Kisah saya 10 yang tahun lepas, semasa bekerja di salah satu syarikat airline.
Setiap pagi berkejar hantar anak ke tadika, kemudian drive sejauh 40km ke pejabat. 120km sejam adalah kelajuan biasa untuk sampai ke office sebelum jam 9pagi. Sediakan breakfast seadanya, biasanya roti sapu planta je rasanya.
Sebagai ibu setiap pagi nak siapkan anak, mandikan, siapkan dia dan selalunya perlu selesaikan anak meragam dulu sebelum hantar dia ke tadika. Yes struggle is real, bab ni bukan sikit. Ibu atau ayah faham sangat la bab ni. Bila petang pula walau jam 5ptg dah selesai kerja terpaksa buat buat kerja sampai jam 6ptg. Belah petang pun sama berkejar balik selaju 120km sejam juga untuk ambik anak di tadika sebelum jam 7malam. Selepas jam 7 malam dah tiada lagi anak di tadika itu, kadang ada hari yang terpaksa siapkan kerja dan balik lambat. sampai je, muncong anak kemain panjang, nak kene tenangkan amuk dia pulak. Bila kita sebagai ibu pun tak sabar, maka kita mengamukla bersama-sama. Yes struggle is real!
Begitulah rutin harian, namun sepanjang perjalanan 40km pergi dan balik kerja saya berangan dan mula berdoa untuk ada business sendiri dan ada income yang sentiasa meningkat tanpa perlu berlaku tidak adil buat anak-anak saya. Logik akal tiada business yang makin lama dibuat, income makin banyak tapi kerja makin kurang. Tidak ada jika difikir logik akal. Namun saya percaya Allah aturkan yang terbaik buat saya. Saya jelas dengan apa yang saya angankan. Walau ia sekadar angan-angan, namun jelas gambaran yang saya mahu dalam hidup saya. Bangun pagi saya tenang je hantar anak ke tadika/sekolah dan saya boleh bekerja dari rumah. Impian meninggalkan bab Yes struggle is real.

Struggle, namun berusaha dan berdoa untuk menjadikan angan saya suatu kenyataan suatu hari nanti. Saya juga set masa untuk saya, ye dalam tempoh berapa lama untuk saya menukar angan-angan saya menjadi kenyataan. Apa strategi yang saya perlu guna dan apa plan kecil saya untuk saya capai plan besar. Saya ada plan A hingga Z saya bukan sekadar 2 atau 3 pilihan. Yes struggle is real.
Yes struggle is real, weekend? Setiap sabtu saya hadir kelas belajar bab kewangan, bab mengenal manusia, cara berurusan, cara manage business, pelaburan, juga ilmu tauhid, kenal siapa diri sendiri? Saya ingat kata-kata pelaburan yang terbaik adalah pelaburan untuk diri sendiri. Saya mula bekerja di syarikat airline dari tahun 2009, dan saya mulakan pelaburan untuk diri sendiri belajar ilmu demi angan-angan saya sejak 2012 sehingga 2016. 4 tahun saya pulun hadir semua kelas pada hujung minggu. Yes struggle is real. Saya ganti waktu dengan keluarga hari ahad dan waktu malam. Memang perit kadang terpaksa dengar kata-kata sindiran dari kawan-kawan dan juga mereka yang terdekat. Saya sejenis manusia yang lagi ditekan, lagi saya akan bersemangat waja. Bila mereka kata saya tak mungkin berjaya, saya diam dan dalam hati membara YES, saya akan buktikan saya berjaya!
Harini segala usaha dan doa saya tercapai, Percayalah Allah aturkan yang terbaik buat kita semua, kenapa? Sebab Allah sangat sayangkan kita. Cuma kita kene berserah sepenuhnya padaNYA. Hari ini saya tenang bangun pagi, lepas hantar anak ke sekolah saya boleh jogging dipantai dulu sebelum masuk office di rumah sendiri. Waktu kerja yang jauh lebih teratur dengan kehidupan yang balance. Waktu untuk meninggalkan the struggle.
Income yang jauh lebih dari waktu bekerja dan saya boleh mengatur waktu kerja saya sendiri. Saya pindah dari Selangor ke Terengganu, balik tinggal dikampung yang jauh lebih tenang. Hijrah paling besar dalam hidup setakat ni. Saya juga seronok dapat hadir kelas pelajari Al-Quran, masih dalam proses belajar tajweed dan betulkan makhraj. Cuba sebaik mungkin sampaikan ilmu kewangan dan pelaburan kepada mereka yang mencari di google. Pasti google bawa ke hidayahwan.com
Berangan lah dulu tidak salah. Dalam masa yang sama berusaha sungguh-sungguh. Bagi tempoh masa pada diri untuk angan-angan bertukar menjadi kenyataan. Doa dikurniakan yang terbaik untuk diri sendiri. Saya doakan siapa yang tengah struggle seperti saya dulu, agar capai impian dalam masa terdekat. Klik sini ye https://IwanttobeUTC.wasap.my
HidayahWan