Kenapa Tebang Pokok & Tanam Anak Pokok Baru?

Tajuk ni sangat kena dengan konsep pelaburan di public mutual. Konsep ini perlu difahami oleh semua pelabur. Ramai yang ada akaun pelaburan public mutual, tetapi sayang masih ramai yang belum faham konsep pelaburan di public mutual yang jelas.

Apa kaitan Pelaburan di Public Mutual dengan Pokok?

Setiap pelaburan ada stategi untuk kita untung atau lebih tepat adalah cara maksimumkan untung. Sebelum ke strategi, pelabur wajib tahu konsep pelaburan dahulu. Konsep pelaburan untuk maksimumkan untung mungkin berbeza mengikut tempat pelaburan itu sendiri. Kali ni, saya kupas konsep pelaburan di public mutual. Konsep ini terbukti paling berkesan untuk maksimumkan untung (boleh tengok beberapa bukti dibawah).

Konsepnya mudah, pelaburan di public mutual ni ibarat kita menanam pokok durian.

Durian jenis apa?

Ditanam dimana?

Menggunakan baja apa?

Mengikut nasihat pakar durian no 1 ke?

Bekerjasama dengan consultant untuk pastikan pokok durian ini memberi hasil UNTUNG MAKSIMA?

Bila semua soalan ini dijawab dengan baik dan punya jawapan yang solid maka, pelabur ini berada dikalangan pelabur yang bakal mendapat untung maksima.

Kerana, pokok durian yang ditanam, dibaja elok dan mula berbuah akan tetap berbuah selamanya selagi ia dijaga dengan betul. Hasilnnya pula boleh di kongsi bersama, dan diwarisi oleh anak cucu pula kan.

Kenapa Tebang Pokok?

Persoalan yang pelik, tapi wajib ditanya. Dah ditanam, dijaga elok dengan baja baik dan penuh sabar. Dari benih dijaga sehinggalah pokok ini mula berputik. Dah gembira nampak putik, tetiba ada kawan ajak tanam anak pokok lain. Terus ditebang pokok yang dah berputik ni. KENAPA?

Tanamlah pokok lain, pokok yang dah mula berputik ni, belai la dengan baik. Dah nak berbuah ditebang pula. Dan ulang semula proses yang dah dibuat 5 tahun , 10 tahun lepas? Pokok yang cantik berputik dan bakal mengeluarkan buah yang baik. Kalau ditebang pokok yang tidak berbuah itu lain ceritanya. Kenapa dengan mudah percaya cakap kawan yang belum ada bukti? Sedangkan hasil dari pelaburan sebelum ini dah nampak didepan mata? Ini bukti pokok ditebang?

Perhatikan semula usaha dari awal

Saya cuma nak pelabur, perhatikan semula usaha dari hari pertama menanam benih pokok. Apakah alasan kita tanam benih pokok durian ini dahulu? Atas nasihat consultant? atau memang diri sendiri yang buat keputusan ni? Pada saya apapun tindakan atas diri sendiri. Pemahaman dari awal, mungkin ada juga dari pihak lain dan pembacaan sendiri. Maka peganglah pada konsep yang betul.

Bila dah faham konsepnya, ikutlah strategi yang betul. Jika consultant sebelumni tidak dapat memberi jawapan kepada persoalan starteginya. Tidak salah untuk kita sebagai pelabur mencari jawapan itu dari pihak lain. Sebab itu, dalam apa jua yang kita buat, jangan percaya bulat bulat kepada seorang sahaja.

Dapatkan buah pandangan dari sekurang-kurangnya 4 orang yang berbeza. Dari seorang yang pro, seorang yang lain contra. Dan seorang yang pernah ada pengalaman yang sama juga dari seorang yang boleh memberi pandangan dari semua sudut.

Kerjasama yang Baik

Apapun, kerjasama yang baik dengan pihak yang berkaitan adalah sangat penting bagi menjayakan impian kita. Pelaburan yang membuahkan hasil yang maksima adalah impian semua pelabur. Jadi pelabur yang sibuk dan tidak ada masa untuk mengkaji sendiri, berbincanglah dengan baik.

Nak berbincang tentang pelaburan? klik sini https://nakmulamelabur.wasap.my

Happy Reading.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.