Apa itu Pelaburan Unit Trust

Apa itu Unit Trust?

Apa itu Unit Trust? Unit Trust adalah satu Skim Pelaburan Kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan serupa mengumpul dana mereka bersama. Dana ini akan dilaburkan oleh Pengurus Dana Profesional dalam portfolio sekuriti mengikut objektif dan strategi pelaburan dana tadi. Kata lain kepada Unit Trust adalah Unit amanah; adalah kumpulan Pelaburan yang diuruskan oleh pengurus dana yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelaburan biasanya dikenakan bayaran sekali sahaja apabila pelabur membeli Unit Amanah dan mempunyai yuran tahunan untuk menampung kos menjalankan dana selepas itu.

Ini pula adalah gambaran perbezaan jumlah pelaburan Ms Alia and Mdm Lee. Ms Alia yang mulakan pelaburan seawal umur 30 berhasil mengumpul jumlah sebanyak RM1,067,003 semasa beliau berumur 60 tahun. Pelaburan Ms Alia selama 30 tahun di Unit Trust. Agaknya berapa % pulangan dari pelaburan Ms Alia ye?

Berbanding Mdm Lee yang mulakan pelaburan pada umur 40 tahun, berhasil mengumpul sebanyak RM494,229 pada umur beliau 60 tahun nanti. Hanya melambatkan tarikh melabur selama 10 tahun, Mdm Lee rugi sebanyak 50%. Pelaburan Unit Trust ini adalah pelaburan jangka masa sederhana ke panjang. Lagi panjang tempoh pelaburan, lagi berganda duit pelaburan Unit Trust. kerana konsep pelaburan ni seperti snow ball https://hidayahwan.com/category/pelaburan-unit-trust/page/2/.

Perbezaan jumlah pelaburan dengan hanya memulakan pelaburan awal 10 tahun sahaja.

Ringkasan apa itu Unit Trust? Disini saya senaraikan dan terangkan secara ringkas untuk pemahaman semua. Unit Trust adalah;

  1. Pelaburan yang diuruskan oleh mereka yang profesional dalam bidang pelaburan iaitu Fund Manager.
  2. Pulangan pelaburan Unit Trust adalah kompetitif.
  3. Pelaburan Unit Trust adalah pelaburan kepelbagaian untuk meminimumkan risiko dan volatiliti secara berkesan.
  4. Urusniaga yang sangat mudah untuk pelaburan Unit Trust.
  5. Pelaburan Unit Trust tiada tempoh matang (WOW)
  6. Pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Securiti Malaysia (SC).
  7. Pelaburan Unit Trust ada kuasa kompounding
  8. Jadi kita boleh melabur dengan hati tenang di pelaburan Unit Trust.
Pulangan berganda dari tahun ke tahun

Love, HidayahWan

3 thoughts on “Apa itu Unit Trust?

Leave a reply to 5 Kesilapan pelabur di unit trust – HIDAYAHWAN Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.