Melabur di unit trust ni orang duk kata untung je. Dah tu hak saya ni rugi kenapa? Kadang Sis Ida dapat pertanyaan macam ni, susah nak jawab selagi tak tengok report pelaburan penuh pelabur tersebut.
Bila nak tengok, then selalunya Sis Ida tahu jawapannya. Bahasa mudahnya kerana pelaburan si dia tiada strategi pelaburan yang jelas. Pelaburan unit trust ni sama je dengan kerja apa pun yang kita lakukan. Kita buat secara semborono memang berbezalah resut compare dengan yang ada strategi yang jelas kan. Pengalaman dalam industri ni yang lebih kurang 10tahun secara serius. Ini adalah punca kenapa pelaburan unit trust boleh RUGI, sedangkan orang lain UNTUNG BERGANDA.
Salah Pilih Fund
Salah pilih fund ni, umpamanya salah dari awal lagi. Kebanyakan pelabur tidak tahu cara pilih fund yang betul. Disinilah sebab utama kenapa pelabur perlu pilih unit trust consultant yang betul. Sis Ida bagi hint ye, pemilihan fund bergantung kepada objektif pelaburan pelabur itu sendiri. Yang mana objektif pelaburan pelabur mesti sama dengan objektif fund tersebut. Barulah match gitewww.
Melabur Sebab Ikut Kawan
Konsep ikut kawan, ikut tips kawan kepada kawan, atau consultant kawan. Umpama dengar cerita sekerat tapi assume dah dengar habis. Pastu kawan untung, si dia tak untung. Patutnya dah ikut mestilah sama-sama untung kan. Ye sama-sama untung, jika dengar cerita keseluruhan, bukannya sekerat jalan ye. Janganlah jadi sebahagian mereka yang melabur di unit trust rugi.
Nak Untung Cepat
Ini masalah dari azali sampailah sekarang dan tidak akan pernah tertinggal, inilah sebab utama mereka yang melabur nak untung secepat keesokan hari. Padahal dia faham yang dia sendiri belum tentu bernafas esok hari kan? Atau dia buat-buat tak ingat. Mana mungkin melabur untungnya semalaman sahaja. Melabur ini perlu masa dan proses. Sedangkan ayam belum tentu esoknya bertelur, apatah lagi pelaburan kita untung atau rugi. Kalau dah betul untung semalaman, sudah tentu kesemua manusia didunia ini KAYA RAYA. Tak gitew? Elok nak untung, dah kenapa pelaburan unit trust saya RUGI.
Nak Melabur Sendiri TAK NAK BAYAR fee kat AGENT
Ni sebab palling WIN, kenapa pelaburan unit trust saya RUGI. Dengar webinar, live, tiktok bagitau boleh invest sendiri. Dia terus google tengok video kat utube (padahal video Sis Ida https://www.youtube.com/user/hidayahwanwh/videos) pastu register dan terus transfer duit. Secara automatik, si dia buat kesalahan no 1 sampailah kesalahan no 3. Jangan macam ni, sebab fee yang dikenakan oleh syarikat unit trust adalah sama je, walau menggunakan khidmat agent ataupun tidak.
Berbincanglah dengan unit trust consultant, cerita saya nak melabur untuk beli rumah, contohnya. Saya boleh simpan RM300 sebulan macam mana caranya, sila guide saya. Berapalah sangat 3% dibandingkan dengan keuntungan berGANDA. Tak cukup degan itu, dapat pulak FREE TAKAFUL.
Sila baca sini https://hidayahwan.com/2021/08/18/apa-ada-dengan-pelaburan-unit-trust-public-mutual/ dan klik la link ni https://BlogHidayah.wasap.my untuk berhubung dengan Sis Ida Unit Trust Consultant terbaik anda.
Semoga Bermanfaat
Sis Ida