Cara Mudah Buat Duit Tepi Secara Online

Cara buat duit tepi secara online ni sangat mudah. Ada 3 cara yang saya kan kongsikan kali ini. Cara ni semua dah terbukti memberi duit tepi kepada mereka yang dah tahu. Pssttt jangan terkejut, ada cara yang mungkin ada diantara kita dah tahu tetapi tak percaya yang cara tersebut terbukti. Jom saya bongkarkan satu per satu. Ada 3 cara yang saya akan bongkarkan kali ni, lepas ni jangan cakap saya tak payung tau.

Rekabentuk Poster Untuk Dijual

Reka poster yang cantik dan menarik untuk dijual. Zaman 2023 ni semua dah guna canva untuk siapkan slide, poster, kad, kalendar dan macam-macam lagi. Caranya mudah, kita perlu buka akaun canva dan siapkan beberapa siri poster. Sebelum tu sila pilih tema poster yang nak disediakan. Saya rekemen profesional dan juga kartun comel. Professional untuk para pelajar hingga pekerja guna di universiti dan tempat kerja, manakala kartun comel untuk kegunaan para guru sebagai bahan pembelajaran.

Koleksi poster ni nak kene design dari scratch ke? Pssttt tak perlu meh saya reveal rahsia, jangan bgtau orang lain tau, yang baca artikel saya saja tahu ok? janji! Buka akaun canva pro, bayaran kurang dari RM30 sahaja sebulan. Pilih koleksi yang berkenan dihati dan ubah mengikut citarasa sendiri. Pilihan warna dan jenis tulisan serta gambar yang bersesuaian. Jadikan pattern koleksi sendiri sebelum dijual. Mudahkan? Dah tahu satu cara mudah untuk buat duit tepi secara online.

Rekabentuk layout Instagram untuk dijual

Instagram adalah salah satu platform yang digunakan oleh kebanyakan kita yang berniaga secara online. Perasan atau tidak layout instagram peniaga atau influencer cantik dan tersusun. Kan??? Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang blur tak tahu ye? Tak pe saya bgtau rahsia mereka. Ada layout yang tersedia yang mereka gunakan untuk menjadikan akaun instagram mereka nampak menarik dan tersusun. Mana mereka dapatkan layout ni? Caranya mudah je, sama ada mereka menyusun atur sendiri ataupun menggunakan layout. Ada banyak design layout instagram yang boleh dibeli secara online. Permintaan kepada layout in style ni sangat tinggi. Ada layout yang sama tetapi penggunaan font dan warna tema yang berbeza.

Jadi untuk kita menjana duit tepi secara online yang mudah, caranya adalah sediakan template layout yang menarik. Tak tahu nak design, mudah copy cara yang saya reveal di bahagian canva di atas sahaja. Mudahkan? Next yang perlu kita tahu adalah nak market kan dimana layout insta ni? Rahsia besar untuk yang belum tahu, sila buka akaun jualan di etsy.com. Upload koleksi layout yang dah dibuat dan sedia untuk dijual. mudahkan cara buat duit tepi secara online? Dah tahu 2 cara buat duit tepi secara online.

Share Ilmu Pelaburan di SocMed

Kalau kita boleh buat 2 cara untuk dapat duit tepi yang saya share diatas. Maknanya kita dah sediakan poster dan juga layout instagram yang tersusun dan menarik. Apa kata kita gunakan untuk akaun SocMed kita juga? Aha dah ada poster dan layout cantik, boleh la share ilmu yang berguna untuk bahan tatapan nitizen kan. Saya rekemen, kita share ilmu pelaburan secara santai, bukan sekadar bahan bacaan tetapi boleh dipraktikkan oleh mereka yang membaca. Macam mana nak share kalau sendiri pun tak tau ilmu pelaburan?

Relax, daftar sebagai Perunding Unit Amanah dengan HidayahWan, kami sediakan banyak bahan bacaan diplatform online. Nak faham pun mudah kerana ada kelas pembelajaran santai dengan geng HW Agency secara online. Tiada batasan untuk team kami di semenanjung mahupun di sabah dan sarawak. Training dari pihak syarikat juga banyak disediakan secara online. Bagaimana duit tepi dijana? Kita akan dapat komisyen dari pelaburan mereka dan passive income dari pelaburan berpanjangan mereka. Namun kita perlu jadi Perunding Unit Amanah yang berkaliber untuk memastikan pelaburan pelabur kita untung. Nak tahu lanjut komisyen Perunding Unit Amanah? sila klik sini untuk sesi temujanji secara online. Rahsia ni HidayahWan tak boleh reveal disini kerana ada rules and regulation yang perlu HidayahWan ikut ye.

Kenapa HidayahWan share tentang cara buat duit tepi secara online kalini, adalah untuk menjawab soalan dari ramai yang nak jadi Perunding Unit Amanah, tetapi tidak tahu cara market atau cara untuk dapatkan pelabur. Sebenarnya itu adalah langkah permulaan dalam circle business iaitu Prospecting. Langkah pertama ni sebenarnya sangat mudah untuk dipraktikkan secara online dengan cara yang HidayahWan reveal diatas tadi? Semoga bermanfaat

Terima Kasih

HidayahWan

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

I’m HidayahWan

She now happy coaching people to build healthier portfolio with better investment planning. More than 12 years experience not just in unit trust investment. She currently managing worth more than RM 20 million of investments from investors and 50 Business Partner in HW Empire. Actively looking for Investment Advisor.

Let’s connect