AWAS, Scammer menganas!

Kes penipuan di Malaysia semakin menjadi-jadi. Penipuan yang semakin canggih dan sangat licik menggunakan taktik yang orang ternama, hebat dan bijak pandai dalam kewangan pun boleh terciduk. Jangan terpedaya, Hidayahwan kongsikan harini apa taktik licik mereka supaya tiada ruang untuk mereka memperdaya kita.

Dalam banyak penipuan kewangan, paling mudah adalah penipuan pelaburan dengan pulangan lumayan. Mangsa mudah terpedaya dengan peratus keuntungan sahaja. Tanpa perlu kata-kata manis pun.

Apa modus operandi mereka?

Scammer hanya menawarkan pelaburan yang dijamin pulangan untung yang berganda dalam tempoh singkat. Kerana inilah kelemahan kita. Nakkan untung yang berganda dalam tempoh yang singkat.

Contoh “Pelaburan saham dengan pulangan 20% sehari dan ia dijamin oleh badan kerajaan“. Kenapa ayat dijamin kerajaan selalu diguna oleh scammer? Kerana mereka licik, tahu orang ramai takut dengan pelaburan yang benar sebab tiada jaminan. eh kalau dah kerajaan jamin, agaknya apa jadi pada kerajaan kalau pelaburan itu rugi??? Dari sini mereka guna pula ohhh tiada kerugian, kerana untung adalah gerenti. Inilah ayat yang selalu diulang, malangnya masih ramai yang terciduk.

Pelaburan dengan nama yang logik dan ada nama shariah tersendiri untuk menarik minat pelabur yang pentingkannya, namuntetap terciduk. Nama mereka mesti ada saham XXXXX, Saham islamic XXXX atau fund islamic xxxxx.

Sebenarnya, dari nama itu sendiri dah cukup boleh menyakinkan kita yang itu adalah scammer.

Apa cara untuk scam balik scammer?

Ikut langkah mudah ni untuk scam balik scammer;

  1. Terus letak panggilan telefon dari mesin suara, contoh; salam sejahtera, ini panggilan dari XXX berkenaan.
  2. Install TrueCaller App untuk kenalpasti no scammer. App ini akan terus paparkan no dengan warna merah dan berapa kali telah di report oleh orang awam. Jadi nampak je warna merah, terus abaikan. Jangan jawab walau 100 kali dia call.
  3. Jika berlaku situasi berdepan, sila ambik no akaun dan search di google nama syarikat atau penerima akaun tersebut. Pura-pura untuk tidak meneruskan transaksi kerana anda bergegas untuk urusan lain.
  4. Jangan sesekali transfer duit ke akaun persendirian, kerana pelaburan mestilah kepada syarikat pelaburan terus.
  5. Selepas berpura-pura ada urgent matter, sila cek Investor Alert List di website Suruhanjaya securities Malaysia sc.com.my
  6. Boleh juga cek di website BNM, pada bahagian financial Consumer Alert.
  7. Jika anda ada financial consultant dari mana-mana syarikat berdaftar, boleh tanya juga dengan consultant ini. Mereka tahu dimana nak cek apa yang perlu. Boleh klik sini untuk tanya saya https://BlogHidayah.wasap.my
  8. Selalu minta dokumen yang sah, dan refer dokumen tersebut kepada consultant, atau kawan peguam jika ada.

8 tips penting ini, sila simpan ye, jika ia bermanfaat boleh la share ke socmed anda agar kawan-kawan dan saudara anda juga dapat scam balik scammer diluar sana.

Terima Kasih

HidayahWan

Kenapa saya pilih jadi Unit Trust Consultant?(sambungan)

Selain 3 sebab utama kenapa pilih freelance business Unit Trust Consultant, Ada lagi 2 sebab lain yang saya mula cintai kerjaya ini. Jom saya bongkarkan

1. Peluang Sebarkan ilmu pelaburan

Melalui website hidayahwan.com ini menjadi platform untuk hidayahwan sebarkan ilmu pelaburan. Mereka yang search di google tentang pelaburan, akan di bawa ke website ini. Buat utama untuk sebarkan ilmu pelaburan patuh shariah agar lebih ramai terselamat dari scammer yang semakin menganas diluar sana. Nak sebarkan ilmu pelaburan bersama hidayahwan? Klik sini https://IwanttobeUTC.wasap.my

2. Peluang bercuti secara percuma setiap tahun

Setiap tahun, setiap Unit Trust Consultant berpeluang bercuti secara percuma ke 3 destinasi pilihan yang diberi oleh syarikat. Pilih dan pergilah bercuti sebagai rewards kepada diri selepas berbusines.

Siapalah tak suka pergi bercuti kan, namun kos untuk setiap kali pergi bercuti bukanlah rendah, lagi dengan inflasi yang makin menaik sekarang. Namun semuanya percuma dan pakej pelancongan kami 5 bintang. Tengoklah hotel dan tempat makanpun sudah cukup buat kami sangat teruja.

Percutian secara percuma selama 6 hari 4 malam, menaiki kapal terbang Singapore Airline yang menang awards world customer service. Makan di dalam kapal pun dah cukup sedap. Seat yang selesa untuk tidur dan bangun pagi dengan permandangan matahari terbit, wahhh cuba bayangkan. Sampai di airport kami disambut dengan mesra dan terus dibawa menaiki cruise keliling tasik kawasan elit di melbourne sambil menikmati breakfast. Terasa diri dilayan seperti VIP tau.

Sampai dihotel pula, ada gift tersedia di katil kami. Bilik yang sangat besar dan selesa untuk kami berehat dimalam hari. Tentatif perjalanan mengelilingi melbourne juga cukup buat ia antara memori indah dalam kehidupan.

Bayangkan sahaja tak seronok berbanding diri sendiri merasai percutian mewah ni. Teruja untuk mencipta kejayaan bersama hidayahwan? Klik sini shorturl.at/rzDT6 atau terus ke link wasap hidayahwan https://IwanttobeUTC.wasap.my

Jom bercuti bersama saya

Terima Kasih

HidayahWan

Kenapa saya pilih jadi Unit Trust Consultant/Adviser?

Ada 3 sebab utama yang buat saya pilih jadi Unit Trust Consultant.

1. Career Benefit / Duit Pencen

Sebab utama adalah komisyen Career Benefit yang sangat padu. Career Benefit adalah indirect commission yang Unit Trust Consultant/Adviser dapat setiap bulan. Senang faham, Career Benefit ni adalah duit pencen kepada Unit Trust Consultant/Adviser, tapi dapat awal. Ye seawal bulan kedua selepas secara sah bergelar seorang Unit Trust Consultant/Adviser.

Jadi lepas ni kita dah tahu dah, siapa lagi yang dapat duit pencen Selain pegawai kerajaan? Jawapannya adalah Unit Trust Consultant/Adviser. Malah pencen Unit Trust Consultant/Adviser dari 3 alif mantap dan padu sebab duit pencen kami dapat awal dan berlanjutan Sampai bila bila. Bukannya selepas bersara.

commission unit trust consultant/adviser
komisyen agent unit trust, indirect commission agent unit trust
Duit Pencen Unit Trust Consultant / Adviser

Macam mana pengiraan duit pencen ni? Mudah je, Career Benefit dibayar mengikut jumlah pelaburan yang berjaya di bawa masuk oleh seseorang Unit Trust Consultant/Adviser tersebut. Sejumlah pelaburan inilah dipanggil Asset Under Management. Setiap Unit Trust Consultant/Adviser berusaha sebaik mungkin mengumpul Asset Under Management masing-masing. Kerana jumlah pencen kami bergantung kepada Jumlah Asset Under Management kami.

2. Direct Commission / Potensi Pendapatan tanpa Had.

Unit Trust Adviser freelance business untuk dijalankan secara full time atau part time. Kami tiada basic salary, sebaliknya Potensi pendapatan kami tiada had. Komisen setiap bulan ini akan terus dibayar.

Pengiraan untuk Direct Commission ini pula seperti table di bawah

komisyen bulanan agent unit trust, lumayan komisyen utc, beza unit trust dengan takaful insurans gaji agent takaful
Potensi Pendapatan Unit Trust Consultant/Adviser

3. Training / Kelas yang berterusan

Kenapa training? Sebab saya bermula dengan zero dan ramai yang berminat untuk mula kan business freelance Unit Trust Consultant/Adviser ni tetapi tak tahu apa langsung tentang pelaburan. Ada yang tahu pun tapi bila dah belajar eh lain rupanya. Klik sini untuk sesi bersemuka online atau face to face https://IwanttobeUTC.wasap.my

Training yang di sediakan oleh pihak kami sangat berguna untuk sesiapa sahaja yang zero tapi mahu belajar dan boleh mula business. Training yang di sediakan adalah training yang berterusan dari mula hinggalah training untuk menjadi leader yang hebat.

Training atau kelas merangkumi

1. Product Knowledge

2 Sales Skill

3. Leadership

4. Investment Update

Apa yang lebih mantap, ke semua kelas adalah percuma. Benefit yang Unit Trust Adviser dapat ni bukan kaleng-kaleng.

Tak perlu buang masa klik sini untuk temujanji kita https://IwanttobeUTC.wasap.my

HidayahWan

Pelaburan Emas

Bila sebut emas, perempuan sangat suka dengan emas kan. Tetapi, sekarang ramai lelaki juga suka dengan emas.

Emas merupakan komoditi perdagangan yang sudah wujud sejak berabad lalu lagi. Kini, ianya berkembang menjadi simbol kekayaan dan status di seluruh dunia. Trend peningkatan pelaburan emas juga meningkat tahun demi tahun, terutamanya di kalangan pelabur baru. Mengapa? Di antaranya, emas boleh memberi perlindungan terhadap inflasi. Dan kerana sumber emas yang terhad, ianya juga akan kekal bernilai.

Persoalannya? berapa nilai kenaikan emas setiap tahun? Ye macam pelaburan lain juga, ada waktu naik dan ada waktu turun. Yang pasti dalam jangka masa panjang, ianya menaik kan. Sebut inflasi? Pelaburan emas boleh memberi perlindungan inflasi? Inflasi di Malaysia 3-5% setiap tahun. Saya selalu ambil 5% supaya pelaburan kita dapat lebih dari jumlah tersebut.

Jika dulu-dulu berabad lamanya, paras mata wang diukur dari dinar. Dinar ini emas, jadi statement emas boleh memberi perlindungan inflasi kerana, dulu parasnya dinar. Sejak paras mata wang bertukar ke mata wang USD. Dinar mula dipinggirkan. Namun ia tetap menjadi pilihan sebahagian dari kita.

Pelaburan emas, sudah tentu kita beli emas kan. Persoalan yang muncul ialah, dimana nak simpan emas tersebut? Faktor keselamatan wujud disini. Perlu ada peti besi dirumah? atau sewa peti besi di bank? atau beli emas dan simpan dibank atau di syarikat yang menawarkan jualan, belian dan juga simpanan emas kita. Bila ianya disimpan, sudah tentu ada kos simpanan. Nilai kos ini perlu diambil kira untuk mengira keuntungan pelaburan emas kita. Pihak syarikat atau bank itu pula akan mendapatkan takaful/insurans, bersedia jika berlaku kecelakaan.

Ramai diantara kita mudah terlepas pandang kos tersembunyi ini. Jumlahnya nampak sedikit? namun ia tetap perlu diambil kira Barulah return dari pelaburan emas kita itu adalah net return.

Apa pun pelaburan yang kita mulakan, jangan dump semua yang kita ada dalam 1 platform pelaburan. Diversify kepada semua pelaburan yang kita boleh timbal balik risiko dan untungnya.

Paling penting, saya berpegang kepada apa jua pelaburan, easy in, easy out. Maksudnya disini, urusan pelaburan yang mudah untuk kita mula dan mudah juga untuk kita dapatkan kembali keuntungan kita. Kos yang terang lagi bersuluh, bukannya kos yang kita baru tahu semasa nak dapatkan keuntungan dari pelaburan tadi. Sudahnya, untung dengan kos sama banyak.

Semoga artikel ni membantu sahabat di luar sana, menimbal balik semua segi sebelum buat keputusan dalam apa pun jenis pelaburan yang bakal diambil. Biar kita jelas sebelum mula.

HidayahWan

Pelaburan Perniagaan

Pelaburan perniagaan bukanlah pelaburan yang glamour seperti pelaburan saham atau hartanah. Ini adalah pelaburan orang berada yang ada banyak duit. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka yang nak mula business besar yang selalunya mencari funder untuk business mereka. Jadi bila business besar, funding yang diperlukan juga semestinya besar.

Business besar, perlukan funding besar. Untungnya juga besarke? Sepatutnya besar namun ia memerlukan masa 3 ke 5 tahun untuk funder mula mendapat kembali capital dan untung mereka secara berperingkat. Kemudian untung bersih secara bulanan, quarter atau annual bergantung kepada business model dan persetujuan diantara funder dan juga business operator. Nama glamour untuk funder ini juga adalah sleeping partner.

Banyak business model yang perlukan funder ni, antaranya dobi layan diri, used car, restaurant, klinik, spa, barbershop, kedai printing, kilang proses makanan dan banyak lagi. Funder atau Sleeping partner akan hadir dalam meeting shareholder jika ada untuk perbincangan tentang business. Mereka nak tahu perjalanan business dan keuntungan atau kerugian yang perlu ditanggung dan apa solusinya. Mudahkan?

Mudah dan senang, bagi duit dan tunggu untung. Kemungkinan rugi itu ada. Adat dalam apa jua business. Sekarang faham apa itu pelaburan dalam business kan. Apa yang penting adalah trust kepada business operator.

Terima Kasih

HidayahWan