Pelaburan Emas

Bila sebut emas, perempuan sangat suka dengan emas kan. Tetapi, sekarang ramai lelaki juga suka dengan emas.

Emas merupakan komoditi perdagangan yang sudah wujud sejak berabad lalu lagi. Kini, ianya berkembang menjadi simbol kekayaan dan status di seluruh dunia. Trend peningkatan pelaburan emas juga meningkat tahun demi tahun, terutamanya di kalangan pelabur baru. Mengapa? Di antaranya, emas boleh memberi perlindungan terhadap inflasi. Dan kerana sumber emas yang terhad, ianya juga akan kekal bernilai.

Persoalannya? berapa nilai kenaikan emas setiap tahun? Ye macam pelaburan lain juga, ada waktu naik dan ada waktu turun. Yang pasti dalam jangka masa panjang, ianya menaik kan. Sebut inflasi? Pelaburan emas boleh memberi perlindungan inflasi? Inflasi di Malaysia 3-5% setiap tahun. Saya selalu ambil 5% supaya pelaburan kita dapat lebih dari jumlah tersebut.

Jika dulu-dulu berabad lamanya, paras mata wang diukur dari dinar. Dinar ini emas, jadi statement emas boleh memberi perlindungan inflasi kerana, dulu parasnya dinar. Sejak paras mata wang bertukar ke mata wang USD. Dinar mula dipinggirkan. Namun ia tetap menjadi pilihan sebahagian dari kita.

Pelaburan emas, sudah tentu kita beli emas kan. Persoalan yang muncul ialah, dimana nak simpan emas tersebut? Faktor keselamatan wujud disini. Perlu ada peti besi dirumah? atau sewa peti besi di bank? atau beli emas dan simpan dibank atau di syarikat yang menawarkan jualan, belian dan juga simpanan emas kita. Bila ianya disimpan, sudah tentu ada kos simpanan. Nilai kos ini perlu diambil kira untuk mengira keuntungan pelaburan emas kita. Pihak syarikat atau bank itu pula akan mendapatkan takaful/insurans, bersedia jika berlaku kecelakaan.

Ramai diantara kita mudah terlepas pandang kos tersembunyi ini. Jumlahnya nampak sedikit? namun ia tetap perlu diambil kira Barulah return dari pelaburan emas kita itu adalah net return.

Apa pun pelaburan yang kita mulakan, jangan dump semua yang kita ada dalam 1 platform pelaburan. Diversify kepada semua pelaburan yang kita boleh timbal balik risiko dan untungnya.

Paling penting, saya berpegang kepada apa jua pelaburan, easy in, easy out. Maksudnya disini, urusan pelaburan yang mudah untuk kita mula dan mudah juga untuk kita dapatkan kembali keuntungan kita. Kos yang terang lagi bersuluh, bukannya kos yang kita baru tahu semasa nak dapatkan keuntungan dari pelaburan tadi. Sudahnya, untung dengan kos sama banyak.

Semoga artikel ni membantu sahabat di luar sana, menimbal balik semua segi sebelum buat keputusan dalam apa pun jenis pelaburan yang bakal diambil. Biar kita jelas sebelum mula.

HidayahWan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.