Sejak 2 menjak ni, ramai yang contact Sis Ida ngadu kenapa pelaburan unit trust dia rugi. Tetapi Sis Ida tunjuk pelaburan investors Sis Ida untung je. Bukan takat untung, malah untung BESAR.
Yang call, wasap ngadu ni invest dah lama. Bila sebut lama, maknanya dah lebih dari 5 tahun.Mereka mula nak give up sebab tak untung mana pun. Kalau untung pun tak berbaloi dengan bertahun invest. 5 tahun invest untung tak sampai 6%, bukan invest namanya tu kan.Soalan demi soalan ditanya, macam mana investor Sis Ida untung helok je. Apa pun, Sis Ida mintak tengok statement secara online dulu. Bila dah tengok, termenung sekejap.
Kes 1 – Hanya ada 1 fund sahaja forever
Semua fund terbaik, jadi pilih je salah satu yang saya suka🤪. Silap dari awal ni.
Salah satu investment report yang ditunjuk pada Sis Ida adalah seperti dibawah ni. Si dia membuat pelaburan secara auto debit di fund yang sama selama 10 tahun. Kenapa caranya begini? Kerana si dia tidak tahu strategi pelaburan di unit trust. Itulah jawapannya. Macam mana strateginya? Ini rahsia besar dalam pelaburan unit trust yang Sis Ida explain kat semua investors Sis Ida😊. Nak tahu? kenalah jadi investors Sis Ida.



Soalan yang Sis Ida tanya;
- Awak melabur ni, guna strategi apa? Si dia akan ambik masa yang lama untuk jawab. Sebab soalannya tak pernah ditanya. Dan ada jugak yang jawab, strategi syarikat pelaburan. Sis Ida jawab balik, silapnya dari awal, melabur tanpa strategi umpama pelaburan yang tiada hala tuju. Untung sikit tu syukurlah. Kalau rugi banyak? Haru
- Soalan ke2, Sis Ida tanya apa objektif pelaburan awak ni? Nak untung berapa %? Dalam jangka masa berapa lama? Selalunya si dia tiada jawapan untuk soalan ni juga. Jawapan mudah “entah”, saya ikut je cakap si A. Haru bila si A pun tak faham apa yang pelabur dia ni nak. Umpama awak nak minum “coffee latte” tanpa gula dan order saya nak kopi, assume orang lain faham yang kopi awak maksudkan tu adalah “coffee latte” dan awak dapat americano. Basicnya kopi itu betul, namun campurannya, rasa dan rupanya langsung tidak sama
Kes ke2 – Nak ada semua fund tamak haloba sungguh
Tamak dalam pelaburan, nak semua fund yang ada dalam pilihan ada dalam portfolio dia. Makanya dia letak lah sikit sikit dalam fund pilihan dia. Sekali invest ambik 3 funds. Next invest ambik lagi 3 funds lain. Pastu? semua rugi, bukan sikit tapi banyak. Bila ditanya kenapa ambik bannyak fund mcm ni. Jawapannya nak diversify😢😢. Plan si dia nak ambik 30 fund ke? Simple jawapannya Entah.
Jelas lah kat sini, pelaburan si dia ni juga tiada strategi. Akibatnya rugi dan kecoh 1 malaya dicanangnya, pelaburan unit trust ni tak untung. Haish la awak ni. Orang lain helok untungnya. Simple dia jawab, nasib je tu🙃🙃. Jangan macam tu kawan, meh kawan dengan Sis Ida ye

Pelaburan unit trust yang macam mana boleh untung?
Jawapan untuk soalan ini, senang je. Pelaburan yang ada strategi dan pelabur follow strategi pelaburan dari Sis Ida dari awal sampai capai objektif pelaburan. Apa objektif pelaburan tu? “The ultimate” objektif pelaburan adalah pelabur bersara dari bekerja dan enjoy sejumlah “gaji” seperti bekerja dahulu. Lebih bagus jika “gaji” yang diterima kalis inflasi. Maknanya, pelabur ini tidak terkesan dengan kadar kenaikan inflasi dari masa ke semasa.
Ini salah satu contoh report pelaburan investor Sis Ida, yang dijaga mengikut strategi disokong oleh pelabur Sis Ida itu semestinya.

Nak tahu strategi pelaburan Sis Ida klik sini.
Nak melabur seperti pelabur Sis Ida? Cara mudah yang faham strategi pelaburan dari awal? Klik sini untuk appmt secara dalam talian atau berjumpa ye.
Semoga bermanfaat
HidayahWan