Dunia Pelaburan – Pelaburan Saham

Bila sebut pelaburan, yang terfikir adalah saham. pelaburan saham kan. Sebenarnya banyak lagi pelaburan lain. Jom harini Sis Ida share tentang pelaburan. Sis Ida explain guna bahasa mudah supaya siapa yang baca boleh faham dan boleh tahu apa beza untuk 5 jenis pelaburan ni. Dan tahu pro dan contra untuk setiap jenis pelaburan. Ok jom mula-mula pelaburan di dunia ni, ada 5 jenis:

Ada berapa jenis pelaburan?

Pelaburan Saham

Pelaburan Hartanah

Pelaburan kepada Perniagaan

Pelaburan Unit Amanah

Pelaburan Emas

Kemudian wujud pula pelaburan matawang digital iaitu Bitcoin. Sis Ida umpamakan bitcoin ni scammer professional dunia. Opsss jangan marah ye.

Pelaburan Saham

Pelaburan Saham, semua faham market turun saham turun. Market naik, saham pun naik? Sebenarnya tak semestinya ye. Kenapa? Market adalah index saham sesebuah negara. Untuk setiap negara, ada beberapa saham yang menjadi index market. Bukan semua saham ye. Jadi Bila kebanyakan saham yang menjadi index ni turun, ia memberi kesan kepada kejatuhan market. Sebenarnya market tu refer kepada index sesuatu negara. Tetapi ada yang salah faham, bila saham sesebuah syarikat jatuh, walaupun dia saham tu satu je jatuh banyak, masuk news dia kata market jatuh. Inilah salah faham kebanyak dari kita.

Jom tengok sini, ini adalah saham yang menjadi index BSKL- Bursa Saham Kuala Lumpur atau KLCI.

Jika ada beberapa saham dalam list ini yang jatuh dan turun, inilah impak kepada market kita. Sedangkan ada 600++ lagi saham lain yang ada naik dan turun. Bila ada 300++ naik, akan ada 300++ yang turun. Ada yang jatuh dengan mata yang banyak dan ada yan naik dengan mata yang banyak setiap hari. Maka tidak boleh la kita cakap market jatuh, bila hanya 100++ saham jatuh, sedangkan lagi 500++ saham naik kan.

Setiap kali bila market tutup sementara waktu rehat tengahari atau petang jam 5, maka akan keluarlah list ini.

Ada saham yang aktif (Most Active), maksudnya pergerakan harga dan unit bertambah, berkurang dan bertukar tangan paling banyak pada hari tersebut.

Top Gainer pula adalah saham yang pergerakan harga menaik paling banyak. Untuk Top Loser pula sebaliknya. Namun peegerakan saham ni boleh jadi terbalik dalam masa 1 jam selepas ini. Jadi bila tengok list ni harini jam 12.30 tengahari 23/2/2023, jangan lah 2/4/2023 nanti pun kita cakap saham paling untung ATECH ye. Lepas ni siapa yang baca artikel ni dah faham ye.

Jadi macam mana cara nak melabur dan untung dipelaburan saham? Ada banyak perkara perlu dibelajar, difahami dan dikaji selidik. Cara Sis Ida, tengok institusi pelaburan melabur di syarikat/saham mana? Macam mana nak tengok?

contohnya, ini adalah keratan analisis dari salah satu institusi pelaburan unit trust yang mana, salah satu fund mereka melabur di syarikat dibawah. Itu hanyalah top5 saham untuk tempoh masa tertentu ye. Dari ini saya akan selidik, faham kan saham tersebut sebelum membuat keputusan. Nak tanya lanjut https://BlogHidayah.wasap.my

Kenapa Sis Ida refer keratan analisis dari institusi pelaburan? Kerana institusi pelaburan adalah pakar pelaburan. Institusi menyelia duit orang ramai dan juga syarikat lain yang melabur dengan mereka. Jadi pemilihan saham oleh mereka sudah tentu diselidik dan dikaji habis. Bukan sekadar anggapan, tetapi kita boleh tengok dari report yang dikeluarkan seperti diatas ini. Report ini telah diaudit terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan. Apa lagi yang perlu diragu? Saham yang mempunyai keutuhan kewangan, shariahnya dan juga business yang dijalankan.

Namun untuk pelaburan saham, walaupun sudah ada saham pilihan. Sebelum beli unit saham tersebut, saya perlu kaji nak beli pada waktu dan harga yang tepat. Part ini sahaja bukanlah mudah. Selepas beli, emosi kita memang akan terganggu dengan pergerakan harga yang cepat dan pantas. Part ini tiada siapa boleh tolong, kecuali diri sendiri. Kerana itu, jika tengok -1% pun kita dah migrain, nasihat saya lupakan sahajalah niat untuk melabur saham ni.

Banyak lagi instrumen lain yang sesuai untuk kita melabur. Kesimpulan dari pelaburan saham

  1. Pemilihan saham yang tepat, pada harga yang tepat dan pada masa yang tepat itu sangat penting.
  2. Fakta menunjukkan mereka yang berjaya dalam pelaburan saham hanyalah 5% berbanding 95%lagi tidak berjaya malah rugi dan ada yang muflis kerana melabur disaham.
  3. Punca utama adalah tidak boleh mengawal emosi, membuat pinjaman untuk melabur saham, dan mengikut tips dari kawan yang akhirnya jadi tipusss.

Saya sendiri pernah rugi RM500 dalam sekelip mata semasa kes Braxit. Dan saya juga pernah untung hampir 400% dari salah satu saham teknologi. Saya melabur dan membiarkan saham tersebut sehingga tempoh 1 tahun.

Dari sini, saya mula share ilmu pelaburan yang lebih mudah, yang semua orang boleh terlibat. Risiko yang lebih rendah kerana diselia oleh pakar pelaburan.

Baca artikel saya yang seterusnya ye. Nak berbincang mengenai pelaburan yang jauh lebih mudah dari pelaburan saham? Klik sini https://BlogHidayah.wasap.my

Next Artikel Pelaburan Hartanah.

HidayahWan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.