Kes penipuan di Malaysia semakin menjadi-jadi. Penipuan yang semakin canggih dan sangat licik menggunakan taktik yang orang ternama, hebat dan bijak pandai dalam kewangan pun boleh terciduk. Jangan terpedaya, Hidayahwan kongsikan harini apa taktik licik mereka supaya tiada ruang untuk mereka memperdaya kita.
Dalam banyak penipuan kewangan, paling mudah adalah penipuan pelaburan dengan pulangan lumayan. Mangsa mudah terpedaya dengan peratus keuntungan sahaja. Tanpa perlu kata-kata manis pun.
Apa modus operandi mereka?
Scammer hanya menawarkan pelaburan yang dijamin pulangan untung yang berganda dalam tempoh singkat. Kerana inilah kelemahan kita. Nakkan untung yang berganda dalam tempoh yang singkat.
Contoh “Pelaburan saham dengan pulangan 20% sehari dan ia dijamin oleh badan kerajaan“. Kenapa ayat dijamin kerajaan selalu diguna oleh scammer? Kerana mereka licik, tahu orang ramai takut dengan pelaburan yang benar sebab tiada jaminan. eh kalau dah kerajaan jamin, agaknya apa jadi pada kerajaan kalau pelaburan itu rugi??? Dari sini mereka guna pula ohhh tiada kerugian, kerana untung adalah gerenti. Inilah ayat yang selalu diulang, malangnya masih ramai yang terciduk.
Pelaburan dengan nama yang logik dan ada nama shariah tersendiri untuk menarik minat pelabur yang pentingkannya, namuntetap terciduk. Nama mereka mesti ada saham XXXXX, Saham islamic XXXX atau fund islamic xxxxx.
Sebenarnya, dari nama itu sendiri dah cukup boleh menyakinkan kita yang itu adalah scammer.
Apa cara untuk scam balik scammer?
Ikut langkah mudah ni untuk scam balik scammer;
- Terus letak panggilan telefon dari mesin suara, contoh; salam sejahtera, ini panggilan dari XXX berkenaan.
- Install TrueCaller App untuk kenalpasti no scammer. App ini akan terus paparkan no dengan warna merah dan berapa kali telah di report oleh orang awam. Jadi nampak je warna merah, terus abaikan. Jangan jawab walau 100 kali dia call.
- Jika berlaku situasi berdepan, sila ambik no akaun dan search di google nama syarikat atau penerima akaun tersebut. Pura-pura untuk tidak meneruskan transaksi kerana anda bergegas untuk urusan lain.
- Jangan sesekali transfer duit ke akaun persendirian, kerana pelaburan mestilah kepada syarikat pelaburan terus.
- Selepas berpura-pura ada urgent matter, sila cek Investor Alert List di website Suruhanjaya securities Malaysia sc.com.my
- Boleh juga cek di website BNM, pada bahagian financial Consumer Alert.
- Jika anda ada financial consultant dari mana-mana syarikat berdaftar, boleh tanya juga dengan consultant ini. Mereka tahu dimana nak cek apa yang perlu. Boleh klik sini untuk tanya saya https://BlogHidayah.wasap.my
- Selalu minta dokumen yang sah, dan refer dokumen tersebut kepada consultant, atau kawan peguam jika ada.

8 tips penting ini, sila simpan ye, jika ia bermanfaat boleh la share ke socmed anda agar kawan-kawan dan saudara anda juga dapat scam balik scammer diluar sana.
Terima Kasih
HidayahWan