PELAN STRATEGI PELABURAN

Melabur bukan sekadar melabur — tetapi membina arah untuk kewangan masa depan. Ramai orang tahu mereka perlu melabur. Tetapi persoalannya:

“Saya nak melabur… tapi nak mula dari mana?”

Berapa banyak yang perlu dilaburkan?
Berapa lama perlu disimpan?
Tahap risiko yang sesuai bagaimana?
Dan yang paling penting — adakah pelaburan tersebut benar-benar selari dengan matlamat kewangan kita?

Di sinilah pentingnya mempunyai Pelan Strategi Pelaburan. Pelan Strategi Pelaburan ialah satu perancangan yang membantu seseorang menyusun strategi pelaburan berdasarkan keadaan kewangan, matlamat, tempoh pelaburan dan tahap toleransi risiko. Klik sini untuk booking slot bincang https://lnk.bio/hw07

Bagi saya, pelaburan bukan tentang mengejar pulangan paling tinggi. Pelaburan yang baik ialah pelaburan yang sesuai dengan seseorang pelabur.

Sebab setiap orang mempunyai perjalanan kewangan yang berbeza.

1. Ada yang mahu mengembangkan simpanan

2. Ada yang mahu menyediakan dana persaraan.

3. Ada yang mahu menggunakan sebahagian daripada simpanan persaraan untuk membina portfolio.

4. Ada yang mahu menyediakan dana pendidikan anak.

5. Dan ada juga yang mahu membina sumber pendapatan pasif untuk masa hadapan. Klik sini untuk temujanji https://lnk.bio/hw07

Bagaimana saya membantu?

Dalam sesi bersama saya, kita akan melihat beberapa perkara penting:

1. Kenal pasti matlamat kewangan

Apa yang anda mahu capai?

RM100,000?
RM500,000?
Dana persaraan?
Dana pendidikan anak?
Atau membina portfolio jangka panjang?

Matlamat yang jelas membantu kita menentukan strategi yang lebih teratur.

2. Tentukan tempoh pelaburan

Pelaburan untuk 3 tahun tidak sama dengan pelaburan untuk 10 atau 20 tahun. Lebih jelas tempoh pelaburan, lebih mudah untuk menyusun strategi yang sesuai. Dah ada tempoh pelaburan? Klik sini untuk temujanji https://lnk.bio/hw07

3. Fahami tahap risiko

Setiap pelabur mempunyai tahap keselesaan terhadap turun naik pasaran yang berbeza. Sebab itu kita perlu duduk dan berbincang untuk hala tuju pelaburan.

4. Bina portfolio

Portfolio boleh disusun berdasarkan matlamat, tempoh pelaburan dan profil risiko pelabur. Matlamatnya bukan sekadar mempunyai pelaburan. Matlamatnya ialah mempunyai portfolio yang mempunyai tujuan.

5. Review dan monitor

Pelan pelaburan bukan sesuatu yang dibuat sekali kemudian dilupakan. Keadaan kewangan, matlamat hidup dan keadaan pasaran boleh berubah. Sebab itu portfolio perlu disemak dari semasa ke semasa supaya strategi kekal relevan dengan perjalanan kewangan pelabur. Faktor ni paling penting, semasa sesi perbincangan kita akan terus tetapkan untuk sesi seterusnya.

Bukti Sebenar Daripada Pelabur

Saya percaya pengalaman sebenar pelabur lebih bermakna daripada sekadar bercakap tentang teori. Di bawah ini saya akan kongsikan beberapa contoh perkembangan portfolio/pulangan pelabur yang telah melalui proses perancangan dan pemantauan bersama saya.

Namun, penting untuk difahami: Prestasi terdahulu bukan jaminan prestasi masa hadapan.

Nilai pelaburan boleh naik dan turun bergantung kepada keadaan pasaran dan pelaburan yang dipilih. Apa yang saya tekankan ialah proses memahami matlamat, membina strategi, mengurus risiko dan melakukan review secara berkala. Teruja? Mula dengan temujanji https://lnk.bio/hw07

Pelaburan Yang Ada Arah

Saya tidak mahu anda hanya berkata: “Saya ada investment.”

Tetapi anda boleh berkata:“Saya tahu kenapa saya melabur, berapa lama saya melabur dan apa yang saya cuba capai.”

Itulah perbezaan antara sekadar melabur dengan melabur berdasarkan perancangan. Kalau anda sudah mempunyai simpanan tetapi masih belum mempunyai strategi pelaburan yang jelas, mungkin sudah tiba masanya untuk kita duduk bersama dan melihat semula kedudukan kewangan anda.

Jom bina Pelaburan anda bersama saya.

Kenal pasti matlamat.
Susun strategi.
Bina portfolio.
Review secara berkala.

Build a Healthier Portfolio

HidayahWan
Your Advisor

https://lnk.bio/hw07

Nota: Pelaburan melibatkan risiko. Sebarang keputusan pelaburan hendaklah dibuat berdasarkan objektif, kemampuan dan profil risiko individu. Prestasi terdahulu tidak semestinya menunjukkan prestasi masa hadapan.

Leave a Reply