Cara selesaikan hutang dengan cara BIJAK tanpa bebankan pewaris.

Kebanyakan setiap dari kita mesti ada hutang kan? Harini Sis Ida nak share cara selesaikan hutang-hutang yang kita ada dengan cara bijak. Ilmu mahal yang Sis Ida dapat dari sifu-sifu ni, tak berapa nak mahal kalau tak dikembangkan kepada orang lain kan.

Ok Jom kita senaraikan jenis-jenis hutang dulu, Ini adalah jenis hutang yang ada diMalaysia.

  1. Mortgage – Housing Loan
  2. Hire Purchase – Car Loan
  3. ASBF -Hutang Melabur
  4. Personal Loan & Credit Card
  5. Hutang Pendidikan
  6. Hutang di Koperasi
  7. Hutang Perniagaan

Dari senarai hutang ni, ada yang dilindungi insurans/takaful dan ada juga yang tiada perlindungan. Jom kita senaraikan supaya mudah untuk kita rujuk kemudian hari.

Hutang yang ada insurans/takaful (ada yang secara option)

  1. Mortgage – Housing Loan
  2. Hire Purchase – Car Loan
  3. ASBF -Hutang Melabur
  4. Hutang Pendidikan
  5. Hutang Perniagaan

Dan Ini pula hutang yang tiada insurans/takaful

  1. Personal Loan & Credit Card
  2. Hutang di Koperasi

Dari senarai ini, perlu untuk kita list kan hutang yang kita ada pula. Untuk tujuan belajar, Sis Ida buatkan situasi kita ada kesemua hutang ni. Dan ini adalah contoh jumlah hutang yang ada untuk setiap nya.

Mortgage – Housing Loan RM300,000 ada MRTT (masa ni belum pandai, ikut je orang bank cakap)
Hire Purchase – Car Loan RM100,000 (dah pandai sket, jadi ambik insurans untuk bayarkan baki kereta bila kita meninggal kelak dan kereta masih ada loan)
ASBF -Hutang Melabur RM50,000 (takaful akan bayarkan baki jika meninggal dalam tempoh bayaran lagi)
Personal Loan & Credit Card RM10,000 tiada insurans
Hutang Pendidikan RM10,000 (takaful akan bayarkan baki jika meninggal dengan hutang masih ada baki)
Hutang di Koperasi RM10,000 tiada insurans
Hutang Perniagaan RM20,000 juga tiada insurans

Jumlah hutang ialah RM485,000.

Yang tiada insurans/takaful hanya personal loan RM10,000 +

hutang di Koperasi RM10,000 +

hutang perniagaan RM20,000.

Jumlah RM 40,000

Solusi untuk si Dia

Apa solusi yang ada? Si Dia perlu elakkan sebarang bayaran lagi dengan keadaan sekarang yang dah tak berapa nak ada wang lebihan ni. Ye lah bayaran hutang bakal naik kerana kenaikan BLR kan.

Si Dia ada caruman ke akaun persaraan setiap bulan dan sekarang dia bersetuju untuk pindahkan sebahagian wang tersebut mengikut syarat yang ditetapkan. Dengan hanya memindahkan sebahagian dari wang yang sedia ada. Si dia sudah mempunyai extra FREE TAKAFUL. Yes Portion inilah untuk bayaran hutang yang tiada insurans/takaful tadi.

Jumlahnya boleh menjadi sehingga RM1Juta bergantung kepada berapa banyak jumlah yang boleh dipindahkan.

Sekarang dah tahu kan rahsia si dia selesaikan hutang dengan cara BIJAK? Si Dia dah tak risau tinggalkan hutang kepada waris kemudian hari. Mudah dan Percuma. Nak tahu lanjut?

Semoga bermanfaat

HidayahWan

Punca pelaburan unit trust RUGI- Avoid ni untuk elak rugi di Unit Trust

Sejak 2 menjak ni, ramai yang contact Sis Ida ngadu kenapa pelaburan unit trust dia rugi. Tetapi Sis Ida tunjuk pelaburan investors Sis Ida untung je. Bukan takat untung, malah untung BESAR.

Yang call, wasap ngadu ni invest dah lama. Bila sebut lama, maknanya dah lebih dari 5 tahun.Mereka mula nak give up sebab tak untung mana pun. Kalau untung pun tak berbaloi dengan bertahun invest. 5 tahun invest untung tak sampai 6%, bukan invest namanya tu kan.Soalan demi soalan ditanya, macam mana investor Sis Ida untung helok je. Apa pun, Sis Ida mintak tengok statement secara online dulu. Bila dah tengok, termenung sekejap.

Kes 1 – Hanya ada 1 fund sahaja forever

Semua fund terbaik, jadi pilih je salah satu yang saya suka🤪. Silap dari awal ni.

Salah satu investment report yang ditunjuk pada Sis Ida adalah seperti dibawah ni. Si dia membuat pelaburan secara auto debit di fund yang sama selama 10 tahun. Kenapa caranya begini? Kerana si dia tidak tahu strategi pelaburan di unit trust. Itulah jawapannya. Macam mana strateginya? Ini rahsia besar dalam pelaburan unit trust yang Sis Ida explain kat semua investors Sis Ida😊. Nak tahu? kenalah jadi investors Sis Ida.

Soalan yang Sis Ida tanya;

  1. Awak melabur ni, guna strategi apa? Si dia akan ambik masa yang lama untuk jawab. Sebab soalannya tak pernah ditanya. Dan ada jugak yang jawab, strategi syarikat pelaburan. Sis Ida jawab balik, silapnya dari awal, melabur tanpa strategi umpama pelaburan yang tiada hala tuju. Untung sikit tu syukurlah. Kalau rugi banyak? Haru
  2. Soalan ke2, Sis Ida tanya apa objektif pelaburan awak ni? Nak untung berapa %? Dalam jangka masa berapa lama? Selalunya si dia tiada jawapan untuk soalan ni juga. Jawapan mudah “entah”, saya ikut je cakap si A. Haru bila si A pun tak faham apa yang pelabur dia ni nak. Umpama awak nak minum “coffee latte” tanpa gula dan order saya nak kopi, assume orang lain faham yang kopi awak maksudkan tu adalah “coffee latte” dan awak dapat americano. Basicnya kopi itu betul, namun campurannya, rasa dan rupanya langsung tidak sama

Kes ke2 – Nak ada semua fund tamak haloba sungguh

Tamak dalam pelaburan, nak semua fund yang ada dalam pilihan ada dalam portfolio dia. Makanya dia letak lah sikit sikit dalam fund pilihan dia. Sekali invest ambik 3 funds. Next invest ambik lagi 3 funds lain. Pastu? semua rugi, bukan sikit tapi banyak. Bila ditanya kenapa ambik bannyak fund mcm ni. Jawapannya nak diversify😢😢. Plan si dia nak ambik 30 fund ke? Simple jawapannya Entah.

Jelas lah kat sini, pelaburan si dia ni juga tiada strategi. Akibatnya rugi dan kecoh 1 malaya dicanangnya, pelaburan unit trust ni tak untung. Haish la awak ni. Orang lain helok untungnya. Simple dia jawab, nasib je tu🙃🙃. Jangan macam tu kawan, meh kawan dengan Sis Ida ye

Pelaburan unit trust yang macam mana boleh untung?

Jawapan untuk soalan ini, senang je. Pelaburan yang ada strategi dan pelabur follow strategi pelaburan dari Sis Ida dari awal sampai capai objektif pelaburan. Apa objektif pelaburan tu? “The ultimate” objektif pelaburan adalah pelabur bersara dari bekerja dan enjoy sejumlah “gaji” seperti bekerja dahulu. Lebih bagus jika “gaji” yang diterima kalis inflasi. Maknanya, pelabur ini tidak terkesan dengan kadar kenaikan inflasi dari masa ke semasa.

Ini salah satu contoh report pelaburan investor Sis Ida, yang dijaga mengikut strategi disokong oleh pelabur Sis Ida itu semestinya.

Nak tahu strategi pelaburan Sis Ida klik sini.

Nak melabur seperti pelabur Sis Ida? Cara mudah yang faham strategi pelaburan dari awal? Klik sini untuk appmt secara dalam talian atau berjumpa ye.

Semoga bermanfaat

HidayahWan

PEMEGANG AMANAH BUKAN PENERIMA HARTA

APA BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA DALAM URUSAN HARTANAH KELUARGA

Ramai diantara kita yang keliru tentang istilah Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa (Power of Attorney), khususnya dalam urusan melibatkan hartanah keluarga.

Ketiga-tiganya nampak sama tapi tak serupa. Hakikatnya ia berbeza dari segi maksud dan perlaksanaannya.

A. Pentadbir Harta

  1. Pentadbir harta merujuk kepada seseorang atau satu pihak yang dilantik sama ada oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup tetapi hanya berkuatkusa setelah beliau meninggal dunia kelak, atau dilantik oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk mentadbir dan menguruskan harta tuan tanah tersebut setelah beliau meninggal dunia bagi pihak waris simati atau pihak-pihak tertentu, sebagaimana yang diputuskan oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, sehingga harta tersebut diserahkan secara sah berdasarkan undang-undang kepada waris-waris atau pihak-pihak tersebut.

2. Biasanya Pentadbir Harta dilantik sekiranya semasa simati meninggal dunia terdapat waris-waris beliau yang masih bawah umur atau hilang upaya dari segi undang-undang untuk memiliki harta atau harta tersebut terdapat sesuatu sekatan tertentu yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh diserahkan kepada waris atau pihak-pihak tertentu.

  1. Kedudukan pentadbir harta hanyalah sekadar sebagai pengurus, pentadbir dan memegang amanah bagi pihak si mati sehinggalah harta tersebut diserahkan kepada waris yang sepatutnya atau sehingga kesemua pembahagian harta tersebut selesai.

  2. Pentadbir harta tidak ada hak pemilikan atau kepentingan terhadap harta yang ditadbirnya melainkan beliau sendiri adalah salah seorang waris yang berhak menerima harta simati tersebut. Ertinya beliau tidak ada kuasa secara otomatik untuk menjual atau memindahmilikkan harta tersebut kepada mana-mana pihak selain daripada waris-waris yang sah yang berhak menerima harta tersebut, melainkan ada suatu perintah daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk berbuat demikian.

  3. Pentadbir Harta boleh dilantik sama ada di kalangan waris si mati itu sendiri atau pihak-pihak lain yang difikirkan sesuai oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, misalnya Amanah Raya Berhad.

 

Pentadbir Harta boleh dilantik lebih daripada seorang dan boleh digantikan dengan pentadbir harta lain sekiranya pentadbir harta itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan amanah.

7. Kelebihan kepada pelabur unit amanah dari Public Mutual disini. Mereka boleh memilih PB Trustee sebagai pemegang amanah kepada semua harta mereka. Tidak terhad kepada pelaburan mereka sahaja. Beruntungkan. Menjadi pelabur dengan jumlah terkumpul RM150,000.00 secara automatik mereka boleh melantik PB TRUSTEE. Jika anda adalah pelabur unit amanah dan tidak tahu mengenai hal ini, sila hubungi hidayahwan untuk berbincang

http://bloghidayah.wasap.my/

peranan pemegang amanah

B. Pemegang Amanah

  1. Pemegang Amanah adalah seseorang atau satu pihak yang dilantik oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup dan akan berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja pelantikan pemegang amanah dibuat.

  2. Kebiasaannya Pemegang Amanah dilantik oleh tuan tanah itu sendiri untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab bagi pihak tuan tanah atau bagi pihak orang lain yang berkepentingan dengan tanah tersebut.

3. Misalnya Pemegang Amanah boleh dilantik sekiranya tuan tanah ingin menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya yang bawah umur atau pihak-pihak lain yang tidak layak dari segi undang-undang untuk memiliki harta tersebut, misalnya seseorang yang cacat dan sebagainya.

  1. Pemegang Amanah juga boleh dilantik untuk tujuan menguruskan dan memegang amanah bagi pihak orang lain yang mempunyai hak pemilikan dan kepentingan terhadap tanah tersebut tetapi hak pemilikan tersebut tidak dapat didaftarkan di dalam geran akibat kekangan undang-undang dan sebagainya. Misalnya 5 orang pembeli dikalangan adik beradik atau rakan rapat berkongsi duit beli tanah pertanian berkeluasan 1 ekar untuk tujuan sama-sama uruskan urusan pecah lot.

Memandangkan terdapat kekangan dari segi undang-undang yang mensyaratkan tanah pertanian hanya boleh dipindah milikkan kepada satu nama sahaja untuk setiap 1 ekar, maka hanya salah seorang di kalangan 5 orang pembeli tersebut akan didaftarkan namanya di dalam geran. Dan 4 orang pembeli yang lain akan melantik pembeli yang namanya didaftarkan dalam geran tadi sebagai Pemegang Amanah sebagai instrument sementara sebelum geran individu berstatus bangunan dikeluarkan dan pindahmilik dibuat daripada pemegang amanah kepada pemberi amanah.

  1. Untuk mewujudkan ikatan Pemegang Amanah yang sah, satu surat cara Ikatan Amanah akan ditandatangani oleh pemberi amanah dan pemegang amanah. Surat Ikatan Amanah tersebut akan didaftarkan di Pejabat Tanah. Untuk melindungi hak dan kepentingan pemberi amanah atau pihak yang berkepentingan melalui Ikatan Amanah tersebut, mereka boleh memohon Pentadbir Tanah memasukkan Kaveat Amanah ke atas tanah tersebut.

  2. Sama seperti Pentadbir Harta, Pemegang Amanah juga tidak ada hak dan kuasa penuh terhadap hartanah tersebut. Ertinya Pemegang Amanah tidak boleh sewenang wenangnya menjual atau memindahmilikkan tanah tersebut kepada pihak-pihak lain melainkan dengan persetujuan daripada pemberi amanah itu sendiri.

C. Wakil Kuasa

  1. Wakil kuasa adalah seseorang yang dilantik oleh tuan tanah sebagai wakilnya yang sah untuk melakukan sesuatu perkara atau tanggungjawab tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh tuan tanah tersebut berkenaan dengan tanahnya itu.

  2. Wakil kuasa boleh mempunyai kuasa penuh (full power of attorney) atau terhad (limited power of attorney) bergantung kepada setakat mana kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

  3. Kedudukan wakil kuasa ini adalah sama seperti seolah-olah dia adalah tuan tanah itu sendiri, tertakluk kepada kuasa kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

4. Untuk mewujudkan ikatan wakil kuasa ini, satu Surat Wakil Kuasa akan ditandatangani oleh tuan tanah dan wakil kuasa dan ianya hendaklah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah berkenaan. Wakil kuasa akan terikat untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi pihak tuan tanah mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya.

  1. Kuasa-kuasa tadi boleh dibatalkan atau ditarik balik bergantung kepada jenis kuasa yang diberikan kepadanya. Wakil kuasa yang boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Revocable Power of Attorney, manakala Wakil kuasa yang tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Irrevocable Power of Attorney.

  2. Tidak seperti Pentadbir Harta dan Pemegang Amanah, Wakil Kuasa mempunyai hak dan kuasa sama seperti hak dan kuasa tuan tanah ke atas tanah tersebut. Ertinya jika tuan tanah memberikan kuasa kepada wakil kuasa untuk menjual dan memindahmilkkan tanah tersebut kepada pihak lain, maka wakil kuasa tadi mempunyai kuasa tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Wakil Kuasa.

Kesimpulannya, Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa mempunyai bidang kuasa, tanggungjawab dan hak-hak tertentu. Walaupun kelihatan sama antara satu sama lain, dari segi konsep dan perlaksanaannya amat berbeza.

Justeru masyarakat perlu faham tentang perbezaan tersebut supaya tidak keliru dan dapat mengelakkan penyelewengan yang boleh berlaku melalui kuasa-kuasa yang diberikan tersebut.

Sekian. Semoga Bermanfaat.