Cara kenalpasti scammers

Scammers, banyak kes scam setiap hari yang kita dengar, dapat tahu dari berita dan juga dari perkongsian di internet.

Berjuta ringgit kerugian dicatat dari satu-satu scammer. Untungnya mereka disebalik scammer dan merana kerugian mereka yang terkena scammer.

Salah siapa? Scammer, kerajaan atau diri sendiri? Yang dah terkena tak boleh dapat duit mereka kembali. Hanya report kepada pihak berkuasa. Tapi yang paling penting, kita belajar dari kesilapan diri sendiri dan juga kesilapa orang lain yang dikongsi kepada kita.

 

Cara KENALPASTI SCAMMERS

Sebenarnya mudah. Scammers ni selalunya akan call mangsa dengan mengenalkan diri mereka sebagai wakil dari bank xxx. Kita boleh mengenalpasti scammer dengan soalan yang bakal ditanya. Soalan mereka ialah

  1. Boleh kami confirm no mykad?
  2. Boleh kami tahu nama penuh?
  3. Paling mudah install application true caller untuk kenalpasti mereka yang call kita. Jika scammer, no mereka di letak sebagai spam. Mudahkan, sekarang semuanya dihujung jari.

 

Jangan PANIC dan bertENANG

  1. Mereka suka mengatakan yang mangsa mempunyai pinjaman yang gagal dijelaskan, dan meminta mangsa membayar dalam kadar yang segera. Atau mereka mencipta situasi takut dan panic kepada kita dengan modus operandi yang lebih kurang sama.
  2. Ada juga situasi mereka menawarkan pelaburan yang cukup bagus kepada kita. Keuntungan pelaburan yang sangat banyak dalam masa yang singkat. Wahhhh senangnya nak dapat duit. Senangnya nak kaya.
  3. Ingat selalu berfikir secara logik tiada cara mudah sangat untuk kita dapat duit. Tiada cara mudah untuk kita jadi orang kaya. Logiknya jika semudah itu untuk kaya, kenapa masih ramai yang miskin berbanding golongan kaya.
  4. Kalau begitu mudah untuk kaya, logiknya tiadalah golongan miskin. Semuanya dah kayakan.

pelabur hartanah

  1. Dalam masa yang sama, setiap pelaburan yang diperkenalkan kepada kita mesti berdaftar di bank negara. Scammers selalu mengatakan mereka masih baru, masih dalam proses mendapat kelulusan dari bank negara atau kami syarikat luar negara tidak memerlukan kelulusan bank negara malaysia.
  2. Logiknya untuk menawarkan apa – apa kepada isi rumah, mereka mesti mendapat kelulusan dari ketua rumah. Untuk menawarkan pelaburan kepada rakyat malaysia mesti mendapat kelulusan dari bank negara.
  3. Pelaburan yang betul disisi undang-undang adalah pelaburan yang berdaftar dengan bank negara dan suruhanjaya security malaysia. Layari website sc.com.my dan lakukan carian pelaburan yang ditawarkan.
  4. Agent atau staff atau consultant pelaburan mesti berdaftar. Sila semak nama penuh mereka dan no mykad mereka dan cek di web fimm.com.my.  Bila mereka minta no mykad kita, kita juga minta no maykad dia untuk disemak.

Sentiasa ingat ibu mengandung memerlukan masa 9bulan untuk melahirkan anak. Pelaburan juga penyumbang perlukan masa.

Lov,

HidayahWan

Cara warrent buffet melabur

 

Market berDARAH

Semalam saham malaysia pada 9 Oktober 2018 klci melakukan terjunan ke laut. Nampak tak dari chart diatas…. Terjunan klci atau seolah olah klci turun slide dengan jayanya dan tidak melakukan kenaikan semula. Turun hingga ke bawah terus diakhir waktu dagangan semalam. Inilah dia patern saham malaysia.

Pagi ini Dow Jones membentuk “candle” merah yang panjang. Seterusnya menenggelamkan kenaikan dari bulan september 2018. Saham malaysia beb!

Sebelum itu Dow Jones telah memberi 2 kali signal kejatuhan 3 hari berturut turut. Inilah dia dia chart saham secara teknikal ia boleh dibaca oleh mereka yang ada sedikit ilmu. Dan ianya boleh dibaca secara details oleh “charties”. Ini saham luar negara.

IMG_20181011_134512

Kerana impak ini, klci bursa saham malaysia meneruskan penurunan 1 jam pertama market dibuka pagi tadi.

IMG_20181011_134600.jpg

Klci dijangka akan akan meneruskan terjunan kelaut lebih dalam dan mendatar sementara dilautan itu sebelum melakukan kenaikan ke atas semula. Ini berlaku kerana beberapa faktor;

  1. Dow Jones alan melakukan correction sebelum kenaikan lebih jauh keatas. Ini memang senantiasa berlaku.

  2. Saham malaysia mendatar sementara menunggu hari pembentangan bajet 2018. Tambahan inilaj bajet pertama yang bakal dibentangkan olrh kerajayaan malaysia baru.

  3. Kebanyakan pedagang luar dan dalam negara, malah institusi dan jerung market sedang menyelamatkan cash mereka dan menunggu waktu yang sesuai untuk berdagang semula.

  4. Kita sebagai pelabur bilis pun mesti pandai tumpang sekaki dengan keadaan begini.

Correction yang dilakukan ini adalah perkara biasa berlaku di saham. Cycle nya akan berulang ulang. Melabur saham mesti ada ilmu yang yang yang cukup dan jiwa yang kental.

Saya nak melabur di saham saham terkemuka tetapi saya tidak mahu sakit kepala untuk tengok chart macam ni? Apakah alternatif yang saya ada? Baca disini.

 

 

Belajar SEO & copywritting dengan Cik Sue

Hidayahwan belajar seo suraya ali.jpg

6 Sept lepas Hidayah hadirkan diri untuk belajar SEO & Copywritting dengan Cik Sue ( panggilan manja Cik Suraya Ali). Sebelum ni Hidayah ada 3 Blog yang dibina tanpa Ilmu SEO. Sudahnya separuh jalan sahaja bertahan kerana tiada trafic.

Tujuan penulisan.

Sebenarnya Hidayah baru faham blog dan SEO mesti berlari bersama untuk mendapat trafic dan berada di tangga teratas. Tujuan  kita, bila mereka diluar sana membuat carian. Blog kita lah yang dipaparkan diatas sekali. Penulisan menggunakan word yang dicari mestilah tally.

Cara Penulisan.

Penulisan mesti ada tatacara. Tajuk utama, tajuk kecil dan kandungan yang teratur itu penting bagi memastikan apa yang ditulia difahami dengan mudah oleh pembaca.

Selain itu gambar dan perenggan. Demi perenggan juga penting untuk sentiasa mandapat minat pembaca membaca hingga ke akhir penulisan.

Placeholder Image

Google

Google ada adik beradik yang perlu di berkumpul untuk makan bersama barulah hubungan adik beradik tadi akrab. Ya google adWords, google  adSense dan google business adalah 3 beradik yang mesti dihimpunkan bersama. Selain dari itu google indexing adalah satu bab penting yang mesti difahami oleh blogger.

Hidayah dapat banyak ilmu baru semasa belajar SEO & Copywritting dengan Cik Sue . Praktikal penting sebelum ke kelas seterusnya.

Lov

Hidayah

Cara Simpan Duit untuk TRAVEL

Hidayah simpan travel

Bagaimana cara simpan duit untuk travel dengan cara mudah

Impian travel ke serata dunia adalah impian kebanyakan dari kita. Penting kita tahu target destinasi kita yang terdekat. Contoh saya nak ke maldives bersama pasangan / anak atau kawan-kawan. Cari dan tahu anggaran jumlah belanja yang diperlukan. Dah tahu nak travel ke mana dan anggaran jumlan belanja, meh Hidayah kongsikan caranya:

Simpan wang kertas warna yang sama.

Cara ini mudah, contoh kita nak kumpul wang kertas RM5. Setiap kali dapat RM5, ketepikan dan kumpul di dalam 1 tabung. Tanpa sedar, wang terkumpul dengan cepat dan jumlahnya juga kita sendiri akan terkejut. Setkan tempoh masa untuk kumpul wang kertas warna yang sama ini. Contoh 10 bulan atau 1 tahun. Katalah RM5 setiap hari selama 10 bulan.

Hidayah simpan duit RM5

Simpan semua syilling dari baki.

Cara ini agak tradisional namun jangan pandang rendah, kerana kita bakal kumpulkan jumlah yang banyak hanya dari wang syilling. Setiap kali syilling yang kita dapat dari baki dimana-mana, kita asingkan dalam 1 beg kecil dan masukkan dalam tabung di rumah nanti. Aha untuk cara ini, kita perlu sediakan tabung wang yang lebih besar untuk menampung jumlah wang syilling yang berat dan banyak. Bersedia untuk mengangkut tabung yang sangat berat untuk dibawa ke bank yang ada mesin syilling. Tetapi jumlah yang terkumpul buatkan anda terkejut. Banyak beb.

Hidayah simpan duit syilling pergi travel.jpeg

Main kutu untuk travel.

Ini cara lama, dari dulu ramai di antara kita yang paksa diri untuk menyimpan dengan main kutu. Cara ini seolah -olah kita berhutang dengan ahli kumpulan kutu kita. Jadi kita perlu membayar hutang ini setiap bulan. Secara tidak langsung kita tersimpan duit. Namun, kita perlu pilih ahli kumpulan main kutu yang bertanggungjawab dan jujur supaya tidak berlaku salah laku dalam tempoh kita main kutu. Cara ini kita sudah tetapkan berapa jumlah yang bakal kita dapat dan juga berapa jumlah yang bakal kita wajib bayar kepada setiap hali kumpulan.