marketcrash

Dunia Pelaburan – Pelaburan Saham

Bila sebut pelaburan, yang terfikir adalah saham. pelaburan saham kan. Sebenarnya banyak lagi pelaburan lain. Jom harini Sis Ida share tentang pelaburan. Sis Ida explain guna bahasa mudah supaya siapa yang baca boleh faham dan boleh tahu apa beza untuk 5 jenis pelaburan ni. Dan tahu pro dan contra untuk setiap jenis pelaburan. Ok jom mula-mula pelaburan di dunia ni, ada 5 jenis:

Ada berapa jenis pelaburan?

Pelaburan Saham

Pelaburan Hartanah

Pelaburan kepada Perniagaan

Pelaburan Unit Amanah

Pelaburan Emas

Kemudian wujud pula pelaburan matawang digital iaitu Bitcoin. Sis Ida umpamakan bitcoin ni scammer professional dunia. Opsss jangan marah ye.

Pelaburan Saham

Pelaburan Saham, semua faham market turun saham turun. Market naik, saham pun naik? Sebenarnya tak semestinya ye. Kenapa? Market adalah index saham sesebuah negara. Untuk setiap negara, ada beberapa saham yang menjadi index market. Bukan semua saham ye. Jadi Bila kebanyakan saham yang menjadi index ni turun, ia memberi kesan kepada kejatuhan market. Sebenarnya market tu refer kepada index sesuatu negara. Tetapi ada yang salah faham, bila saham sesebuah syarikat jatuh, walaupun dia saham tu satu je jatuh banyak, masuk news dia kata market jatuh. Inilah salah faham kebanyak dari kita.

Jom tengok sini, ini adalah saham yang menjadi index BSKL- Bursa Saham Kuala Lumpur atau KLCI.

Jika ada beberapa saham dalam list ini yang jatuh dan turun, inilah impak kepada market kita. Sedangkan ada 600++ lagi saham lain yang ada naik dan turun. Bila ada 300++ naik, akan ada 300++ yang turun. Ada yang jatuh dengan mata yang banyak dan ada yan naik dengan mata yang banyak setiap hari. Maka tidak boleh la kita cakap market jatuh, bila hanya 100++ saham jatuh, sedangkan lagi 500++ saham naik kan.

Setiap kali bila market tutup sementara waktu rehat tengahari atau petang jam 5, maka akan keluarlah list ini.

Ada saham yang aktif (Most Active), maksudnya pergerakan harga dan unit bertambah, berkurang dan bertukar tangan paling banyak pada hari tersebut.

Top Gainer pula adalah saham yang pergerakan harga menaik paling banyak. Untuk Top Loser pula sebaliknya. Namun peegerakan saham ni boleh jadi terbalik dalam masa 1 jam selepas ini. Jadi bila tengok list ni harini jam 12.30 tengahari 23/2/2023, jangan lah 2/4/2023 nanti pun kita cakap saham paling untung ATECH ye. Lepas ni siapa yang baca artikel ni dah faham ye.

Jadi macam mana cara nak melabur dan untung dipelaburan saham? Ada banyak perkara perlu dibelajar, difahami dan dikaji selidik. Cara Sis Ida, tengok institusi pelaburan melabur di syarikat/saham mana? Macam mana nak tengok?

contohnya, ini adalah keratan analisis dari salah satu institusi pelaburan unit trust yang mana, salah satu fund mereka melabur di syarikat dibawah. Itu hanyalah top5 saham untuk tempoh masa tertentu ye. Dari ini saya akan selidik, faham kan saham tersebut sebelum membuat keputusan. Nak tanya lanjut https://BlogHidayah.wasap.my

Kenapa Sis Ida refer keratan analisis dari institusi pelaburan? Kerana institusi pelaburan adalah pakar pelaburan. Institusi menyelia duit orang ramai dan juga syarikat lain yang melabur dengan mereka. Jadi pemilihan saham oleh mereka sudah tentu diselidik dan dikaji habis. Bukan sekadar anggapan, tetapi kita boleh tengok dari report yang dikeluarkan seperti diatas ini. Report ini telah diaudit terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan. Apa lagi yang perlu diragu? Saham yang mempunyai keutuhan kewangan, shariahnya dan juga business yang dijalankan.

Namun untuk pelaburan saham, walaupun sudah ada saham pilihan. Sebelum beli unit saham tersebut, saya perlu kaji nak beli pada waktu dan harga yang tepat. Part ini sahaja bukanlah mudah. Selepas beli, emosi kita memang akan terganggu dengan pergerakan harga yang cepat dan pantas. Part ini tiada siapa boleh tolong, kecuali diri sendiri. Kerana itu, jika tengok -1% pun kita dah migrain, nasihat saya lupakan sahajalah niat untuk melabur saham ni.

Banyak lagi instrumen lain yang sesuai untuk kita melabur. Kesimpulan dari pelaburan saham

  1. Pemilihan saham yang tepat, pada harga yang tepat dan pada masa yang tepat itu sangat penting.
  2. Fakta menunjukkan mereka yang berjaya dalam pelaburan saham hanyalah 5% berbanding 95%lagi tidak berjaya malah rugi dan ada yang muflis kerana melabur disaham.
  3. Punca utama adalah tidak boleh mengawal emosi, membuat pinjaman untuk melabur saham, dan mengikut tips dari kawan yang akhirnya jadi tipusss.

Saya sendiri pernah rugi RM500 dalam sekelip mata semasa kes Braxit. Dan saya juga pernah untung hampir 400% dari salah satu saham teknologi. Saya melabur dan membiarkan saham tersebut sehingga tempoh 1 tahun.

Dari sini, saya mula share ilmu pelaburan yang lebih mudah, yang semua orang boleh terlibat. Risiko yang lebih rendah kerana diselia oleh pakar pelaburan.

Baca artikel saya yang seterusnya ye. Nak berbincang mengenai pelaburan yang jauh lebih mudah dari pelaburan saham? Klik sini https://BlogHidayah.wasap.my

Next Artikel Pelaburan Hartanah.

HidayahWan

Pelaburan dari akaun1

Apa itu pelaburan dari akaun1? Ramai yang dah tahu, pelaburan dari akaun1 adalah salah satu pelaburan yang dibenarkan untuk mengembangkan duit tabung persaraan kita.

Ia terbuka kepada ahli yang layak sahaja. Macam mana nak tahu kita ahli yang layak? Caranya hanya cek sahaja dari Website ataupun Mobile app untuk melihat kelayakan pelaburan dari akaun1 kita. Cara mudah dengan melihat withdrawal eligibility dan tengok pada bahagian member investment scheme. Jumlah yang tertera adalah jumlah yang dibolehkan untuk dilaburkan dari pelaburan akaun1 kita

Apa kelebihan pelaburan dari akaun1?

Antara kelebihan pelaburan dari akaun1 adalah tiada cash yang diperlukan.
1. Pelaburan ini adalah transaksi dari akaun1 ke akaun unit amanah sendiri.

2. Pelaburan ke dana pelaburan yang lebih meluas.

3. Peluang diversify ke dana yang diluluskan.

4. Peluang untuk optimise tabung persaraan.

Macam mana caranya? Mudah sahaja, hanya 30% daripada jumlah lebihan mengikut umur yang ditetapkan sahaja yang boleh dilaburkan dari pelaburan akaun1 kita. Boleh refer jadual di bawah ye. Contoh pengiraan pun tersedia sekali. Mudah je. Nak tanya? Tanyalah Consultant HidayahWan klik sini ye https://bloghidayah.wasap.my/

Ada 5 sebab lain kenapa perlu ada pelaburan dari akaun1 dengan HidayahWan

  1. Transaksi yang mudah ke akaun pelaburan unit trust sendiri. Syarikat unit trust yang kukuh sepanjang 40 tahun. Opss lebih tua dari kita rupanya umur syarikat ni.
  2. Solid brand yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut je ohhh tahu. Jarang-jarang yang belum tahu. Kalau awak belum tahu, maknanya awak generasi muda. Kita geng klik sink terus https://bloghidayah.wasap.my/
  3. Pengalaman luas selama 40 tahun ni muda sampai ke tua ye. Bukan calang-calang lagi.
  4. Sokongan secara Online, dalam talian dan juga cawangan yang banyak diseluruh Malaysia sangat membantu pelabur untuk berurusan. Nak kan khidmat saya pun boleh klik je sini https://bloghidayah.wasap.my/ saya tolong selesaikan urusan awak.
  5. Kepelbagaian tabung pelaburan di Malaysia, Asia dan juga Global. Terdapat -+ 164 tabung. Naik kelabu mata nak pilih mana satu yang perform kan. Apa susah berbincanglah dengan saya https://bloghidayah.wasap.my/

Bertindak sekarang untuk luaskan pelaburan tabung persaraan dengan pelaburan dari akaun1 sekarang. Ambil peluang sediakan wasiat sekali tau. Caranya? Tanya HidayahWan, Mula pelaburan dari akaun1 sekarang.

love

HidayahWan, Unit Trust Consultant

Rancang Persaraan lebih awal untuk menikmati kesenangan masa depan

Bersadarkan belanjawanku, pasangan pencen memerlukan RM3090 sebulan untuk menjalani kehidupan secara sederhana. RM3090 ni apa je ye? Jom kita tengok breakdown keperluan pasangan pencen.

Berapa Perbelajaan pasangan pesara ye?

Total adalah RM3090. Jika dilihat jumlah untuk setiap bahagian tersangatlah minimum. Namun inilah data dari pusat penyelidikan kesejahteraan sosial terhadap pasangan pesara yang tinggal di lembah klang. Untuk jumlah makanan itu mengambil kira makan sebanyak 3 kali sehari selama 30 hari. Ini data untuk sekarang ye. Agaknya 10-20 tahun akan datang untuk kita yang masih bekerja adakah jumlah yang kita perlukan sama?

Jangan lupa ambil kira inflasi

Jangan lupa inflasi kita diMalaysia adalah 3%, bermaksud kenaikan semua benda secara purata adalah 3%. Maka jika jumlah perbelanjaan kita lebih kurang sama dengan yang tertulis diatas. Jumlah nya akan jadi RM4814, kita genapkan jadi RM5000 la ye.

Apa perancangan kita dari sekarang?

Bila dah tahu berapa jumlah minimum yang perlu ada bila bersara nanti, next adalah apa yang perlu kita buat sekarang? Sebelumtu, Sis Ida faham bukan semua cukup dengan RM3090 sebulan ni, Jom kita tengok jumlah untuk RM5000, RM8000 dan RM10,000 juga ye.

Dari gambar ni, anggaran kadar pulangan sebanyak 7% setiap tahun dengan inflasi 3% setiap tahun. Katalah kita perlukan RM5000 sebulan semasa bersara nanti. Jadi jumlah yang perlu ada adalah RM848,036.00. Nak jadikan duit kita sebanyak tu, caranya mula menyimpan dari sekarang sebanyak RM691 sahaja. Mudahkan.

Nak tahu lanjut klik je sini https://nakmulamelabur.wasap.my

Love,

HidayahWan

Tips menghadapi krisis ekonomi bahagian 2

Harini saya kongsikan sambungan tips hadapi krisis ekonomi, ini adalah dari apa yang saya belajar. Saya ulang lagi sekali ye. Tips kalini lebih seronok untuk kita ambil terus praktikkan. Pointnya adalah Buang dan Tunda.

Jom kita kupas satu persatu. Tips ni mudah dan sangat seronok untuk difahami.

BUANG

Ada 4 bahagian penting dalam bahagian Buang. Apa yang perlu buang? Apa yang perlu dibuang?

  1. Buang Kad Kredit, hutang kad kredit menimbun lepas tu terikat dengan tabiat guna dulu lepas tu bayar tu boleh buang jauh-jauh. Tiada istilah perlu guna dahulu bayar kemudian ye. Sebab bayar kemudian datang dengan pakej interest yang membunuh. Bab ni memang kene kejam, ye guntingkan kad kredit dan buang dalam bakul sampah. Jadilah orang baru yang lebih gembira.
  2. Buang Perbelanjaan yang tak Berguna, apa yang tak berguna? subscribe apple TV, netflix tetapi tengoknya pun tidak. Jadi kenapa sambung subscibe. Bayar je bulanan tetapi tak guna pun. Membazirkan?
  3. Buang Hutang Lapuk, Ye buang je hutang dengan cara bayar je semua jika ada cash on hand. Tiada hutang itu jauh lebih indah dari ada duit tetapi dalam masa yang sama ada hutang yang tak pernah habis.

Hidup lebih tenang jika tiada hutang berbanding tiada duit simpanan

Kalau dah tak tahu cara nak selesaikan hutang, call atau serah diri sahaja kepada AKPK. Badan ini wujud untuk bantu rakyat malaysia yang dalam masalah selesaikan hutang. Tak perlu takut, malah jika berdaftar dengan AKPK, anda terselamat dari diisytihar muflis.

4. Buang Sikap dan Mindset Tak Guna, biar papa asal bergaya ni satu sikap yang buruk benar ye. Bergaya untuk siapa? Slowly tukar ke biar biasa-biasa tapi poket tebal kan ke tu lagi best.

TUNDA

Ada 4 bahagian yang perlu ditunda, Jom kita tengok kesemua 4 yang mana boleh kita adjust untuk kita.

  1. Tunda perbelanjaan yang besar, berapa besar? bergantung kepada saiz poket diri sendiri. Kenapa? Sebab untuk A, RM1000 cukup besar tetapi untuk si B pula RM10,000 cukup besar. Daripada berbelanja pergi holiday, lebih baik simpan cash. Simpan ditempat yang sukar untuk diambil sesuka hati. Tak tahu nak simpan kat mana? Boleh simpan di tabung e-cash dengan public mutual. Caranya hanya transfer secara online. Saya sebagai consultant tak akan benarkan awak keluarkan sesuka hati duit tersebut. Boleh macam tu?
  2. Tunda bersenang-senang, tetapi tukar kepada buatlah apa sahaja untuk side income. Kenapa ye? Sebab berapa banyakpun jumlah duit gaji kita, itu todak menjanjikan apa-apa jika kita tak pandai menguruskan kewangan kita. Urus wang sebaiknya. Perlukan perbincangan, contact saya ye.
  3. Tunda niat untuk beli kereta baru, kereta sedia ada masih elok boleh dipakaikan? Jadi gunalah sebaik mungkin. Dah ada kereta honda kenapa nak beli mustang pula kan?
  4. Tunda berhenti kerja atau tukar kerja jika keadaan tidak mendesak. Berhenti kerja dengan tiada jaminan dapat kerja lain lagi adalah satu langkah yang sangat berisiko pada masa krisis ekonomi. Untuk bertukar kerja pun, ia adalah risiko jika kita sangka tempat kerja baru lebih baik. Bila dah pindah, seminggu je rasa sakit dada. Tak kan nak berhenti dah kan?

Dan kat sini saya belanja tips terakhir khas buat yang membaca sampai habis

KAWAL

Apa yang perlu dikawal?

  1. Kawal perbelajaan bulanan, supaya kita tak stress sampai sakit kepala untuk bulan-bulan akan datang.
  2. Kawal nafsu makan, benda mahal dan viral. Tak perlu pun nak cuba semua kan?
  3. Kawal hidup kita sendiri, tak salah untuk cuba lower down cara hidup kita dari sekarang untuk survive sepanjang tempoh krisis. Daripada seronok berbelanja, tiba-tiba terduduk kan.

Semoga apa yang saya kongsikan dari apa yang saya dah belajar ni, memberi idea untuk kita semua. Perlu berbincang? nak mula jana side income sebagai unit trust consultant klik sini https://IwanttobeUTC.wasap.my. ye untuk temujanji kita. Kita belajar tentang ilmu kewangan ni, dan kita share ilmu ni dengan kawan-kawan yang memerlukan. Secara tak langsung kita menjana side income untuk diri sendiri. Seronok kan.

Love,

HidayahWan

Your Unit Trust & Private Retirement Scheme Consultant

Tips menghadapi krisis ekonomi

Harini saya kongsikan tips hadapi krisis ekonomi, ini adalah dari apa yang saya belajar. Tips kalini sangat seronok untuk kita ambil tahu dan praktikkan. Pointnya adalah Tambah dan Kurang.

Jom kita kupas satu persatu. Tips ni mudah dan sangat seronok untuk difahami.

TAMBAH

Tips menghadapi krisis ekonomi yang pertama adalah tambah, apa yang perlu ditambah? Ada 4 bahagian yang perlu ditambah.

  1. Tambah Tabung Kecemasan, berapa banyak yang perlu ada untuk tabung kecemasan ni? Jumlah tabung kecemasan, bergantung kepada jumlah pendapatan seseorang berbanding dengan jumlah perbelanjaan.
    • Contoh mudah gaji bulanan RM7000
    • Jumlah komitmen bulanan RM4000
    • Jumlah tabung kecemasan mestilah sama dengan jumlah komitmen bulanan.
    • Persoalan ke2 berapa bulan perlu ada. Untuk menjawab soalan ini, kebiasaannya 3-6 bulan. Kenapa? Ini adalah tempoh seseorang akan dapat kerja lain semula dalam tempoh tersebut, Namun ada orang dia boleh jump kepada apa-apa perniagaan untuk menjana pendapatan berbanding sesetengah yang tak pernah berniaga, dan hanya akan bergantung kepada pekerjaan.

  1. Tambah Punca Pendapatan, sangat penting untuk seseorang tidak bergantung kepada hanya 1 punca pendapatan. Mulakan pendapatan ke2 walaupun sikit. Yang penting berterusan. Carilah sesuatu yang boleh memberi pendapatan sampingan (extra income) dengan cara kerja yang flexible dan tiada ikatan perlu hadir ke tempat kerja. Contoh jadi unit trust consultant secara part-time.
  2. Tambah Ilmu Kewangan, untuk diri sendiri uruskan kewangan sendiri. Bila kita dah dapat ilmu ni, penting untuk kita share dengan adik-beradik, kawan kawan dan kenalan kan. Bila kita terangkan kepada orang lain. Secara tak langsung kefahaman kita kepada ilmu tu akan jadi lebih padu kan. kan…
  3. Tambah Ilmu Pengurusan Kewangan secara kursus, kawal perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan sendiri. Caranya mudah cuma perlukan disiplin untuk ikut peraturan yang diri sendiri adakan. Ha giteww konsepnya

KURANG

Tips menghadapi krisis ekonomi kedua adalah kurang, apa yang perlu dikurangkan? Ada 5 bahagian yang perlu dikurangkan.

  1. Kurangkan perbelanjaan bulanan, caranya listkan kesemua perbelanjaan bulanan kita kemudian cuba tengok bahagian mana yang kita bayar je tapi tak guna sangat. Contoh kita langgan pek hiburan bulanan tetapi kita tengok mungkin 1atau 2 kali je sebulan. Bahagian yang macam ni, sikit banyak ada RM300-400 juga sebulan sebenarnya. Sebelum ni bayaran kita tu sedekah je ha.
  2. Kurangkan barang dalam rumah, caranya kita lihat semula barangan yang dibeli tapi tak pernah diguna atau sangat jarang kita guna. Caranya kita boleh jualkan kepada orang lain. Wang yang dapat dari hasil jualan ini, kita boleh menabung atau selesaikan hutang mana yang patut di selesaikan segera.,
  3. Kurangkan aktiviti habiskan duit, contoh aktiviti yang buat habis duit jeeee adalah makan kat tempat viral, aktiviti JJCM, Pergi shopping complex konon cuci mata. Lepas tu terbeli itu dan ini. Padahal barangan yang terbeli tu langsung tak perlu pun. Haishhh. Bab makan kat luar ni, boleh slowly ubah cuba masak-masak dirumah. seminggu sekali je makan diluar. Nak lagi jimat boleh la 1-2 kali je sebulan.
  4. Kurangkan nafsu membeli barangan kehendak, sekarang cukup mudah nak beli apa pun semua dihujung jari. Jadi macam mana caranya? un-install app tu dari hphone. Off kan semua notification dari app tersebut. Cubalah. Hidup akan jauh lebih tenang. Dari situ belajar untuk syukur sebab tak beli barang tersebut aka sebenarnya mambazir.
  5. Kurangkan kehendak dan utamakan keperluan sahaja, Mungkin kita terkeliru apa kehendak dan apa keperluan. he tetiba banyak pulak keperluan kita. Semua pun boleh jadi keperluan. Jadi listkan barangan tersebut dibahagi kepada 2 bahagian. Fikirkan betul-betul sebelum buat keputusan, Ye dah tak boleh berbelanja sesuka hati seperti sebelumni dah.

Tips yang simple dan mudah untuk diguna pakai terus. Berminat untuk membina kerjaya sampingan sebagai unit trust consultant yang ada waktu bekerja yang flexible? dan jumlah komisyen yang kita sendiri tentukan? Klik sini https://IwanttobeUTC.wasap.my

Love

HidayahWan