Cut Loss di Unit Trust ada ke?

Petang ni saya nak explain pasal cut loss. Apakah itu? Cut Loss ni adalah 1 term dalam TRADING dan istilah ini TIDAK ADA DALAM INVESTMENT. Trade dan Invest itu adalah 2 benda yang jauh bezanya dan semestinya strateginya pun juga jauh bezanya walau ada persamaannya.

TRADE – Berdagang dalam masa singkat

Ok jom kita tengok dulu apa maksud trade, trade ni diguna pakai untuk saham, forex dan bitcoin. tidak ada istilah trade dalam unit trust. Kita trade untuk untung dalam masa terdekat. Tempoh masa 30minit, 1 ke 2 jam sahaja. 2 hari dah cukup lama untuk trade. Namun ada yang trade guna konsep hope sampai berbulan-bulan. Ini dah salah konsep dan tidak akan jadi betul. Risiko trade lebih tinggi, kerana kita ada peluang untuk hilang wang trade 100%. Ye hangus semua modal kita. Mereka yang gelar diri trader, mesti pernah merasa rugi dan untung dalam perdagangan mereka.

INVEST – Melabur dalam masa panjang

Invest pula ambik masa yang lama untuk dapat ROI yang berganda-ganda. bukan setakat 10-50% tetapi selalunya 200-300%. Namun tempoh yang lama, berapa lama? bukan berbulan tapi bertahun, ye bertahun. Melabur ni sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerja atau business tetapi nak duit mereka berganda melebihi inflasi. Mereka memilih melabur kerana tiada masa untuk menyemak dan memerhati kenaikan dan penurunan harga seunit pelaburan mereka. Invest di saham pun ada cuma pemilihan saham yang lebih stabil dan premium disimpan dalam tempoh at least 6 bulan ke bertahun.

Cut Loss

Ini perkataan yang popular dikalangan mereka yang trade, dan confirm RUGI. Cut Loss adalah tindakan menjual kesemua saham pada harga rendah supaya kerugian tidak bertambah banyak. Teknik ini dilakukan apabila berlakunya situasi yang tidak dijangka dan trader tidak mampu untuk hold saham mereka dengan lebih lama yang selalunya akibat ketiadaan cash tetapi munggunakan LIMIT yang diberikan. Lebih teruk kalau ada yang menggunakan MARGIN. Dalam keadaan takut selalunya trader akan cutloss pegangan saham mereka.

Namun investor faham tiada istilah cut loss dalam invest. Kerana bila berlaku penurunan harga, itulah peluang terbaik GEBABOM untuk tambah pelaburan. Konsep untuk untung di unit trust hanyalah dengan merendahkan average cost secepat mungkin. Dan teknik membeli fund unit trust berpotensi pada harga rendah, kemudianya menambah lagi pelaburan pada harga yang lebih rendah adalah yang terbaik. Walaupun pada ketika itu kerugian pelaburan menunjukkan -20 mungkin 30%. Kenapa konsepnya sangat seram? inilah dia risiko tetapi saya panggil peluang untuk membuat untung lebih banyak.

Disaat orang semua takut, kita tamak menambah pelaburan. inikan ayat warren buffet? Dia adalah bapa pelabur bukan trader. Sebab itu penting untuk ita faham konsep dan strateginya.

Dimana SILAPnya.

Sesetengah dari kita tidak faham dan tidak tahu beza trade dengan invest. Maka konsep invest dan trade dicampur aduk. Lebih teruk dikatakan semuanya sama. Percayalah, mereka yang faham sebegini tidak mungkin berjaya dalam trade ataupun invest. Confirm GAGAL. Kenapa? Perumpamaan drive kereta axia tapi nak selaju lambo. Dan drive lambo tapi nak perlahan seperti axia. Tidak menggunakan benda ditempat dan cara yang tepat.

Namun 99% pelabur saya faham bila saya terangkan bab ni, tetapi tidak boleh explain pada orang lain. Kerana itu, bila ada kawan mereka yang tanya, mereka terus mintak tanya direct kepada saya.

Nak saya terangkan details, sila klik sini https://BlogHidayah.wasap.my dan kita perlu sit down secara berdepan ataupun online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.