marketcrash

Dunia Pelaburan – Pelaburan Saham

Bila sebut pelaburan, yang terfikir adalah saham. pelaburan saham kan. Sebenarnya banyak lagi pelaburan lain. Jom harini Sis Ida share tentang pelaburan. Sis Ida explain guna bahasa mudah supaya siapa yang baca boleh faham dan boleh tahu apa beza untuk 5 jenis pelaburan ni. Dan tahu pro dan contra untuk setiap jenis pelaburan. Ok jom mula-mula pelaburan di dunia ni, ada 5 jenis:

Ada berapa jenis pelaburan?

Pelaburan Saham

Pelaburan Hartanah

Pelaburan kepada Perniagaan

Pelaburan Unit Amanah

Pelaburan Emas

Kemudian wujud pula pelaburan matawang digital iaitu Bitcoin. Sis Ida umpamakan bitcoin ni scammer professional dunia. Opsss jangan marah ye.

Pelaburan Saham

Pelaburan Saham, semua faham market turun saham turun. Market naik, saham pun naik? Sebenarnya tak semestinya ye. Kenapa? Market adalah index saham sesebuah negara. Untuk setiap negara, ada beberapa saham yang menjadi index market. Bukan semua saham ye. Jadi Bila kebanyakan saham yang menjadi index ni turun, ia memberi kesan kepada kejatuhan market. Sebenarnya market tu refer kepada index sesuatu negara. Tetapi ada yang salah faham, bila saham sesebuah syarikat jatuh, walaupun dia saham tu satu je jatuh banyak, masuk news dia kata market jatuh. Inilah salah faham kebanyak dari kita.

Jom tengok sini, ini adalah saham yang menjadi index BSKL- Bursa Saham Kuala Lumpur atau KLCI.

Jika ada beberapa saham dalam list ini yang jatuh dan turun, inilah impak kepada market kita. Sedangkan ada 600++ lagi saham lain yang ada naik dan turun. Bila ada 300++ naik, akan ada 300++ yang turun. Ada yang jatuh dengan mata yang banyak dan ada yan naik dengan mata yang banyak setiap hari. Maka tidak boleh la kita cakap market jatuh, bila hanya 100++ saham jatuh, sedangkan lagi 500++ saham naik kan.

Setiap kali bila market tutup sementara waktu rehat tengahari atau petang jam 5, maka akan keluarlah list ini.

Ada saham yang aktif (Most Active), maksudnya pergerakan harga dan unit bertambah, berkurang dan bertukar tangan paling banyak pada hari tersebut.

Top Gainer pula adalah saham yang pergerakan harga menaik paling banyak. Untuk Top Loser pula sebaliknya. Namun peegerakan saham ni boleh jadi terbalik dalam masa 1 jam selepas ini. Jadi bila tengok list ni harini jam 12.30 tengahari 23/2/2023, jangan lah 2/4/2023 nanti pun kita cakap saham paling untung ATECH ye. Lepas ni siapa yang baca artikel ni dah faham ye.

Jadi macam mana cara nak melabur dan untung dipelaburan saham? Ada banyak perkara perlu dibelajar, difahami dan dikaji selidik. Cara Sis Ida, tengok institusi pelaburan melabur di syarikat/saham mana? Macam mana nak tengok?

contohnya, ini adalah keratan analisis dari salah satu institusi pelaburan unit trust yang mana, salah satu fund mereka melabur di syarikat dibawah. Itu hanyalah top5 saham untuk tempoh masa tertentu ye. Dari ini saya akan selidik, faham kan saham tersebut sebelum membuat keputusan. Nak tanya lanjut https://BlogHidayah.wasap.my

Kenapa Sis Ida refer keratan analisis dari institusi pelaburan? Kerana institusi pelaburan adalah pakar pelaburan. Institusi menyelia duit orang ramai dan juga syarikat lain yang melabur dengan mereka. Jadi pemilihan saham oleh mereka sudah tentu diselidik dan dikaji habis. Bukan sekadar anggapan, tetapi kita boleh tengok dari report yang dikeluarkan seperti diatas ini. Report ini telah diaudit terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan. Apa lagi yang perlu diragu? Saham yang mempunyai keutuhan kewangan, shariahnya dan juga business yang dijalankan.

Namun untuk pelaburan saham, walaupun sudah ada saham pilihan. Sebelum beli unit saham tersebut, saya perlu kaji nak beli pada waktu dan harga yang tepat. Part ini sahaja bukanlah mudah. Selepas beli, emosi kita memang akan terganggu dengan pergerakan harga yang cepat dan pantas. Part ini tiada siapa boleh tolong, kecuali diri sendiri. Kerana itu, jika tengok -1% pun kita dah migrain, nasihat saya lupakan sahajalah niat untuk melabur saham ni.

Banyak lagi instrumen lain yang sesuai untuk kita melabur. Kesimpulan dari pelaburan saham

  1. Pemilihan saham yang tepat, pada harga yang tepat dan pada masa yang tepat itu sangat penting.
  2. Fakta menunjukkan mereka yang berjaya dalam pelaburan saham hanyalah 5% berbanding 95%lagi tidak berjaya malah rugi dan ada yang muflis kerana melabur disaham.
  3. Punca utama adalah tidak boleh mengawal emosi, membuat pinjaman untuk melabur saham, dan mengikut tips dari kawan yang akhirnya jadi tipusss.

Saya sendiri pernah rugi RM500 dalam sekelip mata semasa kes Braxit. Dan saya juga pernah untung hampir 400% dari salah satu saham teknologi. Saya melabur dan membiarkan saham tersebut sehingga tempoh 1 tahun.

Dari sini, saya mula share ilmu pelaburan yang lebih mudah, yang semua orang boleh terlibat. Risiko yang lebih rendah kerana diselia oleh pakar pelaburan.

Baca artikel saya yang seterusnya ye. Nak berbincang mengenai pelaburan yang jauh lebih mudah dari pelaburan saham? Klik sini https://BlogHidayah.wasap.my

Next Artikel Pelaburan Hartanah.

HidayahWan

Kenapa Nak Jadi Unit Trust Consultant secara Part-Time?

Kenapa nak jadi Unit Trust Consultant secara part-time? Peluang kerjaya unit trust consultant? Ramai yang bekerja dan perlukan extra income. Tetapi kenapa perlu pilih unit trust consultant di public mutual sebagai part-time? Kerana menjana extra income tetapi masa dan komitmen masa kerja yang tidak menganggu kerja hakiki.

Antara Kerja part-time yang memberi income yang berbaloi? Kerja yang mudah? Perlu belajar sesuatu yang baru?

Pelabur melabur dengan mudah hanya dihujung jari

Pelabur disediakan dengan platform yang mudah untuk mereka cek dan dapatkan tips tentang pelaburan hanya dihujung jadi mereka. Mereka juga boleh menggunakan mobile apps pocket-PMO untuk membuka akaun, menambah wang pelaburan dan juga mengeluarkan wang mereka bila perlu. Melalui pocket-PMO juga, pelabur boleh menyemak fund yang mereka pilih dilaburkan dinegara mana, sektor mana dan juga disyarikat mana. Semuanya hanya di hujung jari.Peluang kerjaya unit trust consultant juga jadi lebih mudah.

Namun tiada siapa akan tunjukkan strategi pelaburan dan semak pelaburan mereka. Jadi disini lah kerja unit trust consultant. Peluang kerjaya unit trust consultant jadi lebih mudah, Ye pelaburan unit trust di public mutual memerlukan strategi untuk untung. Bukan sekadar melabur dan boleh untung ye. Strategi pelaburan ni sangat mudah. Jika boleh faham, bolehlah jadi unit trust consultant secara part-time. Ye sangat mudah untuk difahamkan bila dah tahu rahsianya.

Melabur dan menjadi Pelabur Bijak

Pelabur boleh melabur dan menjadi premium investor secara tak sengaja. Kenapa secara tak sengaja? Kerana melabur di unit trust adalah pelaburan jangka masa panjang. Hanya memerlukan pelabur melakukan transaksi secara automatik dari bank ke akaun public mutual sendiri. Peluang kerjaya unit trust consultant menjadi lebih mudah. Pelaburan secara bulanan ini mempunya kelebihan yang tersendiri seperti dibawah

  1. Melabur tanpa mengambil kira keadaan market turun naik.
  2. Melabur dengan jumlah yang mampu walaupun serendah RM100 sebulan. Mudahkan nak melabur jadi ia juga mudah untuk unit trust consultant secara part-time.
  3. Tetap melabur walaupun keadaan market yang jatuh, kerana inilah waktu terbaik untuk keuntungan yang berganda kemudian hari. Yang faham senyum lebar ni.
  4. Semuanya mudah dihujung jari. Nak review dengan consultant walau jauh pun tak apa. Sebab boleh dibuat secara online. Inilah Peluang kerjaya unit trust consultant di public mutual.

Consultant perlu tunjuk apa yang patut pelabur tahu. Kalau sebagai pelabur dah tahu banyak, bagus jadi consultant. Melabur dan dapat balik komisyen. Best kan.. kan…Mudahkan jadi unit trust consultant secara part -time. Peluang kerjaya unit trust consultant di public mutual berhad.

Komisyen setiap bulan dan komisyen berkekalan sepanjang hayat

Ini rahsia kenapa ramai diluar sana berminat jadi unit trust consultant walaupun secara part-time. Peluang kerjaya unit trust consultant terbuka untuk semua. Komisyen setiap bulan adalah dari berapa RM jumlah pelaburan yang dibawa masuk. Dan komisyen berkekalan adalah jumlah pelaburan terkumpul dengan harga semasa. Jadi sangat penting untuk setiap pelaburan yang dibawa masuk memberi keuntungan kepada pelabur. Jika wang pelabur rugi? Maka komisyen consultant juga dalam kerugian. Mungkin kerugian yang teruk.

Apa cara untuk jadikan pelaburan untung? Dengan strategi pelaburan yang terbukti berkesan. Yes dan ia adalah rahsia dalam agency HW Agensi. Peluang kerjaya unit trust consultant lebih mudah. Ramai yang cakap mengarut. Ye memang mengarut untuk 80% populasi, hanya 20% yang percaya ia betul. Fokus kepada 20% untuk yang nak jadi unit trust consultant secara part-time.

20% yang percaya ianya betul kerana ia terbukti dengan adanya pelabur hebat yang dikenali di dunia iaitu Warren Buffet dan juga gurunya. Siapa? nanti saya edit disini ye. Ala gurau pun tak boleh. Benjamin Graham la.

Apa teori keuntungan pelaburan yang diajar? Pelaburan jangka masa panjang lebih dari 10 tahun. Teori ini kami perincikan khas buat unit trust consultant di HW Agensi. Mudahkan jadi unit trust consultant secara part-time? Berapa komisyen? Ini secara ringkasnya, bestnya peluang kerjaya unit trust consultant di public mutual ni.

Selain dari 2 faktor yang best, ada banyak lagi kelebihan lain. Secara ringkas seperti dibawah. Nak tahu lebih lanjut klik sini untuk temujanji secara bersemuka ataupun online https://IwanttobeUTC.wasap.my untuk jadi unit trust consultant secara part-time ataupun full time. inilah dia Peluang kerjaya unit trust consultant di public mutual.

Kelebihan masa yang flexible untuk melakukan business unit trust ini adalah satu faktor yang besar kenapa ramai di lur sana berminat untuk menjadi unit trust consultant secara part-time pada mulanya. Kemudian baru lah kepada full-time.

Love,

HidayahWan

Punca pelaburan unit trust RUGI- Avoid ni untuk elak rugi di Unit Trust

Sejak 2 menjak ni, ramai yang contact HidayahWan ngadu kenapa pelaburan unit trust dia rugi. Tetapi HidayahWan tunjuk pelaburan investors HidayahWan untung je. Bukan takat untung, malah untung BESAR.

Yang call, wasap ngadu ni invest dah lama. Bila sebut lama, maknanya dah lebih dari 5 tahun.Mereka mula nak give up sebab tak untung mana pun. Kalau untung pun tak berbaloi dengan bertahun invest. 5 tahun invest untung tak sampai 6%, bukan invest namanya tu kan.Soalan demi soalan ditanya, macam mana investor HidayahWan untung helok je. Apa pun, HidayahWan mintak tengok statement secara online dulu. Bila dah tengok, termenung sekejap.

Kes 1 – Hanya ada 1 fund sahaja forever

Semua fund terbaik, jadi pilih je salah satu yang saya suka🤪. Silap dari awal ni.

Salah satu investment report yang ditunjuk pada HidayahWan adalah seperti dibawah ni. Si dia membuat pelaburan secara auto debit di fund yang sama selama 10 tahun. Kenapa caranya begini? Kerana si dia tidak tahu strategi pelaburan di Unit Trust. Itulah jawapannya. Macam mana strateginya? Ini rahsia besar dalam pelaburan unit trust yang HidayahWan explain kat semua investors HidayahWan😊. Nak tahu? kenalah jadi investors HidayahWan.

HidayahWan

Soalan yang HidayahWan tanya;

  1. Awak melabur ni, guna strategi apa? Si dia akan ambik masa yang lama untuk jawab. Sebab soalannya tak pernah ditanya. Dan ada jugak yang jawab, strategi syarikat pelaburan. HidayahWan jawab balik, silapnya dari awal, melabur tanpa strategi umpama pelaburan yang tiada hala tuju. Untung sikit tu syukurlah. Kalau rugi banyak? Haru
  2. Soalan ke2, HidayahWan tanya apa objektif pelaburan awak ni? Nak untung berapa %? Dalam jangka masa berapa lama? Selalunya si dia tiada jawapan untuk soalan ni juga. Jawapan mudah “entah”, saya ikut je cakap si A. Haru bila si A pun tak faham apa yang pelabur dia ni nak. Umpama awak nak minum “coffee latte” tanpa gula dan order saya nak kopi, assume orang lain faham yang kopi awak maksudkan tu adalah “coffee latte” dan awak dapat americano. Basicnya kopi itu betul, namun campurannya, rasa dan rupanya langsung tidak sama.

Kes ke2 – Nak ada semua fund tamak haloba sungguh

Tamak dalam pelaburan, nak semua fund yang ada dalam pilihan ada dalam portfolio dia. Makanya dia letak lah sikit sikit dalam fund pilihan dia. Sekali invest ambik 3 funds. Next invest ambik lagi 3 funds lain. Pastu? semua rugi, bukan sikit tapi banyak. Bila ditanya kenapa ambik bannyak fund mcm ni. Jawapannya nak diversify😢😢. Plan si dia nak ambik 30 fund ke? Simple jawapannya Entah.

Jelas lah kat sini, pelaburan si dia ni juga tiada strategi. Akibatnya rugi dan kecoh 1 malaya dicanangnya, pelaburan Unit Trust ni tak untung. Haish la awak ni. Orang lain helok untungnya. Simple dia jawab, nasib je tu🙃🙃. Jangan macam tu kawan, meh kawan dengan HidayahWan ye

Pelaburan Unit Trust yang macam mana boleh untung?

Jawapan untuk soalan ini, senang je. Pelaburan yang ada strategi dan pelabur follow strategi pelaburan dari HidayahWan dari awal sampai capai objektif pelaburan. Apa objektif pelaburan tu? “The ultimate” objektif pelaburan adalah pelabur bersara dari bekerja dan enjoy sejumlah “gaji” seperti bekerja dahulu. Lebih bagus jika “gaji” yang diterima kalis inflasi. Maknanya, pelabur ini tidak terkesan dengan kadar kenaikan inflasi dari masa ke semasa.

Ini salah satu contoh report pelaburan investor HidayahWan, yang dijaga mengikut strategi disokong oleh pelabur HidayahWan itu semestinya.

Nak tahu strategi pelaburan HidayahWan klik sini.

Nak melabur seperti pelabur HidayahWan? Cara mudah yang faham strategi pelaburan dari awal? Klik sini untuk perbincangan secara dalam talian atau berjumpa ye.

Semoga bermanfaat

HidayahWan

Pelaburan Saham

Pelaburan saham ni apa? Mungkin ramai diantara kita terlibat dengan pelaburan saham, namun masih ramai yang tidak tahu apakah ia pelaburan saham?. Pelaburan saham ni adalah bila kita menjadi pelabur di bursa saham dengan memegang saham mana-mana syarikat yang disenarai di bursa saham.

Mungkin kita pernah dengar main saham, trade saham kan. Maksudnya sama mereka membeli beberapa lot saham syarikat dan menjualnya kembali dengan mendapat keuntungan atau kerugian.

Saham ni ramai yang cakap best, cara mudah buat duit cepat. Dalam masa yang sama ramai juga yang terciduk dengan saham ni. Kerana ikut cakap orang, tidak faham konsep, dan musuh utama adalah tamak. Ini berlaku kerana individu itu tiada matlamat yang jelas dalam pelaburan saham. Mereka selalu sebut main saham. Jadi selamanya mereka bermain dengan saham- saham ini.

Bagaimana ingin memulakan pelaburan saham

Untuk melabur di bursa saham, mesti ada akaun saham dahulu. Boleh search di google cara buka akaun saham. Ada banyak pilihan syarikat security atau broker saham di Malaysia. Kos yang diperlukan untuk buka akaun saham pun murah je dan ada yang percuma. Selepas akaun saham dah tersedia, kita hanya perlu memasukkan modal untuk memulakan pelaburan saham.

Kelebihan Pelaburan Saham

Kelebihan pelaburan saham ialah, pelabur bakal mendapat keuntungan dari capital gain dan juga dividen. Capital gain adalah perbezaan harga yang dibeli dengan harga yang dijual untuk seunit saham. Bila harga yang dijual lagi mahal dari harga yang dibeli. Dividen pula ialah pembahagian keuntungan syarikat kepada semua pelabur. Keuntungan ini diberikan secara tunai ataupun secara unit saham.

Kelebihan lain, pelabur saham bakal mendapat jemputan ke Mesyuarat tahunan syarikat dan juga report kewangan tahunan syarikat tersebut.

Kelemahan Pelaburan Saham

Kebanyakan dari mereka yang terlibat dengan saham mengalami kerugian berkali-kali atau kerugian yang lebih banyak berbanding keuntungan. Ada juga yang dah untung dan kemudiannya rugi. Pelabur saham perlu ada strategi pelaburan yang lebih jelas dan pantas bertindak. Ini kerana saham memerlukan pelabur membeli saham pada harga, masa yang tepat di saham yang tepat untuk mendapat keuntungan.

Kejadian penjualan saham panik secara besar-besaran juga tidak terjangka berlaku dan ianya sekelip mata. Ini antara risiko pelaburan saham yang paing besar dan pelabur mesti bersedia untuk kehilangan kesemua modal yanng dilaburkan.

Nasihat saya pelaburan yang terbaik adalah pelaburan ilmu buat diri sendiri. Naikkan standard diri dengan menimba ilmu pelaburan dan kewangan.