Jangan ulang 5 KESILAPAN BESAR pelabur ni bila melabur di unit trust ye. Nampak biasa mungkin ada yang memandang pelabur ini bijak mengatur langkah. Padahal inilah KESILAPAN BESAR dia sebagai pelabur unit amanah.
- Nak Melabur Unit Trust MESTI TENGOK MARKET dulu. Kalau market tinggi baru melabur? Ke bila market rendah baru melabur? Ke bila market mendatar? Hmm

Pelaburan unit amanah tidak bergantung kepada market malaysia ya. Kenapa? Sebab fund yang kita pilih atau consultant suggest melabur di syarikat terpilih, bukan di market. Aikk? Syarikat yang terpilih ni yang menentukan performance fund tau. Nak refer kat mana? Tengok master prospectus dan annual report fund untuk tahu fund dilaburkan disyarikat mana.

2. Melabur di fund yang buat DIVIDEN paling BANYAK tahun lepas. Tahun lepas fund A bagi paling banyak divided, Jadi kita pilih fund yang “perform”ni. Adeh, melabur di unit trust ni untuk jangka masa panjang ye. Jadi “Dividen banyak” bukanlah ukuran. Strategi pelaburan unit amanah ni ada 3 fasa, kumpul unit, gandakan dan jual bila diperlukan selepas 8 tahun kemudiannya.
Kumpul unit pada masa bila kita nak melabur, buka akaun dan mula menyimpan. “Dividen” ialah Distribution Reinvest yang mana kita akan dapat unit secara percuma dan ia dilaburkan untuk mengandakan wang asal yang kita laburkan. Inilah konsep kompounding. Nak tahu lanjut strategi pelaburan berkesan ni klik sini untuk temujanji ye (dalam talian atau bersemuka) http://bloghidayah.wasap.my/ . Nyatakan kemusykilan ye sebab banyak wasap yang nak dijawab setiap hari.

3. Jual Unit Trust bila RUGI, sebelum RUGI lagi banyak. Golongan ini samakan unit amanah dengan saham. Eh tak sama ke? Iya klik sini. Pelaburan saham ni kita beli saham syarikat tertentu sendiri dan perlu kajian sendiri sebelum trade atau melabur. Apa itu pelaburan saham, boleh baca kat sini ye.
Bila melabur di unit amanah ni ada service caj yang dikenakan pada permulaan, jadi bila dilihat report pelaburan akan menunjukkan angka yang kurang dari jumlah yang dilaburkan. Contoh RM100,000 – 5.25%. Wahhh banyak ke sikit? Banyak kalau kita nak melabur dalam jangka masa pendek. Dan jumlah ini akan sedikit jika kita laburkan dalam jangka masa panjang. Kenapa? Tengok ni kalau kita melabur untuk 12% ye 5.25% banyak, 12% – 5.25% berbanding dengan 222% – 5.25%.

4. JUAL UNIT TRUST BILA UNTUNG, LOCK UNTUNG. Biasa dengar ayat ni? Ini adalah strategi bila kita trade di bursa saham ye bukan di unit trust. Kenapa? Kerana strategi pelaburan unit amanah adalah dengan menurunkan purata kos ringgit kita. Caranya adalah dengan menambah pelaburan di dana yang sama semasa -ve dan mengumpul unit pada dana yang memberi dividen setiap tahun. Dividen yang diterima mesti dilaburkan semula untuk mendapatkan keuntungan berganda melalui konspe kompounding pula.

5. Serah 100% kepada agent aka tak ambil tahu langsung. Bila kita mula melabur? Bila ada agent datang dan cerita tentang pelaburan unit trust ni kepada kita, betul? Faham, sign borang dan biarkan. Ye memang kita percaya 100% kepada agent itu tidak salah. Namun perlu untuk kita ambil tahu apa yang pelabur perlu tahu sahaja.
Contohnya pelaburan unit trust apa sebenarnya? apa beza dengan pelaburan lain? Kenapa kene ada agent? boleh ke saya uruskan pelaburan saya sendiri? Mungkin pada awalnya kita sendiri tak tahu nak tanya apa, betulkan? Tak mengapa, tetapi selalulah berurusan dan berhubung dengan agent kewangan kita. Bila melabur ni, kita perlu ada fasa pemahaman mengenai pelaburan sedikit demi sedikit. Jadi selalulah berjumpa atau berhubung untuk tahu perkembangan dan penerangan berterusan dari agent kita ye. Hmmm bila last berhubung dengan agent kewangan ye? Kalau dah lebih dari setahun atau lebih lama, atau agent dah tak dapat dikesan tu sila klik sini http://bloghidayah.wasap.my/. Hidayahwan sedia membantu.

[…] 4. Kenapa kawan saya kata dia melabur di unit trust rugi? Pelaburan unit trust seharusnya untung bila dalam tempoh sederhana ke panjang. Pemilihan dana sangat penting. Jangan buat kesilapan pelabur rugi ini https://hidayahwan.com/2020/10/14/5-kesilapan-pelabur-di-unit-trust/ […]
LikeLike