Sebelum memulakan sesuatu pelaburan, pelabur wajib tahu perkara berikut.
Pelabur adalah orang yang menggunakan duit lebihan mereka untuk digandakan.
Maksud pelaburan dari wikipedia
Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan Perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan
Komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapat hasil yang menguntungkan. Ianya tabungan atau penundaan konsumsi.
Maksudnya disini pelaburan bukanlah untuk mendapat pulangan dividen setiap tahun. Pulangan setiap tahun kepada pelabur adalah dividen yang harus dilaburkan semula. Kerana pelabur mahu hasil yang menguntungkan di kemudian hari. Pelabur tidak mahu keuntungan sedikit dijangka masa pendek tetapi pelabur mahu KEUNTUNGAN BERGANDA DIJANGKA MASA PANJANG.
Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, maksudnya duit kita dilaburkan dipelbagai bidang untuk mengoptimumkan keuntungan di jangka masa panjang.
Komitmen wang/modal
Pelaburan memerlukan komitmen wang atau modal. Pelabur tidak meminjam wang/modal dari pihak lain. Pinjaman dari pihak lain semestinya ada interest. Pelabur yang bijak akan membuat kiraan jangkaan keuntungan sebenar sebelum memulakan pelaburan.
Tiada istilah interest kepada pelabur bijak.
Pelabur bijak tidak akan sentuh loan untuk dijadikan modal pelaburan mereka. Menggunakan wang lebihan walau sedikit adalah jauh lebih menguntungkan walau perlu menunggu lebih lama. Tiada loan, tiada interest maka hati pun senang.
Risiko tidak mampu bayar
Bila tiada pinjaman maka tiadalah risiko tidak mampu untuk membayar. Lumrah pinjaman, mesti dibayar pada waktu yang ditetapkan. Lewat bayar, interest meningkat. Tidak mampu bayar, risiko dilabel bankrupt menunggu disana. Kerana itu pelabur bijak tidak akan meminjam untuk melabur.
Mata DSR ditarik
Debt Service Ratio (DSR), ialah pengiraan diguna oleh bank untuk mengetahui sejauh mana keupayaan peminjam membayar balik pinjaman. DSR kepada kita dibandingkan dengan jumlah pinjaman maksimum yang ditawarkan oleh pihak bank. Bila kita ada ASBF, mata akan ditolak atau dengan erti kata lain, jumlah loan yang boleh dibuat oleh kita akan berkurang. Kerana ASBF juga adalah loan kita dengan bank. ASBF akan menyebabkan mata DSR ditarik atau dikurangkan.
Pelaburan ASBF untuk jangka masa pendek.
Ada diantara mereka diluar sana, menggunakan pelaburan ABSF untuk mendapat duit dalam jangka masa terdekat iaitu 3-5 tahun. Mereka akan terminate ABSF selepas 3-5tahun dan mendapat duit cash dari dividend setiap tahun oleh ASB. Mereka mendapat lebih dari jumlah yang dibayar setiap bulan selama 3-5 tahun tadi. Berapa jumlah wang yang bakal mereka dapat? Ini kiraan anggaran.* Bayaran bulana mesti dibayar selama 3-5 tahun itu tadi dan tidak menggunakan wang dividend untuk rolling bayaran bulanan.
Jika anda mahukan wang dalam jangka masa pendek ASBF lah salah satu platformnya. Bersedia dengan risiko yang dijelaskan diatas. Untuk jangka masa panjang, carilah platform lain.
Bagaimana dengan pelaburan unit amanah?
[…] Ye ke pelaburan ASBF ni sungguh mudah? Apa yang seorang pelabur wajib tahu mengenai pelaburan ABSF? […]
LikeLike