Buat 2 cara ni je jimat 50% Loan Rumah

Ramai pemilik rumah menyangka satu-satunya cara untuk mengurangkan pinjaman perumahan ialah dengan membayar ansuran bulanan sehingga tamat tempoh. Sebenarnya, terdapat strategi yang boleh membantu anda menjimatkan faedah dan melangsaikan pinjaman lebih awal. Cuma orang bank tak suka ni.

Sebenarnya, salah satu caranya ialah membuat bayaran lump sum terus kepada bahagian prinsipal. Sebagai contoh; setiap tahun, kita boleh gunakan bonus, dividen, keuntungan pelaburan atau simpanan untuk membuat bayaran tambahan. Apabila prinsipal berkurang, baki pinjaman menjadi lebih rendah, sekali gus mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan pada masa hadapan.

Sebagai contoh boleh perhatikan contoh pengiraan mudah (anggaran) jumlah pinjaman rumah kita dengan kiraan interest rate sebanyak 4.1% untuk 35 tahun.

ButiranNilai
Harga RumahRM300,000
Tempoh Pinjaman35 Tahun
Kadar Faedah4.0% setahun
Ansuran Bulanan± RM1,328
Jumlah Bayaran Keseluruhan± RM557,760
Jumlah Faedah Dibayar± RM257,760

Jumlah loan rumah kita sebanyak RM300,000, tetapi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM557,760 dengan bayaran sebanyak RM1328 sebulan selama 35 tahun.

2 Cara Kurangkan Jumlah Loan Rumah

✅ Cara 1

Bayar Lump Sum Terus Kepada Principal

  • Gunakan duit bonus, hasil dividen atau simpanan kita.
  • Bayar RM8,000 setahun terus ke akaun pinjaman dibahagian prinsipal.
  • Baki principal berkurang.
  • Faedah yang dikenakan juga semakin rendah.
  • Tempoh pinjaman boleh menjadi lebih singkat.
TahunLump Sum DibayarJumlah Lump Sum Terkumpul
2RM8,000RM8,000
3RM8,000RM16,000
4RM8,000RM24,000
5RM8,000RM32,000
6RM8,000RM40,000

Jadi bila dikira, untuk tahun ke-2; selepas bayaran lump sum RM8000 dibuat keatas prinsipal. Jumlah prinsipal akan menurun sebanyak RM8000 dari jumlah semasa. Dan jumlah ini berlanjutan berkurang setiap tahun sebanyak RM8000 dari jumlah yang kita bayar lump sum tadi.

✅ Cara 2

Mohon Kadar Faedah (Interest Rate) Yang Lebih Rendah

  • Hubungi bank setiap tahun untuk mengurangkan interest rate loan rumah.
  • Semak sama ada kadar semasa lebih rendah.
  • Minta bank semak semula kadar pinjaman.
  • Walaupun turun 0.1%–0.2%, anda berpotensi menjimatkan puluhan ribu ringgit sepanjang tempoh pinjaman.

Selain itu, jangan takut untuk berunding dengan pihak bank bagi mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah, terutamanya jika rekod pembayaran anda sentiasa baik atau kadar pasaran telah menurun. Pengurangan walaupun hanya 0.1% hingga 0.2% setahun boleh memberikan penjimatan yang besar sepanjang tempoh pinjaman.

Strategi ini bukan sahaja mempercepatkan penyelesaian hutang, malah dapat mengurangkan jumlah keseluruhan faedah yang dibayar kepada bank. Gabungan bayaran lump sum secara konsisten dan semakan kadar faedah secara berkala boleh membantu anda menghabiskan loan rumah dengan lebih cepat dan paling penting penjimatan hampir 50%. Sila klik sini untuk memudahkan urusan mengurangkan loan rumah https://l1nk.dev/fkj9he0

Semoga Bermanfaat

Cik.WH

Group Agency Manager

Deepseek best ke

Impact DeepSeek kepada Saham Apa

Saham Nvidia Corp, gergasi teknologi dunia, baru-baru ini mencatat kejatuhan paling besar dalam sejarah pasaran saham AS. Kejatuhan ini berpunca daripada kebimbangan pelabur terhadap pesaing baru dari China, DeepSeek, sebuah syarikat pemula dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Pada hari Isnin, saham Nvidia jatuh sehingga 13% ketika sesi dagangan bermula. Kejatuhan ini menyebabkan nilai pasaran Nvidia menyusut sebanyak AS$465 bilion (RM2.04 trilion), lebih tinggi daripada rekod sebelumnya pada September, yang menyaksikan kejatuhan AS$279 bilion. Situasi ini mencetuskan gelombang kesan kepada indeks pasaran utama seperti S&P 500 dan Nasdaq 100, yang turut menyaksikan penurunan ketara.

DeepSeek: Pemain Baru yang Menggugat?

DeepSeek menjadi perhatian selepas melancarkan model AI baru yang dikatakan setanding dengan teknologi OpenAI dan Meta Platforms Inc, tetapi dengan kos yang jauh lebih rendah. Model ini kini menjadi aplikasi paling popular di App Store. Pendekatan mereka yang lebih murah dan efisien telah mencetuskan kebimbangan bahawa syarikat-syarikat besar AS mungkin telah melabur terlalu banyak dalam teknologi AI yang mahal.

Penganalisis melihat kehadiran DeepSeek sebagai ancaman besar kepada model perniagaan AI semasa, yang bergantung kepada cip berprestasi tinggi dan keperluan kuasa pengkomputeran yang besar. Ini memberi tekanan kepada syarikat seperti Nvidia, yang selama ini mendapat manfaat besar daripada peningkatan permintaan terhadap cip AI.

Kesan kepada Industri Teknologi

Keadaan ini turut mempengaruhi pelabur untuk lebih berhati-hati, terutamanya terhadap syarikat yang belum menunjukkan pulangan pelaburan yang memuaskan dalam AI. Walaupun Meta baru sahaja mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak AS$65 bilion untuk projek AI, dan beberapa gergasi lain seperti OpenAI dan SoftBank melancarkan usaha sama bernilai AS$100 bilion untuk membangunkan infrastruktur AI, pelabur dilihat semakin ragu-ragu.

Persaingan AS-China dalam AI

Kerajaan AS sebelum ini cuba menyekat kemajuan teknologi AI China dengan melarang eksport teknologi cip maju kepada negara tersebut. Namun, kemajuan DeepSeek menunjukkan bahawa jurutera AI di China mampu mencari jalan untuk mengatasi sekatan ini dengan menumpukan kepada kecekapan dan sumber yang terhad.

Kejatuhan saham Nvidia ini bukan sahaja menggemparkan pasaran, tetapi juga membuka perbincangan lebih luas tentang arah tuju industri AI global. Adakah syarikat teknologi Barat mampu bertahan dalam persaingan sengit ini? Atau adakah pemain baru seperti DeepSeek bakal menggoncang dominasi sedia ada?

Drama yang menarik yang HidayahWan suka ambil tahu.

Terima Kasih

Jadilah RAJA Pelaburan bukan HAMBA Pelaburan

Bila cerita bab pelaburan, banyak ayat tak best yang kita selalu dengar dibandingkan dengan ayat yang buat kita gembira dengan pelaburan. Persoalannya, Bagaimana mereka-mereka boleh berjaya dalam pelaburan? Seolah mereka RAJA Pelaburan.

Pernah dengar strategi pelaburan? Mungkin ada diantara kita yang belum pernah dengar, dah dengar dan tak kurang yang selalu dengar. Tetapi siapa diantara kita yang betul-betul ikut strategi pelaburan itu? Sebab itu tak ramai RAJA Pelaburan tetapi yang ramai adalah HAMBA pelaburan. Kalau ikut pun, tak disiplin. Ini satu kesilapan besar. Ikut separuh jalan, lepas tu kita rasa kita lebih pandai dan hebat dari penasihat pelaburan. Bila kita dah RUGI, siapa yang kita akan salahkan kalau bukan orang lain kan. Jom kita cek balik portfolio kita dan bedah siasat kat mana silap kita sebelumni. Tiada istilah terlambat, selagi kita sedar silap dan kita ubah dengan segera.

Bedah Siasat Portfolio dengan Unit Trust Adviser

    Zaman sekarang dah mudah, login website dan cek portfolio dari sana. Boleh discuss secara online, malah lebih mudah untuk tengok portfolio. Cek setiap holding funds. Apa yang perlu dicek? Part ni lah Adviser akan mainkan peranan dia. Sangat penting berbincang, walaupun kebanyakan pelabur hanya nak tengok untung sahaja tak nak tau hal lain. Ayat yang selalu saya dengar; tak apa saya serahkan kepada Cik Adviser. Saya nak untung je.

    Dan sebelum berlakunya keuntungan, wajib untuk kita lalui fasa kerugian. Kat sini lah selalunya, Adviser akan dipersalahkan. Pelaburan ini perlukan perbincangan 2 hala. Sejauh mana kesabaran pelabur, sebesar mana kerugian yang pelabur boleh tolerate. Bahagian ni kebanyakan dari kita kurang faham. Selepas ni, berbincanglan secara baik sehingga capai kata sepakat. Kerana pelaburan menggunakan khidmat Adviser ini perlu kerjasama dari kedua belah pihak. Keuntungan dan kepuasan pelabur adalah satu kegembiran buat Adviser, kerana pelaburan yang rugi juga akan merugikan Adviser.

    Jangan Panik

    Bila kita dah dapat kata sepakat dalam pelaburan, tetapkan pendirian dengan persetujuan yang sampai kita capai objektif pelaburan. Jangan sesekali panik ditengah jalan, kes panik bukan berlaku pada waktu portfolio tengah rugi sahaja tetapi juga semasa portfolio untung banyak dalam tempoh masa kurang dari perbincangan awal. Ingat pelaburan adalah salah satu perniagaan. Pengurusan perniagaan ataupun pelaburan adalah elemen penting selain strategi pelaburan itu sendiri. Berbincang dengan Adviser bila berlaku mana-mana situasi yang membuatkan kita panik.

    Jika berlaku 2 keadaan yang buat kita panik, apa yang perlu kita buat adalah;

    1. Cek balik objektif pelaburan kita dan objektif pelaburan fund yang kita pegang
    2. Tengok berapa banyak kerugian portfolio kita untuk masa tu, adalah kerugian itu masih dalam radar yang telah dipersetujui atau pun tidak.
    3. Jika kerugian diluar jangka, Adviser yang hebat akan dapatkan nasihat dari Fund Manager sebelum mengambil kira tindakan alternatif.
    4. Bukan semua negatif fund perlu switch ke fund lain. Silap percaturan, portfolio akan lebih berdarah selepas di switch.
    5. Dollar Cost Averaging adalah salah satu strategi yang terbukti berhasil, namun kebanyakan pelabur takut untuk menambah pelaburan pada waktu harga sangat rendah.
    6. Monitor NAV selepas Dollar Cost Averaging ini adalah step seterusnya. Bahagian ni lah kerja Adviser dan sangat penting pelabur memberi kerjasama. Bukan lah sekadar tambah pelaburan.

    Simpan CASH untuk Pelaburan Kemudian

    Bila kita ada RM100,000 duit tepi untuk dilaburkan, jangan sesekali laburkan semua. Ada bahagian yang perlu disimpan untuk dilaburkan kemudian. Ratio nya yang penting bergantung kepada risiko yang boleh diambil kira oleh pelabur. Ini penting untuk strategi Dollar Cost Averaging. Pada permulaan untuk melabur apa yang penting adalah bila kita ada duit untuk dilaburkan. Seterusnya adalah penambahan yang perlu dibuat jika berlaku penurunan harga.

    Ada yang tak berapa setuju, katanya, tunggu saja lah waktu harga rendah, kenapa dah labur sebelumni? Jawapan saya mudah je, itu kalau turun, kalau harganya naik? Macam mana pula? Kita tak mungkin tahu harga naik ataupun turun dikemudian hari, jangkaan untuk keduanya adalah tetap 50%-50%. Mana mungkin kita tahu, hari yang cerah bakal hujan ditengahari? Sebab tu strategi pelaburan ni mungkin bakal berubah mengikut keadaan semasa. Jadi sentiasalah berbincang dengan Adviser. Adviser akan ada beberapa plan seterusnya.

    Fokus Pelaburan Jangka Masa Panjang

    Saya selalu umpamakan pelaburan ni macam tanam pokok durian, bukan pokok cili. Ambil masa untuk besar dan berbuah. Kita tahu pokok durian akan ambil masa 5 tahun untuk berbuah, jadi kita akan fokus kepada bajakan pokok durian kita bukannya dah tanya hasil buah. Begitulah juga pelaburan, jangka masa panjang 5 tahun, jadi kita dah faham apa yang perlu kita lakukan bagi mendapatkan hasil 5tahun akan datang. Strategi di awal pelaburan bakal mendapat tempat disini. Jangan terkejut ramai yang gagal diperingkat awal. pelaburan ni, Kerana diperingkat ini banyak perlukan kesabaran. Kebanyakan kita tak sabar nak hasil dalam masa terdekat.

    Diversifikasi dalam Pelaburan

      Diversifikasi atau pelbagaikan pelaburan, hatta di unit trust sendiri. Penting untuk kita subscribe beberapa fund yang berbeza fokus pelaburannya agar portfolio kita balance. Bila fund A mengalami kerugian, dalam masa yang sama Fund B pula akan memberikan keuntungan kepada kita. Inilah yang dinamakan diverfisikasi dalam pelaburan unit trust. Selain itu, kita boleh adakan pelaburan di tempat lain, bukan hanya fokus kepada unit trust semata.

      Semoga perbincangan kali ini memberi manfaat kepada yang sudi membaca. Perlukan perbincangan sila pilih tarik dan masa untuk perbincangan secara online dengan Adviser HidayahWan; https://BlogHidayah.wasap.my

      Terima Kasih