Pelaburan hartanah adalah salah satu pelaburan yang menjadi kegemaran, yang kita akan terfikir lepas pelaburan saham kan. Pelaburan hartanah ni ada satu kelebihan yang ramai orang suka. Hartanah adalah benda wujud nyata dan nampak. Kebanyakan dari kita suka, saya ada unit kat sini, saya beli 1 kondo sini. saya ada 1 banglo sini. Kan biasa dengar kan. Benda nampak dan cantik tersegam indah.
Pelaburan Hartanah banyak benda tersembunyi dan ia akan muncul tiba-tiba. Jadi untuk memiliki hartanah untuk pelaburan, semua benda yang tersembunyi perlu di ambil kira semuanya. Mudah sahaja.
Bahasa lebih tepat, kita namakan kos tersembunyi, jom kita senaraikan untuk rujukan bersama:
Kos tersembunyi level 1 – Kos sedia ada yang perlu diambil kira dalam kos pelaburan
- Kos selenggara rumah.
- Kos bil air, elektrik dan internet.
- Kos Pembentungan dan kos cukai
Kos tersembunyi level 2 – Kos yang tiada sekarang, tetapi dia boleh muncul bila-bila sahaja
- Kos baiki kerosakan rumah yang kurang dari RM10,000.
- Kos baiki kerosakan yang level tarik nafas panjang, selalunya tandas bocor yang melibatkan kos tinggi dan perlu dibaiki dengan kadar segera.
- Kos penambah baikan keseluruhan kawasan rumah, yang diwujudkan selepas mensyuarat penduduk.
Kos Nyata tapi pelabur tidak nampak, kos hutang dengan jumlah yang sangat banyak sehingga 20 ke 35 tahun. Ini adalah kos terbesar yang nyata, namun ramai yang silap dengan menganggap ini adalah hutang buik. Ia memang hutang rumah adalah hutang baik jika ia memenuhi syarat hutang baik itu sendiri.
Hutang yang baik adalah hutang yang langsung tidak menganggu cash flow bulanan atau tahunan kita, dan ia mempunya perlindungan takaful/insurans bila diperlukan.

Kebahagian pelaburan hartanah adalah, selalu rumah kita penyewa bayarkan secara bulanan. Maka cash flow bayaran disitu sungguh membuatkan pelabur hartanah tersenyum lebar.
Jumlah sewa bulanan yang dikenakan, perlu mengambil kira beberapa perkara berikut
- Kenaikan interest rumah yang mengikut kenaikan BLR
- Kenaikan service bulanan untuk unit apartment atau kondo
- Kenaikan bil air, elektrik dan internet.
Kebiasaanya, pelabur akan mengenakan sewa bulanan yang sudahpun mengambil kira semua jumlah ini. Namun demand dari penyewa yang nak menyewa dengan harga sedikit rendah akan berlaku. Nego akan berlaku disini bagi memenuhi permintaan dan keperluan 2 pihak.
Kesimpulan, sebelum mula terlibat dengan pelaburan hartanah. Timbal balik dulu aspek yang tersembunyi supaya tidak menangis dikemudian hari.
Terima Kasih
HidayahWan