Pelaburan Saham

Pelaburan saham ni apa? Mungkin ramai diantara kita terlibat dengan pelaburan saham, namun masih ramai yang tidak tahu apakah ia pelaburan saham?. Pelaburan saham ni adalah bila kita menjadi pelabur di bursa saham dengan memegang saham mana-mana syarikat yang disenarai di bursa saham.

Mungkin kita pernah dengar main saham, trade saham kan. Maksudnya sama mereka membeli beberapa lot saham syarikat dan menjualnya kembali dengan mendapat keuntungan atau kerugian.

Saham ni ramai yang cakap best, cara mudah buat duit cepat. Dalam masa yang sama ramai juga yang terciduk dengan saham ni. Kerana ikut cakap orang, tidak faham konsep, dan musuh utama adalah tamak. Ini berlaku kerana individu itu tiada matlamat yang jelas dalam pelaburan saham. Mereka selalu sebut main saham. Jadi selamanya mereka bermain dengan saham- saham ini.

Bagaimana ingin memulakan pelaburan saham

Untuk melabur di bursa saham, mesti ada akaun saham dahulu. Boleh search di google cara buka akaun saham. Ada banyak pilihan syarikat security atau broker saham di Malaysia. Kos yang diperlukan untuk buka akaun saham pun murah je dan ada yang percuma. Selepas akaun saham dah tersedia, kita hanya perlu memasukkan modal untuk memulakan pelaburan saham.

Kelebihan Pelaburan Saham

Kelebihan pelaburan saham ialah, pelabur bakal mendapat keuntungan dari capital gain dan juga dividen. Capital gain adalah perbezaan harga yang dibeli dengan harga yang dijual untuk seunit saham. Bila harga yang dijual lagi mahal dari harga yang dibeli. Dividen pula ialah pembahagian keuntungan syarikat kepada semua pelabur. Keuntungan ini diberikan secara tunai ataupun secara unit saham.

Kelebihan lain, pelabur saham bakal mendapat jemputan ke Mesyuarat tahunan syarikat dan juga report kewangan tahunan syarikat tersebut.

Kelemahan Pelaburan Saham

Kebanyakan dari mereka yang terlibat dengan saham mengalami kerugian berkali-kali atau kerugian yang lebih banyak berbanding keuntungan. Ada juga yang dah untung dan kemudiannya rugi. Pelabur saham perlu ada strategi pelaburan yang lebih jelas dan pantas bertindak. Ini kerana saham memerlukan pelabur membeli saham pada harga, masa yang tepat di saham yang tepat untuk mendapat keuntungan.

Kejadian penjualan saham panik secara besar-besaran juga tidak terjangka berlaku dan ianya sekelip mata. Ini antara risiko pelaburan saham yang paing besar dan pelabur mesti bersedia untuk kehilangan kesemua modal yanng dilaburkan.

Nasihat saya pelaburan yang terbaik adalah pelaburan ilmu buat diri sendiri. Naikkan standard diri dengan menimba ilmu pelaburan dan kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.