Team HidayahWan

Saya HidayahWan mempunyai misi menyebarkan ilmu pelaburan patuh shariah kepada seramai mungkin kawan-kawan diluar sana terutamanya yang mencari dan membaca tulisan Sis Ida. Kenapa? Kerana Sis Ida cuba memberi manfaat kepada kawan-kawan diluar. Misi menyebarkan ilmu pelaburan kepada seramai mungkin kawan-kawan diluar sana tidak mungkin dilakukan Sis Ida seorang diri kan, setuju? Jadi jika kawan-kawan yang membaca artikel ni, ingin bersama menjadi sebahagian Team HidayahWan baca sampai habis sebelum klik hubungi HidayahWan ye.

Terbaca artikel dari Harvard University Study ni dan dari pemerhatian Sis Ida, Sis Ida setuju dengan gambar ini. Pemerhatian dari kawan-kawan yang dah mencecah umur 50-60 tahun, Ye benar! artikel ini benar. Kerana ini lah, Sis Ida tekad untuk menyebarkan ilmu pelaburan kepada seramai mungkin. Sis Ida percaya dengan pelaburan jangka masa panjang yang diselia oleh Unit Trust Consultant yang berwibawa akan memberi kan hasil bagus kepada pelabur. Misi menukarkan angka will be broke to financial independent boleh dicapai.

Bekerja seorang Sis Ida tidak boleh pergi jauh, hanya dengan Team sahaja ia boleh dicapai? Setuju? Sis Ida jemput kawan-kawan diluar sana yang nak belajar ilmu pelaburan (kerana Sis Ida bermula dari zero), yang dah tahu tentang ilmu pelaburan dan yang nak mantapkan dengan menyebarkan kepada orang lain pula. Jom kita sama-sama.

Sebahagian Team HidayahWan. You are free to choose any Unit Trust Consultant that you prefered.

Ini adalah sebahagian Team HidayahWan, mereka ada yang menyebarkan ilmu pelaburan kepada ahli keluarga, kawan-kawan mereka dan juga orang luar. Misi kami sama cuba sebaik mungkin menukarkan figure will be broke to financial independent diatas. Setiap hari Sis Ida mendapat wasap minta review pelaburan sedia ada dan juga minta Sis Ida manage pelaburan mereka. Apa yang berlaku adalah Sis Ida tidak menang tangan untuk manage. Pelabur diluar sana sudah bijak mencari Unit Trust Consultant yang mampu memberikan fakta yang betul dan juga yang mampu manage pelaburan mereka dengan bijak bukan sekadar untuk menguntungkan Unit Trust Consultant semata.

Sebahagian Protege semasa kelas protege secara online

Sis Ida sedang melebarkan sayap ke selatan hingga ke Utara Semenanjung, juga ke sabah dan Sarawak. Sokongan dari pihak agensi untuk Unit Trust Consultant Team HidayahWan bergerak dilakukan secara online sejak 2 tahun yang lepas. Asbab PKP kerana Covid, team Hidayahwan lebih mudah bergerak secara online sehingga ke hari ini dan akan terus dilakukan secara hybrid (macam kereta kan).

Salam dari Sis Ida