Kenapa pelaburan unit trust saya semakin rugi?

Saya risau dan takut ni. Pelaburan saya makin hari makin rugi. Makin susut nilai duit saya,apa perlu saya buat ya? Risau saya tengok,apa perlu saya buat ni? Makin kusut rasanya. Bukankah pelaburan semakin untung? Kalau dah semakin rugi macam ni,boleh untungke? Risau duit saya habis macamtu je.

Banyak kali soalan begini ditanya, persoalan yang saya tanya balik adalah Apakah strategi pelaburan dari awal melabur? Ramai yang terpingga bila ditanya soalan ni? KENAPA? Sebab ramai yang melabur tak faham pun konsep pelaburan unit trust dari awal.

Jom kita tengok satu persatu kenapa pelaburan unit trust rugi? Mana-mana pelaburan yang diuruskan oleh badan profesional mesti ada service charge kan. Mula-mula masukkan duit, charge akan dikenakan. Secara automatik nilai pelaburan turun dari harga asal pelaburan. Sebagai pelabur yang tidak berapa faham,dia akan panik dan mula anggap pelaburannya dah rugi.

Keduanya, pelaburan unit trust ni bergantung kepada harga seunit setiap fund. Harga seunit setiap fund adalah berbeza dan harga seunit bergerak setiap hari. Jadi pelaburan kita juga akan ada turun naiknya setiap hari. Bila ada penurunan dari sebelumnya, ramai pelabur yang tak berapa faham akan mula merasa pelaburan mereka mula mengalami kerugian. Sebenarnya, ia adalah sesuatu yang normal dalam pelaburan ni. Apa yang pelabur perlu tahu;

Pelaburan ada tempoh masa. Ada proses yang perlu dilalui dalam tempoh masa tertentu, bergantung kepada objektif dan strategi pelaburan kita. Tiada pelaburan yang memberi keuntungan dalam sekelip mata. Objektif dan strategi pelaburan ni, pelabur perlu tanya kepada agent atau consultant masa mula-mula nak mulakan pelaburan. Bila dah faham, tidak adalah isu dikemudian harikan? Namun ramai juga yang dah tanya,dah diterangkan dan dah pun faham. Lumrah kita sebagai manusia, akan lupa. Nasihat saya, tanyaje lagi pada agent atau consultant unit trust anda ye. Ada yang agent nya dah hilang dari radar? atau tidak dapat dikesan jejaknya, boleh lah tekan link ni ye https://BlogHidayah.wasap.my

Apa lagi yang pelabur perlu tahu? Adalah setiap platform pelaburan, konsep pelaburan berbeza, strategi pelaburan berbeza dan cara kita melabur semestinya berbeza. Jadi kita tak boleh bandingkan pelaburan diplatform A dengan pelaburan diplatform B. Perbandingan yang tidak seumpama mana mungkin dibandingkan. Sah-sahlah ianya tidak sepatutnya. Pelabur perlu bijak menilai dan memahami pelaburan disetiap platform ini. Setiapnya ada baik dan buruknya. Tiada mana-mana platform pelaburan yang perfect, yang helok dan baikje. Ingatni ye.

Penting untuk pelabur unit trust tahu, konsep pelaburan di unit trust seumpama kita menanam pokok durian. Menanam dari biji, perlu disemai, dibaja, disiram dan dibelai juga diracun. Pokok durian akan melalui 3fasa utama, tanam, membesar kemudian barulah berbuah. Tuan pokok durian perlu menunggu pokok durian membesar dan mengeluarkan buah durian dalam tempoh masa berapa lama? 1minggu? 1bulan? 1tahun atau paling kurang 5tahun?

Inilah dia konsep pelaburan di unit trust, ada tempoh masa untuk ditual hasilnya. Selepas 1minggu, 1bulan, 1tahun adakah pokok durian ini tadi menampakkan hasil buahnya? Jawapannya,semestinya tidak bukan. Walaupun tidak menampakkan buahnya lagi, kenapa kita yakin pokok durian ini bakal berbuah dalam jangka masa 5tahun akan datang? Kerana kita faham dan percaya pokok durian ini dalam fasa membesar dan perlukan masa. Berbalik kepada pelaburan unit trust tadi.

Konsep yang sama, jadi fahamilah pelaburan unit trust kita ini juga sedang melalui fasa yang sama. Yakin dan percayalah dengan proses yang perlu dilalui. Kerana faham kita dengan pelaburan ini, maka kita akan senyum melalui proses ini.

Sekian,semoga bermanfaat

One thought on “Kenapa pelaburan unit trust saya semakin rugi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.