Tips menghadapi krisis ekonomi bahagian 2

Harini saya kongsikan sambungan tips hadapi krisis ekonomi, ini adalah dari apa yang saya belajar. Saya ulang lagi sekali ye. Tips kalini lebih seronok untuk kita ambil terus praktikkan. Pointnya adalah Buang dan Tunda.

Jom kita kupas satu persatu. Tips ni mudah dan sangat seronok untuk difahami.

BUANG

Ada 4 bahagian penting dalam bahagian Buang. Apa yang perlu buang? Apa yang perlu dibuang?

  1. Buang Kad Kredit, hutang kad kredit menimbun lepas tu terikat dengan tabiat guna dulu lepas tu bayar tu boleh buang jauh-jauh. Tiada istilah perlu guna dahulu bayar kemudian ye. Sebab bayar kemudian datang dengan pakej interest yang membunuh. Bab ni memang kene kejam, ye guntingkan kad kredit dan buang dalam bakul sampah. Jadilah orang baru yang lebih gembira.
  2. Buang Perbelanjaan yang tak Berguna, apa yang tak berguna? subscribe apple TV, netflix tetapi tengoknya pun tidak. Jadi kenapa sambung subscibe. Bayar je bulanan tetapi tak guna pun. Membazirkan?
  3. Buang Hutang Lapuk, Ye buang je hutang dengan cara bayar je semua jika ada cash on hand. Tiada hutang itu jauh lebih indah dari ada duit tetapi dalam masa yang sama ada hutang yang tak pernah habis.

Hidup lebih tenang jika tiada hutang berbanding tiada duit simpanan

Kalau dah tak tahu cara nak selesaikan hutang, call atau serah diri sahaja kepada AKPK. Badan ini wujud untuk bantu rakyat malaysia yang dalam masalah selesaikan hutang. Tak perlu takut, malah jika berdaftar dengan AKPK, anda terselamat dari diisytihar muflis.

4. Buang Sikap dan Mindset Tak Guna, biar papa asal bergaya ni satu sikap yang buruk benar ye. Bergaya untuk siapa? Slowly tukar ke biar biasa-biasa tapi poket tebal kan ke tu lagi best.

TUNDA

Ada 4 bahagian yang perlu ditunda, Jom kita tengok kesemua 4 yang mana boleh kita adjust untuk kita.

  1. Tunda perbelanjaan yang besar, berapa besar? bergantung kepada saiz poket diri sendiri. Kenapa? Sebab untuk A, RM1000 cukup besar tetapi untuk si B pula RM10,000 cukup besar. Daripada berbelanja pergi holiday, lebih baik simpan cash. Simpan ditempat yang sukar untuk diambil sesuka hati. Tak tahu nak simpan kat mana? Boleh simpan di tabung e-cash dengan public mutual. Caranya hanya transfer secara online. Saya sebagai consultant tak akan benarkan awak keluarkan sesuka hati duit tersebut. Boleh macam tu?
  2. Tunda bersenang-senang, tetapi tukar kepada buatlah apa sahaja untuk side income. Kenapa ye? Sebab berapa banyakpun jumlah duit gaji kita, itu todak menjanjikan apa-apa jika kita tak pandai menguruskan kewangan kita. Urus wang sebaiknya. Perlukan perbincangan, contact saya ye.
  3. Tunda niat untuk beli kereta baru, kereta sedia ada masih elok boleh dipakaikan? Jadi gunalah sebaik mungkin. Dah ada kereta honda kenapa nak beli mustang pula kan?
  4. Tunda berhenti kerja atau tukar kerja jika keadaan tidak mendesak. Berhenti kerja dengan tiada jaminan dapat kerja lain lagi adalah satu langkah yang sangat berisiko pada masa krisis ekonomi. Untuk bertukar kerja pun, ia adalah risiko jika kita sangka tempat kerja baru lebih baik. Bila dah pindah, seminggu je rasa sakit dada. Tak kan nak berhenti dah kan?

Dan kat sini saya belanja tips terakhir khas buat yang membaca sampai habis

KAWAL

Apa yang perlu dikawal?

  1. Kawal perbelajaan bulanan, supaya kita tak stress sampai sakit kepala untuk bulan-bulan akan datang.
  2. Kawal nafsu makan, benda mahal dan viral. Tak perlu pun nak cuba semua kan?
  3. Kawal hidup kita sendiri, tak salah untuk cuba lower down cara hidup kita dari sekarang untuk survive sepanjang tempoh krisis. Daripada seronok berbelanja, tiba-tiba terduduk kan.

Semoga apa yang saya kongsikan dari apa yang saya dah belajar ni, memberi idea untuk kita semua. Perlu berbincang? nak mula jana side income sebagai unit trust consultant klik sini https://IwanttobeUTC.wasap.my. ye untuk temujanji kita. Kita belajar tentang ilmu kewangan ni, dan kita share ilmu ni dengan kawan-kawan yang memerlukan. Secara tak langsung kita menjana side income untuk diri sendiri. Seronok kan.

Love,

HidayahWan

Your Unit Trust & Private Retirement Scheme Consultant

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.