Strategi Untung Maksima di Unit Trust

Bila sentuh bab pelaburan, semua nak untung je. YES UNTUNG bukan rugi. Tetapi ramai yang mengalami kerugian? KENAPA ?

Ramai yang bertanya soalan ni, investor saya atau pun investor yang kehilangan consultant. tak tahu mana nak refer dan dapat consult. Jawapannya mudah je, pelaburan ni ada strategi dan fasanya tersendiri. Semua pelabur wajib faham konsep pelaburan. Bila dah faham konsep, perlu tahu strategi untuk untung maksima pula.

Kenapa nak kene faham sedangkan dah ada consultant atau agent? Kerana yang melabur itu awak. Jadi kenalah faham. Mana mungkin kita tak faham tetapi kita humbankan duit beribu, puluh mahupun jutaan ringgit kan. Jangan melabur kerana percayakan agent semata-mata. Yang UNTUNG atau RUGInya diri sendiri.

FASA 1 TANAM – FASA KUMPUL CAPITAL

Secara jelas pelaburan di unit trust ada 3 fasa penting, pertama fasa kumpul capital (kalau boleh lump sum lagi superB). Kerana ramai anak muda melabur secara bulanan, jadi kita namakan dia proses kumpul kapital. Dalam proses ni, selalu investor akan cakap pelaburan dia rugi. Sebenarnya bukan rugi tetapi dia tidak faham, dia menjalani fasa 1.

Dalam fasa kumpul capital ni, saya lebih suka jika pelaburan saya nampak rugi. sebenarnya kerana penurunan harga semasa. Untung untuk saya, kerana bulanan saya auto invest dan saya dapat harga seunit lebih murah. Jadi unit yang saya kumpul adalah lebih banyak.

Tempoh proses kumpul capital ini pula, lebih pendek lebih bagus kerana kebanyakan investor tidak sabar nak tengok duitnya berganda. Selagi investor dalam proses kumpul capital, selagi itu investor belum dapat lihat duitnya berganda.

FASA 2 GROW – FASA BIAR PELABURAN BERGANDA

Serius ramai investor tidak akan sabar melalui fasa ni. Mula lah investor akan rasa tak padan la invest, letak kat sana lagi untung la, dan macam-macam lagi. Saya suka pesan kat investor saya, dah tanam pokok durian, harini tanam, 5 tahun lagi baru dia mula berbuah. Sepanjang tempoh tu WAJIBLAH SABAR. Ibu mengandung pun kene tunggu 9 bulan 10 hari kan. Pelaburan unit trust ni bukan saham. Cuba buktikan pada saya, trader yang kaya dan kekal kaya? Tak ada. Yang kaya dan kekal kaya adalah investor. Trader dengan investor tu jauhhhh sangat bezanya. Kemudian saya kupas bab ni ye.

Apa pelabur kene buat sepanjang tempoh fasa ni? Fasa ni lagi lama lagi bagus. Yelah pokok baru matang dengan dah lama matang lagi elok yang dah lama matang kan. Buahnya pun jauh lebih helok dari buah baru? SETUJU? Maka biarkan pelaburan ni melalui fasa GROW ni lebih lama dan mula tanam pokok baru.

Buka fund baru dengan jumlah pelaburan yang sama, atau lebih banyak. Pokok pertama dah mula nak membesar, tak kan nak tanam 1 pokok je. Tanamlah pokok durian ke2 dan ke3 dan seterusnya pula kan. Kenapa tak boleh tanam 5 pokok sekaligus terus? Boleh je kalau capital banyak dan mampu SABAR tengok kesemua 5 pokok melalui fasa GROW ni serentak ye. Kebanyakan investor akan cakap 5 fund aku semua pun tak untung lagi, semua duk rugi lagi. Pernah dengar ayat ni kan?

Sepanjang fasa GROW ni, mungkin investor akan melalui episod kejatuhan ekonomi dunia atau pokok terkena serangga perosak. Nak buat apa? Ini adalah PELUANG SUPERB yang BESAR. Kenapa saya cakap begitu? Kerana ia peluang untuk kita kasi BAJA SUPERB kepada pokok kita. Top up jumlah capital yang ada untuk mempercepatkan pertumbuhan dan proses pokok kita keluarkan buah.

Kan sekarang ada proses paksa pokok berbuah cepat, ha gitulah konsepnya. Peluang begini, bukan semua orang dapat. Yang dapat, bersyukurlah. Bila peluang ni di realitinya? Awal PKP 2020. Itulah dia. Yang NAMPAK peluang SUPERB dan TOP UP pada masa tu, itulah yang MENDAPAT UNTUNG MAKSIMA sekarang.

Nah sekarang jelas tentang 2 fasa ni? Mudah kan…. pokoknya faham dan sabar. Ingat pesan saya ni SABAR ITU DUIT.

FASA 3 TUAI HASIL – AMBIL IKUT KEPERLUAN

Bila dah sampai musim menuai hasil, tuailah ikut keperluan. Jangan diambil semua sekali hingga habis. Buah durian dipokok, kita ambil ikut keperluan kita kan. Kita tak kait buahnya semua sekali kan. Pokok durian ni pandai, buah yang dah masak jatuh sendiri. Maka kita kutip yang dibawah sahaja. Habis tu pelaburan ni macam mana pula? Ada yang jatuh sendiri ke riba kita ke?

Kelakarnya ayat investor ni, kita ambil la ikut keperluan. Sekarang di unit trust, mudah kita boleh set sejumlah duit yang masuk ke akaun bank kita secara bulanan ikut kehendak kita. Lebih bagus kita set jumlah distribution supaya capital dan untung dalam fasa 1 dan 2 tidak berkurang.

Kenapa tak nak berkurang? Sejumlah itu akan bersamaan dengan FREE TAKAFUL dari unit trust kepada premium investor (Pelaburan melebihi RM150K sahaja) Baca sini untuk lebih jelas.

Ha sekarang macam mana? Faham kan? Mudah kan? Senang kan bila dah faham strategi ni? Nak mula melabur atau nak re-align pelaburan saya klik sini

Pilihlah consultant pilihan yang mana satu ye. Mereka ni semua HEBAT dan FAHAM sangat tentang strategi pelaburan ni. Group kami di HW Agency lain dari yang lain. Kami suka bila investor kami faham konsep dan strategi pelaburan. Kami juga dah buat perbincangan secara online sejak 2020 lagi. Maka dimana pun investor kami, bagi kami mudah bila investor kami pun mudah untuk berbincang.

Semoga bermanfaat.

HidayahWan

Kenapa Tebang Pokok & Tanam Anak Pokok Baru?

Tajuk ni sangat kena dengan konsep pelaburan di public mutual. Konsep ini perlu difahami oleh semua pelabur. Ramai yang ada akaun pelaburan public mutual, tetapi sayang masih ramai yang belum faham konsep pelaburan di public mutual yang jelas.

Apa kaitan Pelaburan di Public Mutual dengan Pokok?

Setiap pelaburan ada stategi untuk kita untung atau lebih tepat adalah cara maksimumkan untung. Sebelum ke strategi, pelabur wajib tahu konsep pelaburan dahulu. Konsep pelaburan untuk maksimumkan untung mungkin berbeza mengikut tempat pelaburan itu sendiri. Kali ni, saya kupas konsep pelaburan di public mutual. Konsep ini terbukti paling berkesan untuk maksimumkan untung (boleh tengok beberapa bukti dibawah).

Konsepnya mudah, pelaburan di public mutual ni ibarat kita menanam pokok durian.

Durian jenis apa?

Ditanam dimana?

Menggunakan baja apa?

Mengikut nasihat pakar durian no 1 ke?

Bekerjasama dengan consultant untuk pastikan pokok durian ini memberi hasil UNTUNG MAKSIMA?

Bila semua soalan ini dijawab dengan baik dan punya jawapan yang solid maka, pelabur ini berada dikalangan pelabur yang bakal mendapat untung maksima.

Kerana, pokok durian yang ditanam, dibaja elok dan mula berbuah akan tetap berbuah selamanya selagi ia dijaga dengan betul. Hasilnnya pula boleh di kongsi bersama, dan diwarisi oleh anak cucu pula kan.

Kenapa Tebang Pokok?

Persoalan yang pelik, tapi wajib ditanya. Dah ditanam, dijaga elok dengan baja baik dan penuh sabar. Dari benih dijaga sehinggalah pokok ini mula berputik. Dah gembira nampak putik, tetiba ada kawan ajak tanam anak pokok lain. Terus ditebang pokok yang dah berputik ni. KENAPA?

Tanamlah pokok lain, pokok yang dah mula berputik ni, belai la dengan baik. Dah nak berbuah ditebang pula. Dan ulang semula proses yang dah dibuat 5 tahun , 10 tahun lepas? Pokok yang cantik berputik dan bakal mengeluarkan buah yang baik. Kalau ditebang pokok yang tidak berbuah itu lain ceritanya. Kenapa dengan mudah percaya cakap kawan yang belum ada bukti? Sedangkan hasil dari pelaburan sebelum ini dah nampak didepan mata? Ini bukti pokok ditebang?

Perhatikan semula usaha dari awal

Saya cuma nak pelabur, perhatikan semula usaha dari hari pertama menanam benih pokok. Apakah alasan kita tanam benih pokok durian ini dahulu? Atas nasihat consultant? atau memang diri sendiri yang buat keputusan ni? Pada saya apapun tindakan atas diri sendiri. Pemahaman dari awal, mungkin ada juga dari pihak lain dan pembacaan sendiri. Maka peganglah pada konsep yang betul.

Bila dah faham konsepnya, ikutlah strategi yang betul. Jika consultant sebelumni tidak dapat memberi jawapan kepada persoalan starteginya. Tidak salah untuk kita sebagai pelabur mencari jawapan itu dari pihak lain. Sebab itu, dalam apa jua yang kita buat, jangan percaya bulat bulat kepada seorang sahaja.

Dapatkan buah pandangan dari sekurang-kurangnya 4 orang yang berbeza. Dari seorang yang pro, seorang yang lain contra. Dan seorang yang pernah ada pengalaman yang sama juga dari seorang yang boleh memberi pandangan dari semua sudut.

Kerjasama yang Baik

Apapun, kerjasama yang baik dengan pihak yang berkaitan adalah sangat penting bagi menjayakan impian kita. Pelaburan yang membuahkan hasil yang maksima adalah impian semua pelabur. Jadi pelabur yang sibuk dan tidak ada masa untuk mengkaji sendiri, berbincanglah dengan baik.

Nak berbincang tentang pelaburan? klik sini https://nakmulamelabur.wasap.my

Happy Reading.

Siapa Perlu Ada Pelaburan PRS

Siapa Perlu Ada Pelaburan PRS

Siapa yang perlu ada pelaburan PRS ni? Sebelumtu, biar kita jelas apa itu Private Retirement Scheme (PRS)? PRS adalah satu pelaburan yang di jaga oleh creditor. WOW rasa selamatkan duit yag dilaburkan di Private Retirement Scheme (PRS).

SIAPA PERLU ADA PELABURAN PRS?

Siapa yang perlu ada Pelaburan Private Retirement Scheme (PRS)? Mereka yang bekerja sama ada menjalankan business atau bekerja di mana-mana syarikat.

  • MEREKA YANG MAHUKAN PELABURAN DI PROTECT BY CREDITOR

Ye dengan melabur di PRS, wang pelaburan is protected by creditor. This is really WOW right. Tak perlu diterangkan dengan seribu perkataan lagi kan. Kalau perlukan penerangan saya bahagian ini, klik wasap link ye.

  • MEREKA YANG MAHUKAN REBATE CUKAI TAHUNAN

Pelabur juga mendapat manfaat pengecualian cukai sehingga RM3000 setahun. Malah terus mendapat untung RM720. Belum lagi keuntungan dari segi distribution tahunan. Selalunya bakal pelabur akan tanya, berapa peratus pulangan tahunan? Peratus pulangan tahunan ini bergantung kepada untung rugi fund tersebut. Namun pulangan sebelumni sangat memuaskan hati pelabur yang dah melabur lebih dari awal sejak Private Retirement Scheme (PRS) diperkenalkan, 5 tahun lepas. Untuk pelabur baru, kurang dari 3 tahun, kebanyakannya masih lagi tidak untung, kerana masih dalam fasa pertama pelaburan.

Setiap pelaburan akan melalui fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Strategi untuk untung dalam pelaburan ini ? Kita perlu berbincang. Kerana ia tidak sama untuk setiap pelaburan. Saya sediakan portfolio planning yang khusus untuk setiap pelabur saya.

  • MEREKA YANG MAHUKAN EXTRA MANFAAT TAKAFUL PERCUMA

Dengan hanya melabur di Private Retirement Scheme (PRS), pelabur bakal mendapat manfaat takaful secara PERCUMA. Pelabur hanya perlu melabur dengan jumlah serendah RM5K sahaja, pelabur boleh mendapat extra manfaat takaful sebanyak sejumlah pelaburan Private Retirement Scheme (PRS) yang ada di akaun mereka. Ini pun WOW kan

  • MEREKA YANG MAHUKAN NOMINATION DI PRS SECARA PERCUMA

Faedah ini penting untuk pelaburan yanng kita ada. Kerana ia bakal memudahkan urusan pembahagian harta kita selepas ketiadaan kita nanti. Penamaan secara percuma kepada pelabur Private Retirement Scheme (PRS)

  • MEREKA YANG MAHUKAN PULANGAN YANG MENARIK

Siapa yang perlu ada pelaburan Private Retirement Scheme (PRS), adalah mereka yang mahukan pulangan yang menarik tanpa perlu menyemak performance chart. Dalam erti kata biasa kita dengar labur dan tinggal, buat-buat lupa. Bila ingat kemudian hari, wang pelaburan sudahpun berlipat kali ganda.

Dan sebab utama adalah kepada mereka yang merasa wang tabung persaraan mereka tidak mencukup untuk mereka bersara. Jadi idea diversify wang pelaburan ke Private Retirement Scheme (PRS) selain Unit Trust adalah cadangan yang manarik.

Seterusnya, soalan yang selalu ditanya adalah bagaimana untuk memulakan pelaburan Private Retirement Scheme (PRS) ini? Sangat mudah, semuannya boleh dilakukan secara online. Perlukan perbincangan, sila klik disini untuk temujanji dengan saya; https://NakBukaAkaunPRS.wasap.my

Love, HidayahWan

Ada Apa Dengan Pelaburan Unit Trust

Apa Ada Dengan Pelaburan Unit Trust?

Ada apa dengan pelaburan Unit Trust ni? Apa beza dengan pelaburan di tempat lain? Best sangat ke? Ini soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang mencari platform pelaburan.

Dunia sekarang ramai sangat tercari-cari platform pelaburan begini, namun tidak mendapat penerangan yang jelas. No worries, HidayahWan explain kat sini apa ada dengan pelaburan unit trust ye.

KONSISTEN RETURN

Perkara paling PENTING yang tiada lain lagi PENTING melainkan PULANGAN PELABURAN / KEUNTUNGAN yang bakal diperolehi. Potensi return pelaburan unit trust ni tak la tinggi dan tak lah rendah. Namun ia adalah pelaburan yang tidak memeningkan kepala dan sangat berbaloi.

Yang bagusnya di unit trust ni, ada banyak fund yang patuh shariah dan setiap fund ni melabur di negara, industri dan syarikat yang berbeza. Jadi Untungnya kita melabur di unit trust ni, kita boleh melabur di banyak tempat yang berbeza-beza untuk potensi return yang berbeza. Secara tidak langsung, kita dah pun diversify wang pelaburan kita, walaupun hanya di 1 platform sahaja.

ASSET ALLOCATION

Apa apa dengan pelaburan unit trust ni? Selain potensi return yang cun, pelaburan kita secara tidak langsung telah elok di bahagi mengikut negara, bahagian peringkat risiko pelaburan. Mudahnya pelaburan unit trust ini semua tersedia di web. Cuma macam mana dengan strategy pelaburan? Itu tanya lah HidayahWan ye https://ManageMyInvestment.wasap.my. Perbincangan perlu one to one.

Selain dari pembahagian wang pelaburan yang boleh dilihat di web unit trust, pelabur juga boleh merujuk dari HidayahWan untuk melihat keratan ini.

Dari report pelaburan unit trust, ada ditulis secara jelas, untuk setiap fund. Duit dilaburkan dinegara mana mengikut pembahagian yang telah ditetapkan, kemudian di industri mana sebelum ke syarikat mana. Cuba tengok report ni, fund ini laburkan wang kita di syarikat ini. Kalau orang diluar sana berebut untuk bekerja di syarikat besar ini, apa kata kita berebut untuk melabur di syarikat ini. Melalui unit trust, pelaburan kita di jaga oleh fund manager yang bertauliah. Jadi kita tidak perlu pening kepala. Hanya perlu buka akaun dan laburkan wang kita fund pilihan ini sahaja. Nak tahu fund apa, klik sini untuk berbincang dengan HidayahWan https://ManageMyInvestment.wasap.my.

ESTATE PLANNING

Alang-alang melabur untuk gandakan wang, wajib ambil tahu benefits lain yang diberi oleh syarikat tersebut. Ye mungkin dengan melabur sendiri ke syarikat tersebut untungnya jauh lebih banyak. Namun kita perlu ada estate planning dalam pelaburan kita. Kenapa? Kerana dengan adanya estate planning, pelaburan kta lebih tersusun. Antara kelebihannya adalah pelaburan di public mutual tersedia untuk kita pindah milik setelah ketiadaan kita kelak. Akaun kita boleh dipindah milik kepada pewaris kita dengan mudah dan cepat.

Bila masukkan duit ke mana-mana pelaburan, sangat penting untuk kita tahu cara keluarkan wang tersebut. Selain itu, benefits yang tidak terfikir oleh kita. Kita mendapat TAKAFUL HIBAH secara percuma, tanpa perlu bayar.

Hanya melabur dan secara tidak sedar pun, pelaburan kita dah cecah ratusan ribuan ringgit, secara tidak langsung TAKAFUL HIBAH diberi kepada kita yang melabur si sana. Pelabur A mendapat manfaat TAKAFUL HIBAH percuma sebanyak RM1,150,000.00 jika meninggal kerana kemalangan dan RM200,000.00 jika meninggal kerana sakit. Jumlah ini adalah secara percuma, sedangkan jumlah pelaburan pelabur A adalah perlu melebihi RM600,000.00.

FAEDAH YANG TIDAK TERFIKIR

Faedah pelaburan unit trust yang satu ni, betul tidak terfikir oleh orang ramai. Malah ia dipandang sepi sedangkan ini sangat – sangat membantu mereka diluar sana diwaktu yang tidak terjangka. Mungkin banyak berlaku diwaktu pandemik. Pelaburan ini juga tidak diusik oleh pihak tertentu jika pelabur jatuh muflis. Point ini SANGAT BERGUNA dan ini point yang sangat disukai oleh para businessman di luar sana. Ambil tahu dan berbincanglah untuk melabur cara bijak.

Sekian.

HidayahWan

Soal Jawab tentang Pelaburan Unit Trust

  1. Apa itu Unit Trust ye? Unit Trust ni adalah satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan serupa mengumpul dana mereka bersama. Baca lanjut di https://hidayahwan.com/2020/10/09/apa-itu-unit-trust/

2. Ye ke boleh melabur menggunakan duit akaun1? Ye, ada skim pelaburan kwsp. Skim ni membolehkan ahli yang layak membuat pelaburan di unit amanah. Tidak perlu keluarkan duit poket, boleh kembangkan duit sedia ada ke pelaburan yang lebih meluas dan jugameningkatkan keuntungan wang sedia ada. Baca lanjut di sini https://hidayahwan.com/2020/07/15/epf-investment-scheme-pelaburan-dari-akaun1/

3. Musim sekarang ni elok ke malabur di Unit Trust ni? Pelaburan Unit Trust ni hanya perlukan masa sahaja. Ini cara maksimumkan Untung https://hidayahwan.com/2021/02/10/cara-maksimumkan-untung-di-unit-trust/.

4. Kenapa kawan saya kata dia melabur di unit trust rugi? Pelaburan unit trust seharusnya untung bila dalam tempoh sederhana ke panjang. Pemilihan dana sangat penting. Jangan buat kesilapan pelabur rugi ini https://hidayahwan.com/2020/10/14/5-kesilapan-pelabur-di-unit-trust/

5. Caj pelaburan tinggi jugak, macam mana cara untuk dapat 0 caj? Ramai yang salah anggap, konon bila melabur sendiri caj adalah 0 ataupun sedikit. Tidak ye, caj yang dikenakan sama sahaja. Kalau anda tidak mahir dan perlukan khidmat nasihat dari agent klik sini https://ManageMyInvestment.wasap.my. Atau mungkin berminat untuk uruskan pelaburan sendiri? https://hidayahwan.com/2021/02/04/senang-ke-manage-investment-unit-trust-sendiri/

6. Apa step untuk mula melabur? Mudah 1. click sini https://nakmulamelabur.wasap.my untuk berbincang tentang objektif pelaburan terlebih dahulu. Supaya semuanya jelas barulah mudah HidayahWan nak pilih dana terbaik untuk objektif awak.