Covid-19 Market Jatuh…. semua?

Covid-19 pasaran merah…

Covid-19 pasaran merudum…

Kesan wabak corona…

coronavirus

Tsunami melanda pasaran saham, ye terkesan kepada unit amanah. Ada satu cerita menarik, jom baca.

 

Sekarang bayangkan kita berada diatas kapal persiaran mewah menuju ke negara eropah. Ye ini adalah percutian mewah kita sekarang. Perjalanan mengambil masa selama 6 bulan. 3 bulan yang pertama perjalanan yang SERONOK hip hip horey bebeh. 1st time naik kapal mewah, dalam takut excited, dalam seronok gementar. Perasaan bercampur baur. Lama kumpul duit untuk beli tiket Kapal persiaran ni kan.

cruise investment

Sedang asyik mandi kolam besar yang nampak bintang-bintang berkelipan indah, lagu pulak best… wahhh asyiknya…. nikmat dunia mana lagi yang nak didustakan. Tiba-tiba Kapal persiaran GAH ni bergoyang-goyang dan kapten kapal buat 1 pengumuman yang kita semua tak nak dengar

“Perhatian kepada semua, kita sedang melalui kawasan gelombang ombak yang besar. Keadaan tidak mengizinkan anda menikmati keseronokan dibahagian luar kapal. Sila pulang ke bilik masing-masing. Kamu semua tidak dibenarkan keluar dari bilik. Duduk diam-diam nikmati keindahan bilik mewah anda. Jangan risau makanan sedap akan dihantar 6 kali sehari kebilik anda semua. Selamat menikmati kemewahan bilik”.

panic

Setiap 2-3 hari ada pengumuman penting keadaan semasa ombak besar diluar sana. Namun kami merasa seronok dibilik masing-masing menikmati kemewahan bilik, dihidangkan makanan lazat dan hiburan cerita yang menyeronokkan. Hampir tiada masa bosan walaupun berkurung didalam bilik masing-masing.

Dan akhirnya pengumuman penting dari kapten kapal berbunyi “Syukur alhamdulillah, kita berjaya melalui kawasan ombak besar dalam jangka masa 1 bulan dengan jayanya. Semua selamat dan berbahagia dibilik masing-masing. Terima kasih kerana memberi kerjasama yang hebat. Kepercayaan yang tidak berbelah bagi untuk kami cuba sebaik mungkin menyelamatkan semua melalui kawasan ombak besar. Sekarang anda semua boleh menikmati keindahan alam diluar. Langit sudah cerah, keluarlah lihat betapa gembiranya burung-burung berterbangan dilangit biru. Selamat bergembira”.

happy face

Kami meneruskan kegembiraan diatas kapal mewah selama lagi 2 bulan. Bila kami keluar dari kapal, ada bahagian kapal yang rosak disana sini. Kami melihat pihak kapal bertungkus lumus baiki bahagian rosak. Seolah tidak percaya, kami tidak perasan berapa besar ombak yang menyebabkan kerosakan begitu berlaku pada kapal kami, kerana kami berseronok dibilik semasa tempoh yang dasyat itu. WOW, syukur. Dalam tempoh sebulan semua korosakan dah dibaiki dan cantik kembali.

Akhirnya kami sampai ke negara eropah yang dituju dengan selamat, disambut gilang gemilang oleh pihak sana. WOW HEBATNYA. SERONOKNYA ohhh begini rupanya pengalaman menaiki kapal mewah.

market up

Apa kaitan dengan pelaburan di musim covid19? Baca disini nak tahu lanjut disini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.