Topik kali ni lain dari sebelumni, Sis Ida nak share cara atau prosedur tuntutan harta pusaka untuk pewaris. Ini adalah prosedur bagi pewaris yang perlu lalui jika simati tidak menyediakan wasiat sebelum meninggal.
Ada beberapa checkpoint yang perlu diselidik dahulu
- Harta simati melebihi 5Juta atau Kurang 5Juta?
- Harta simati mempunyai harta boleh alih sahaja atau ada harta tidak boleh alih?
- Harta simati kurang dari 600K?
Kali ni, Sis Ida cuba terangkan prosedur tuntutan untuk harta simati yang kurang dari 600K dahulu ye.
- Jika simati mempunya harta boleh alih sahaja dan bernilai kurang dari 600K, maka pewaris perlu bersepakat untuk melantik salah seorang sebagai pentadbir harta. Part pertama ini sangat penting, sepakat sesama pewaris. Bila dah bersetuju, maka bakal pentadbir ini perlu lah ke pejabat amanah raya terdekat untuk mengambil borang permohonan pentadbiran harta pusaka dari laman web amanah raya atau klik saja link ini untuk download dan print borang berkenaan https://www.amanahraya.my/wp-content/uploads/2018/02/BORANG-BI-BORANG-PERMOHONAN-PENTADBIRAN-HARTA-PUSAKA.pdf
Baca borang tersebut dan sediakan semua dokumen yang perlu disertakan bersama untuk hantar borang permohonan pentadbiran harta pusaka ni ke pejabat amanah raya semula.
2. Antara dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan simati, sijil kematian simati, salinan kad pengenalan pewaris, penyata atau bukti pemilikan harta simati. Semua ini perlu dihantar untuk proses buka fail. Pihak amanah raya perlukan masa kerana lambakan fail dalam proses. Pewaris sila bersabar menanti proses seterusnya. Pihak amanah raya akan maklumkan dan sila bertanya kepada staff untuk makluman pihak pentadbir.
3. Selepas fail lengkap mempunya semua dokumen yang diperlukan, pentadbir akan diberi 1 tarikh untuk bicara kuasa. Tarikh ini bukanlah dalam masa terdekat kerana lambakan fail yang perlu diselesaikan satu persatu ye.
4. Semua pewaris perlu hadir ke sesi bicara kuasa yang akan diadakan. Ini sangat penting bagi semua pewaris mempunyai kata sepakat dalam pembahagian harta selepas semua hutang simati dibayar dari harta yang ada. Lebih baik jika semua dah sepakat sebelum tarikh bicara kuasa, maka proses bicara kuasa itu sangat mudah.
5. Untuk pewaris yang berumur kurang dari 18 tahun, pihak amanah raya akan membuka akaun amanah bagi menjaga bahagian mereka ini sehingga lah dituntut semula selepas mereka berumur 18 tahun nanti. Penjaga perlu ambil perhatian untuk bahagian ini. Sila tanya apakah dokumen yang perlu untuk tuntutan selepas umur 18tahun nanti.
6. Perlu tahu ada caj pentadbiran yang dikenakan oleh pihak amanah raya bagi menyelesaikan semua proses tuntutan harta pusaka ini ye. Caj yang dikenakan pada saya tidaklah membebankan, bergantung kepada berapa jumlah harta simati mengikut %. Semua harta simati akan dibayar kepada amanah raya, sebelum amanah raya menyerahkan kembali kepada semua pewaris mengikut bahagian masing-masing seperti yang dipersetujui semasa bicara kuasa.
Ada soalan yang nak tanya sila rujuk sini https://www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/soalan-lazim-pusaka/
Pembaca sila rujuk laman web amanah raya, pejabat pusaka kecil dan mahkamah tinggi untuk rujukan yang lebih baik. Penulisan Sis Ida mungkin tidak relevan selepas ada pertukaran prosedur oleh pihak berwajib. Sis Ida cuba menulis untuk memberi gambaran kasar proses tuntutan.
Sebelum tu, pewarisboleh membuat tuntutan khairiat kematian di 10 tempat ini. Sila baca sini.
Sis Ida akan cuba lukis dan sediakan gambarajah untuk lebih memudahkan pemahaman kita dimasa akan datang.
Semoga bermanfaat
[…] Macam mana pula prosedur tuntutan harta pusaka? Sila baca sini. […]
LikeLike