Pelaburan perniagaan bukanlah pelaburan yang glamour seperti pelaburan saham atau hartanah. Ini adalah pelaburan orang berada yang ada banyak duit. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka yang nak mula business besar yang selalunya mencari funder untuk business mereka. Jadi bila business besar, funding yang diperlukan juga semestinya besar.
Business besar, perlukan funding besar. Untungnya juga besarke? Sepatutnya besar namun ia memerlukan masa 3 ke 5 tahun untuk funder mula mendapat kembali capital dan untung mereka secara berperingkat. Kemudian untung bersih secara bulanan, quarter atau annual bergantung kepada business model dan persetujuan diantara funder dan juga business operator. Nama glamour untuk funder ini juga adalah sleeping partner.

Banyak business model yang perlukan funder ni, antaranya dobi layan diri, used car, restaurant, klinik, spa, barbershop, kedai printing, kilang proses makanan dan banyak lagi. Funder atau Sleeping partner akan hadir dalam meeting shareholder jika ada untuk perbincangan tentang business. Mereka nak tahu perjalanan business dan keuntungan atau kerugian yang perlu ditanggung dan apa solusinya. Mudahkan?
Mudah dan senang, bagi duit dan tunggu untung. Kemungkinan rugi itu ada. Adat dalam apa jua business. Sekarang faham apa itu pelaburan dalam business kan. Apa yang penting adalah trust kepada business operator.
Terima Kasih
HidayahWan