WH

Group Agency Manager

Titik Tertinggi Seorang Ibu Bekerjaya

Seorang ibu yang bekerjaya adalah impian wanita di zaman sekarang, namun ia bukan perkara mudah bagi sesetengah dari kita bila ada keadaan yang memerlukan kita untuk memilih antara keluarga ataupun kerjaya. Namun sebenarnya dunia hari ini adalah tentang pilihan. Kita pilih untuk menjalani kehidupan yang mana.

Apa Pilihan Yang Kita Ada


Ramai menyangka kejayaan seorang ibu diukur melalui pendapatan, pangkat atau jumlah anugerah yang dimiliki. Namun bagi saya, titik tertinggi seorang ibu bekerjaya ialah apabila anak perempuannya berkata,

“Ibu, nanti saya nak jadi macam Ibu.”


Lebih bermakna lagi apabila anak itu menyaksikan sendiri seluruh perjalanan ibunya. Dari seorang yang bermula dengan kosong, belajar setiap hari, menghadapi penolakan, menangis dalam diam, bangkit semula selepas kegagalan, sehingga akhirnya berjaya membina kerjaya yang membanggakan. Anak bukan sekadar melihat hasil, tetapi memahami bahawa kejayaan dibina melalui usaha, kesabaran dan keberanian untuk tidak pernah mengalah.

Pilihan Kerjaya Unit Trus Advisor


Kerjaya sebagai Unit Trust Advisor memberi saya sesuatu yang sangat bernilai—kebebasan mengurus masa tanpa mengorbankan keluarga. Saya boleh bekerja dengan penuh komitmen, menghadiri hari sukan, hari temu murni anak disekolah, temu janji penting dan tetap berada di sisi anak ketika dia memerlukan saya. Pada masa yang sama, saya mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa, peluang pendidikan yang lebih baik dan pengalaman yang sukar dibeli dengan wang semata-mata.

Moment Terkesan dihati Anak


Moment paling indah bukan ketika menerima trofi atau bonus. Tetapi apabila anak melihat sendiri setiap pengorbanan itu dan membesar dengan keyakinan bahawa seorang wanita mampu menjadi ibu yang penyayang dan pada masa yang sama membina kerjaya yang luar biasa. Itulah warisan sebenar yang kita tinggalkan, bukan hanya harta, tetapi kita adalah role model untuk mereka.


Bayangkan suatu hari nanti anak anda berkata, “Saya berani bermimpi besar sebab saya nampak Ibu buktikan semuanya boleh dicapai.” Kata-kata itu lebih bernilai daripada apa jua penghargaan.
Kepada semua ibu di luar sana, jika anda sedang mencari kerjaya yang menawarkan kebebasan masa, potensi pendapatan tanpa had, peluang berkembang sebagai individu dan ruang untuk membina legasi kepada anak-anak, mungkin inilah masa untuk mengenali dunia Unit Trust Advisor.

Bukan sekadar membina portfolio pelaburan pelanggan, tetapi membina masa depan keluarga sendiri dan menjadi inspirasi pertama dalam kehidupan anak-anak.

Love

Cik.WH

Keliru dengan Pelaburan dari akaun1

Bila sebut pelaburan dari akaun1, ramai yang dah tahu. Namun yang agak mengecewakan adalah masih ramai yang salah faham tentang pelaburan ni. Dari segi kerugian, keuntungan dan juga faedah lain yang pelabur bakal dapat bila melabur dari akaun1. Sama ada mereka yang belum melabur, dah pun melabur ataupun yang belum melabur: mereka masih terkonfius dengan 3 perkara utama ni. Jom saya ceritakan 3 salah faham yang selalu saya dapat ye.

Melabur dari akaun1 bukan akaun2 atau akaun3

Masih ramai yang confius, sebab selalu keluarkan duit dari akaun2 untuk bayaran ansuran rumah, bayar yuran belajar. Bila nak melabur je cakap “saya dah keluarkan duit tu untuk bayaran rumah”. Eh jangan keliru ye.. pelaburan yang dibenarkan adalah hanya dari akaun1 dan tertakluk syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Pelaburan dari akaun1 bolehkan untuk mereka yang;

  1. Mempunyai lebihan wang minimum di akaun1 sahaja yang dikira berdasarkan umur pencarum. Kiraan adalah seperti dalam jadual dibawah;

Melabur tapi tak nak tengok portfolio negatif -ve

Nak melabur sebab nak untung, kawan saya untung 20% melabur di unit trust guna duit dari akaun1 je. Tapi tak tahu proses pelaburan yang kawan dah lalui sebelumni. Nak melabur juga dan nak terus untung. Kawan, setiap sesuatu ada proses nya. Pelaburan pun ada prosesnya, bila mula melabur portfolio mesti akan tunjuk -ve dulu. Proses sebelum dia jadi +ve, kerana pelaburan mesti ikut strategi pelaburan. Jangan risau pada -ve jika yakin dengan strategi yang terguna pakai oleh ramai orang dan dikenalkan oleh tokoh pelaburan dunia beratus tahun dah. Wajib ambil risk sebelum reward. Hal ni yang ramai pelabur keliru.

Bandingkan KeUNTUNGAN disana dan disini

Isu bandingkan keuntungan dari syarikat sini dengan syarikat sana dan juga syarikat sinun, akhirnya sendiri rugi. Kenapa jadi rugi? sebab utama adalah perbandingan yang tidak setara. Syarikat dari Malaysia mana mungkin di bandingkan dengan syarikat antarabangsa. Fund pelaburan 80% di Malaysia dan 20% di asia, mana mungkin dibandingkan dengan fund pelaburan portfolio yang sebaliknya. Ramai mereka diluar sana suka bersembang di kedai mamak dan rasa semua nya aku tahu. Padahal apa yang disembang itu semuanya tidak tepat. Kesannya adalah pada pelaburan sendiri dan lebih sakit, disalahkan orang lain atas kerugian sendiri.

Kesimpulannya, ambil tahu apa yang perlu tahu dalam bab pelaburan ni. Kita tak perlu nak expect untuk mula melabur, kerana proses belajar dan proses melabur akan sehala bila kita pasak dalam pemikiran kita yang kita usaha untuk mengembangkan duit sedia ada. Yakin dengan bukti yang kukuh dan strategi yang terbukti,apa lagi yang perlu disembangkan? Berhenti sembang tapi mula kan tindakan yang wajar. Jadilah insan yang bijak dengan belajar dan bertindak dengan cara yang betul. Klik sini untuk berbincang dengan ilmiah bersama HidayahWan

Terima Kasih

HidayahWan