Konsep Unit Trust

Haish rugilah melabur di unit trust…

Saya dah melabur di unit trust, rugi tak untung pun..

Market teruk, unit trust ni saham kan… so terukla jugak….

Unit Trust kan saham, so samalah….

Biasa dengar ayat macam ni kan.. atau awak sendiri terfikir benda yang sama kan…. betul? Kenapa mereka memberi kenyataan begini? Kerana mereka TIDAK FAHAM KONSEP GANDAKAN DUIT DI UNIT TRUST. Inilah jawapan kepada semua persoalan diatas.

Kat sini Ida cuba terangkan konsep unit trust, bagaimana untuk kita GANDAKAN DUIT di UNIT TRUST dan UNIT TRUST BUKAN SAHAM. Macam mana duit kita di unit trust boleh berganda walaupun saham tengah teruk.

Haish rugilah melabur di unit trust…

Apa maksud “rugi” pada mereka? Pertama, kita kene faham pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka masa sederhana ke panjang iaitu 5 tahun dan keatas. Jangan sesekali samakan pelaburan unit trust dengan pelaburan lain kerana KONSEPNYA BERBEZA.

Kenapa Ida kata berbeza? Unit Trust adalah satu tabung pelaburan yang mengumpulkan duit orang ramai. Syarikat Unit Trust menyediakan 1 tabung orang ramai atau olebih dikenali sebagai fund. Setiap tabung atau fund ini mempunyai objektif pelaburan tersendiri. Fund ini juga telah ditulis di dalam buku “master prospectus” dimana duit orang ramai ini nanti bakal dilaburkan. Di negara mana? berapa %? disaham mana untuk setiap negara?

Saya TAKUT

Saya takut harga turun naik. Katakan saya beli pada harga RM 0.25, adakah saya akan rugi sekiranya selepas 5 tahun apabila saya ingin menjual unit amanah saya pada ketika itu harga seunit hanya RM 0.20?

Jawapan :

1) Unit trust bermaksud pengumpulan unit. Setiap pelabur diberi pemilikan dalam bentuk unit. Unit akan bertambah setiap kali pemberian dividend tahunan. Setiap tahun pemberian unit adalah berdasarkan unit yang terkini.

2) Setelah tahun ke lima unit di dalam pegangan pelabur semakin bertambah dan didarabkan dengan harga semasa RM 0.20, pelabur TIDAK RUGI.

3) Ini dibuktikan melalui prestasi sebenar, Public Ittikal pada tahun 1997 harga pengenalan seunit adalah RM 0.95, pelaburan bernilai RM100,000 telah menjadi RM 464,964.07 pada 2005 walaupun pada ketika harga jualan Public ittikal hanyalah RM 0.7817.

Secara logiknya duit pelabur hanya tinggal RM78,170 tetapi mengapa pelabur untung? Ini disebabkan unit di dalam pegangan telah meningkat melalui pemberian dividend tahunan.

 

Screenshot 2019-06-28 at 1.22.44 PM.png

Moga Bermanfaat, saya nak mula melabur sekarang http://bloghidayah.wasap.my/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.