Bersadarkan belanjawanku, pasangan pencen memerlukan RM3090 sebulan untuk menjalani kehidupan secara sederhana. RM3090 ni apa je ye? Jom kita tengok breakdown keperluan pasangan pencen.

Berapa Perbelajaan pasangan pesara ye?
Total adalah RM3090. Jika dilihat jumlah untuk setiap bahagian tersangatlah minimum. Namun inilah data dari pusat penyelidikan kesejahteraan sosial terhadap pasangan pesara yang tinggal di lembah klang. Untuk jumlah makanan itu mengambil kira makan sebanyak 3 kali sehari selama 30 hari. Ini data untuk sekarang ye. Agaknya 10-20 tahun akan datang untuk kita yang masih bekerja adakah jumlah yang kita perlukan sama?
Jangan lupa ambil kira inflasi
Jangan lupa inflasi kita diMalaysia adalah 3%, bermaksud kenaikan semua benda secara purata adalah 3%. Maka jika jumlah perbelanjaan kita lebih kurang sama dengan yang tertulis diatas. Jumlah nya akan jadi RM4814, kita genapkan jadi RM5000 la ye.

Apa perancangan kita dari sekarang?
Bila dah tahu berapa jumlah minimum yang perlu ada bila bersara nanti, next adalah apa yang perlu kita buat sekarang? Sebelumtu, Sis Ida faham bukan semua cukup dengan RM3090 sebulan ni, Jom kita tengok jumlah untuk RM5000, RM8000 dan RM10,000 juga ye.

Dari gambar ni, anggaran kadar pulangan sebanyak 7% setiap tahun dengan inflasi 3% setiap tahun. Katalah kita perlukan RM5000 sebulan semasa bersara nanti. Jadi jumlah yang perlu ada adalah RM848,036.00. Nak jadikan duit kita sebanyak tu, caranya mula menyimpan dari sekarang sebanyak RM691 sahaja. Mudahkan.
Nak tahu lanjut klik je sini https://nakmulamelabur.wasap.my
Love,
HidayahWan