Nasihat AKU yang berumur 30an semasa AKU berumur 20an tahun

Pernah terfikir, untuk nasihatkan diri sendiri semasa muda dulu? sekarang dah berumur 30an, nak sangat aku nasihatkan diri sendiri semasa saya berumur 20an. Selepas 10 tahun atau mungkin 15 tahun, aku dah nampak kesilapan semasa muda aku, ish kenapalah aku buat keputusan tanpa fikir panjang? kenapalah aku tak pergi belajar kelas ilmu kewangan ni dulu. Padahal dah register, sebab malas bangun pagi ahad je. Ruginya 10 tahun aku berlalu dengan sia-sia.

Pernah dengar, siapa aku sekarang yang menentukan siapa aku 5, 10 tahun akan datang? Dengan siapa aku berkawan, buku apa yang aku baca, hobi apa yang aku lakukan? Perbualan apa yang menjadi topik aku? Amalan apa yang aku amalkan? Pegangan macam mana yang aku pegang? Ini antara point penting yang menjadikan siapa aku dalam jangka masa 5 ke 10 tahun akan datang?

Kenapa bukan 1-2 tahun? Pertama konsisten dan disiplin itu sangat penting.

Kedua, masa dan sabar itu yang menentukan.

Point nasihat penting buat diri AKU:

  1. Dengar dan fokus apa yang orang cakap kepada aku, dengar lebih banyak dari bercakap.
  2. Katakan NO kepada sesuatu yang tidak layak untuk aku
  3. Berkawan rapat dengan mereka yang sudahpun berjaya, mempunyai matlamat hidup dan ada cita-cita yang besar dalam hidup.
  4. Siapkan 1 benteng diri agar tidak dipergunakan oleh sesetengah pihak atas kebaikan diri aku.
  5. Jujur dalam kehidupan, bercakap dengan tepat tentang apa yang aku maksudkan dan maksudkan dengan tepat dalam kehidupan.
  6. Perhatikan siapa dibelakang aku dan yang selalu berdamping memberi sokongan kepada aku.
  7. Kalau aku dah betul-betul bekerja keras untuk diri aku, aku sudah ada kebebasan masa dan wang.
  8. Jangan ambil kira dengan kata-kata orang tentang diri aku, kerana yang lebih kenal diri aku adalah aku.
  9. Hormat diri sendiri dan jangan sesekali bertolak ansur dengan mereka yang tak hormat aku.
  10. Kehidupan aku akan lebih teruk dan sengsara jika konsep nya, tak apa esok ada, buat esok je. Pegang konsep buat sekarang seolah tiada esok untuk aku.
  11. Kehidupan aku adalah tanggungjawab penuh diri aku, jangan sesekali salahkan keadaan atau orang lain untuk kesilapan diri aku sendiri.
  12. Buat silap untuk adalah normal, janji aku ambil iktibar dan tidak ulang kesilapan sama kali ke2. Masa bersendiri itu berharga.
  13. Jangan menyalahkan takdir untuk masa lepas, dan jangan sekadar berangan untuk masa depan. Fokus hari ini untuk capai impian aku.
  14. Jangan sesekali membuat andaian sendiri tanpa mengetahui hal yang sebenarnya.
  15. Fokus dan konsisten, kehidupan aku bukanlah diukur dari apa yang aku capai dan apa yang aku atasi. Tetapi apa yang aku pelajari darinya.

Dah habis baca? Apa tindakan AKU? Bertindak sekarang. Semoga bermanfaat

Terima Kasih

HidayahWan

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

I’m HidayahWan

She now happy coaching people to build healthier portfolio with better investment planning. More than 12 years experience not just in unit trust investment. She currently managing worth more than RM 20 million of investments from investors and 50 Business Partner in HW Empire. Actively looking for Investment Advisor.

Let’s connect