EP£ Member Investment Scheme- Skim Pelaburan ahli KW$P

Ada skim pelaburan ahli Kw$p rupanya. Masih ada diantara kita yang belum tahu mengenai skim pelaburan ahli Kw$p ni. Pertamanya, pelaburan ahli adalah dari akaun1. Ye akaun1 bukannya akaun2 ye. Kali ni saya kupas syarat untuk kita membuat pelaburan ahli ini dan perlukah kita ambil skim pelaburan ahli kw$p ini?

Skim pelaburan ahli kw$p ni sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan malaysia. Pilihan yang flexible kepada pelabur untuk mempunyai simpanan tabung persaraan secukupnya. Melalui skim pelaburan ini, ahli kw$p yang mempunyai jumlah minimum mengikut umur yang ditetapkan boleh memindahkan sebahagian jumlah dari akaun1 mereka kepada institusi yang dilantik.

Walaupun pelaburan ahli ini dibenarkan namun, ia terikat kepada syarat yang diperkenalkan demi menjaga kepentingan ahli. Pelaburan ahli ini adalah dari akaun1, Syarat utama adalah jumlah wang di akaun1 mesti mencukupi. Ia telah ditetapkan mengikut umur ahli. Boleh rujuk jadual dibawah umur ahli berbanding jumlah minimum.

Syarat minimum yang perlu ada di akaun1 mengikut umur untuk pelaburan ahli akaun1

Seterusnya, kita tengok pula pengiraannya.

Amaun simpanan yang boleh dilaburkan adalah 30% daripada jumlah lebihan simpanan minimum di dalam Akaun1.

Cara kiraan: (Baki dalam Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30% = Jumlah yang boleh dilaburkan( jika jumlahnya melebihi RM1000.00 sahaja) Maka ahli layak untuk membuat pelaburan dari akaun1 ke unit amanah yang dilantik.

Contohnya Anne berumur 30tahun dan mempunyai simpanan di akaun1 sebanyak RM200K. Pengiraannya jadi begini (RM200K – RM35K) x 30% = RM49,500. Jumlah yang Anne boleh transfer ke syarikat unit trust yang dilantik adalah sebanyak RM49,500. Atau inilah jumlah pelaburan ahli dari akaun1 yang dibolehkan untuk Anne sekarang.

Pengiraannyang cukup mudah, nak lagi mudah? pelabur yang ada access ke http://www.kwsp.gov.my boleh semak jumlah layak dari sana.

Login website kw$p, pilih menu withdrawal, pilih withdrawal eligibility dan tengok jumlah tertera untuk member investment scheme. Itulah adalah jumlah yang telah dicalculate siap oleh pihak kw$p untuk ahlinya. Untungkan kita, dimudahkan urusan kita. Kepada ahli Kw$p yang ada mobila app, caranya lenih mudah. load app dan scroll kebawah sehingga nampak withdrawal. Klik view all dan semak jumlah bahagian skim pelaburan ahli. Sama dengan website tadi, itulah jumlah yang dibenarkan untuk ahli membuat pelaburan.

Persoalan seterusnya adalah bagaimana untuk saya mulakan pelaburan ahli ini? Kita boleh melabur sendiri melalui website pencarum sendiri. Persoalannya,

Bagaimana kita nak tahu pelaburan yang bagaimana?

Apakah perancangan pelaburan kita?

Yang lebih bagus, bila kita tahu apakah strategy pelaburan yang perlu? Untuk kita capai jumlah yang sepatunya kita capai sebelum bersara? Mungkin ada keistimewaaan lain yang kita perlu ambik tahu juga?

Persoalan begini yang banyak ditanya oleh mereka yang nak mula melabur melalui skim pelaburan ahli ini. Dari sini, selalunya perbincangan dua hala antara pelabur dan saya akan ambil masa antara 30minit ke 2 jam. Perbincangan penting dari awal agar pelabur saya faham tentang pelaburan yang mereka pilih dan bagaimana saya sebagai consultant dapat membantu beliau sehingga terjawab semua persoalan diatas.

Menjawab persoalan perlukah saya memilih skim pelabutan ahli Kw$p ini adalah bergantung kepada berapa jumlah kita perlukan selepas bersara kelak. Secara mudahnya buat pengiraan begini. Sekarang tahun 2022 diumur 30tahun, kita perlukan RM10K income. Maka itulah jumlah yang kita perlukan selepas bersara kelak, tetapi nilai RM10K sekarang tidak sama dengan nilainya 25 tahun akan datang semasa umur kita 55tahun. Convert nilainya dahulu berdasarkan inflasi semasa sekarang iaitu 5%, maka nilainya jadi RM33K. oh maiiiiii tingginya.

Bagaimana kita nak capai jumlah ini dengan jumlah duit yang kita ada sahaja. Disinilah perlunya strategy pelaburan dari awal. Untuk menjawab persoalan ini, sekali lagi kita perlu duduk berbincang untuk saya terangkan caranya termasuk strategy nya sekali. Berbincang dengan figure dari pelabur itu sendiri adalah jauh lebih logik untuk melihat sendiri didepan mata. Kerana jumlah wang yang kita perlukan tidak sama dengan jumlah orang lain.

Perbincangan specifik antara kita sahaja kan ke lebih baik kan. Maka klik disini untuk temujanji kita secara bersemuka ataupun secara online https://bloghidayah.wasap.my/

Semoga bermanfaat

HidayahWan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.