Cara maksimumkan untung di Unit Trust

Kenapa untung pelabur tak sama ye? Padahal saya dan dia ambik fund yang sama. Saya pelik ni HidayahWan boleh tolong jelaskan ke?

Mestilah boleh, 1st tarik nafas dan berlapang dada ye. Sebab apa yang HidayahWan bakal jelaskan ni mungkin buat sesetengah pihak marah dan tak puas hati. So please berlapang dada.

SEBAB UNTUNG UNIT TRUST TAK SAMA

Pertama sekali keuntungan yang kita dapat tidak sama walaupun kita ambik fund yang sama. Bukanke sepatutnya sama?. Jawapan saya ye, Keuntungan tidak akan sama untuk setiap pelabur atas sebab-sebab dibawah ni ye:

  1. Mula melabur pada jumlah yang tidak sama dan diambil pada harga permulaan yang tidak sama.
  2. Pelaburan bulanan secara berterusan secara auto debit tidak sama dengan simpanan secara manual pada tarikh yang tidak konsisten.
  3. Melabur sekali pada jumlah tertentu tidak sama dengan pelaburan bulanan secara konsisten.

Ini jika kes fund yang sama ye. Namun impak lebih besar jika fund itu sendiri tidak sama. Setiap fund ada objektif pelaburan masing-masing. Berbincanglah dengan agent unit trust untuk memastikan objektif fund yang diambil sama atau lebih kurang dengan objektif pelaburan kita sebagai pelabur.

OBJEKTIF PELABURAN YANG JELAS

Setiap pelabur dinasihatkan mempunya objektif pelaburan yang jelas. Contoh pelaburan yang jelas ialah simpanan RM20,000.00 harini adalah untuk saya jadikan duit deposit beli rumah dalam jangkamasa 5 tahun lagi, saya nak gandakan RM20,000.00 ni jadi RM35,000.00. Ini contoh objektif pelaburan yang jelas, ia akan membantu HidayahWan memilih fund yang sesuai dan pelabur bakal mendapat keuntungan maksima. Ini salah satu cara memaksimakan untung di unit trust.

PEMILIHAN FUND YANG TERBAIK OLEH AGENT UNIT TRUST

Ada pelabur tanya, macam mana cara HidayahWan pilih fund yang terbaik dengan objektif pelaburan setiap pelabur? Ok inilah yang membezakan setiap agent ye. Saya cuba jelaskan secara general untuk pemahaman pelabur, namun ia khusus untuk pemilihan fund ni hanya perbincangan tertutup diantara pelabur dengan HidayahWan ye. Basic pemilihan adalah fund yang memberi distribution secara konsisten setiap tahun, walaupun pemberian distribution adalah secara incidentally jelas ditulis di master prospectus fund tersebut. Kesan kepada pelaburan adalah seperti gambar dibawah:

Beza fund yang memberi distribution dengan yang tiada distribution

TRACK RECORD YANG CANTIK

Salah satu pemilihan fund yang memberi track record yang cantik juga diambil kira. Kebanyakan fund memberi track record yang cantik ni tidak menghampakan, namun tidak memberi jaminan ye. Cara untuk tahu track record fund ni macam mana pula HidayahWan? Part ni pelabur perlu berbincang dengan agent. Agent Unit Trust yang hebat tahu dimana nak dapatkan fund yang ada track record yang cantik ni. Ini senarai fund yang jadi pilihan hati HidayahWan. psstttt jangan tanya orang lain plak.

Untung sekarang dah banyak, eh lagi banyak lagi UNTUNG

STRATEGI PELABURAN AGENT UNIT TRUST ITU SENDIRI

Apa strategi pelaburan agent unit trust ni SANGAT PENTING menentukan keuntungan MAKSIMA kepada pelabur. Jika dirujuk kepada track record diatas, ada agent yang menasihatkan pelabur untuk lock profit bila mendapat keuntungan walaupun perjalanan pelaburan masih jauh. Kerana kebanyakan pelabur tidak faham konsep compounding investment seperti snow ball, mereka mengikut nasihat agent. Selepas lock profit – iaitu mengeluarkan keuntungan sahaja ataupun keuntungan + capital, pelabur diminta untuk melabur kembali keseluruhan wang mereka tadi. Pelaburan yang berterusan yang mengikut strategi compounding investment adalah jauh lebih menguntungkan pelabur. Cuba tengok bukti dibawah:

Nak untung 25% atau nak untung 128%

Sekarang, secara kasar boleh faham kan? Perlukan perbincangan lebih? Klik sini untuk berbincang ye https://ManageMyInvestment.wasap.my. Jangan biarkan diri dibelenggu dengan persoalan dan persoalan lagi.

Terima Kasih

2 thoughts on “Cara maksimumkan untung di Unit Trust

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.