Ini punca Pelaburan Unit Trust saya RUGI

Melabur di unit trust ni orang duk kata untung je. Dah tu hak saya ni rugi kenapa? Kadang Sis Ida dapat pertanyaan macam ni, susah nak jawab selagi tak tengok report pelaburan penuh pelabur tersebut.

Bila nak tengok, then selalunya Sis Ida tahu jawapannya. Bahasa mudahnya kerana pelaburan si dia tiada strategi pelaburan yang jelas. Pelaburan unit trust ni sama je dengan kerja apa pun yang kita lakukan. Kita buat secara semborono memang berbezalah resut compare dengan yang ada strategi yang jelas kan. Pengalaman dalam industri ni yang lebih kurang 10tahun secara serius. Ini adalah punca kenapa pelaburan unit trust boleh RUGI, sedangkan orang lain UNTUNG BERGANDA.

Salah Pilih Fund

Salah pilih fund ni, umpamanya salah dari awal lagi. Kebanyakan pelabur tidak tahu cara pilih fund yang betul. Disinilah sebab utama kenapa pelabur perlu pilih unit trust consultant yang betul. Sis Ida bagi hint ye, pemilihan fund bergantung kepada objektif pelaburan pelabur itu sendiri. Yang mana objektif pelaburan pelabur mesti sama dengan objektif fund tersebut. Barulah match gitewww.

Melabur Sebab Ikut Kawan

Konsep ikut kawan, ikut tips kawan kepada kawan, atau consultant kawan. Umpama dengar cerita sekerat tapi assume dah dengar habis. Pastu kawan untung, si dia tak untung. Patutnya dah ikut mestilah sama-sama untung kan. Ye sama-sama untung, jika dengar cerita keseluruhan, bukannya sekerat jalan ye. Janganlah jadi sebahagian mereka yang melabur di unit trust rugi.

Nak Untung Cepat

Ini masalah dari azali sampailah sekarang dan tidak akan pernah tertinggal, inilah sebab utama mereka yang melabur nak untung secepat keesokan hari. Padahal dia faham yang dia sendiri belum tentu bernafas esok hari kan? Atau dia buat-buat tak ingat. Mana mungkin melabur untungnya semalaman sahaja. Melabur ini perlu masa dan proses. Sedangkan ayam belum tentu esoknya bertelur, apatah lagi pelaburan kita untung atau rugi. Kalau dah betul untung semalaman, sudah tentu kesemua manusia didunia ini KAYA RAYA. Tak gitew? Elok nak untung, dah kenapa pelaburan unit trust saya RUGI.

Nak Melabur Sendiri TAK NAK BAYAR fee kat AGENT

Ni sebab palling WIN, kenapa pelaburan unit trust saya RUGI. Dengar webinar, live, tiktok bagitau boleh invest sendiri. Dia terus google tengok video kat utube (padahal video Sis Ida https://www.youtube.com/user/hidayahwanwh/videos) pastu register dan terus transfer duit. Secara automatik, si dia buat kesalahan no 1 sampailah kesalahan no 3. Jangan macam ni, sebab fee yang dikenakan oleh syarikat unit trust adalah sama je, walau menggunakan khidmat agent ataupun tidak.

Berbincanglah dengan unit trust consultant, cerita saya nak melabur untuk beli rumah, contohnya. Saya boleh simpan RM300 sebulan macam mana caranya, sila guide saya. Berapalah sangat 3% dibandingkan dengan keuntungan berGANDA. Tak cukup degan itu, dapat pulak FREE TAKAFUL.

Sila baca sini https://hidayahwan.com/2021/08/18/apa-ada-dengan-pelaburan-unit-trust-public-mutual/ dan klik la link ni https://BlogHidayah.wasap.my untuk berhubung dengan Sis Ida Unit Trust Consultant terbaik anda.

Semoga Bermanfaat

Sis Ida

Cut Loss di Unit Trust ada ke?

Petang ni saya nak explain pasal cut loss. Apakah itu? Cut Loss ni adalah 1 term dalam TRADING dan istilah ini TIDAK ADA DALAM INVESTMENT. Trade dan Invest itu adalah 2 benda yang jauh bezanya dan semestinya strateginya pun juga jauh bezanya walau ada persamaannya.

TRADE – Berdagang dalam masa singkat

Ok jom kita tengok dulu apa maksud trade, trade ni diguna pakai untuk saham, forex dan bitcoin. tidak ada istilah trade dalam unit trust. Kita trade untuk untung dalam masa terdekat. Tempoh masa 30minit, 1 ke 2 jam sahaja. 2 hari dah cukup lama untuk trade. Namun ada yang trade guna konsep hope sampai berbulan-bulan. Ini dah salah konsep dan tidak akan jadi betul. Risiko trade lebih tinggi, kerana kita ada peluang untuk hilang wang trade 100%. Ye hangus semua modal kita. Mereka yang gelar diri trader, mesti pernah merasa rugi dan untung dalam perdagangan mereka.

INVEST – Melabur dalam masa panjang

Invest pula ambik masa yang lama untuk dapat ROI yang berganda-ganda. bukan setakat 10-50% tetapi selalunya 200-300%. Namun tempoh yang lama, berapa lama? bukan berbulan tapi bertahun, ye bertahun. Melabur ni sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerja atau business tetapi nak duit mereka berganda melebihi inflasi. Mereka memilih melabur kerana tiada masa untuk menyemak dan memerhati kenaikan dan penurunan harga seunit pelaburan mereka. Invest di saham pun ada cuma pemilihan saham yang lebih stabil dan premium disimpan dalam tempoh at least 6 bulan ke bertahun.

Cut Loss

Ini perkataan yang popular dikalangan mereka yang trade, dan confirm RUGI. Cut Loss adalah tindakan menjual kesemua saham pada harga rendah supaya kerugian tidak bertambah banyak. Teknik ini dilakukan apabila berlakunya situasi yang tidak dijangka dan trader tidak mampu untuk hold saham mereka dengan lebih lama yang selalunya akibat ketiadaan cash tetapi munggunakan LIMIT yang diberikan. Lebih teruk kalau ada yang menggunakan MARGIN. Dalam keadaan takut selalunya trader akan cutloss pegangan saham mereka.

Namun investor faham tiada istilah cut loss dalam invest. Kerana bila berlaku penurunan harga, itulah peluang terbaik GEBABOM untuk tambah pelaburan. Konsep untuk untung di unit trust hanyalah dengan merendahkan average cost secepat mungkin. Dan teknik membeli fund unit trust berpotensi pada harga rendah, kemudianya menambah lagi pelaburan pada harga yang lebih rendah adalah yang terbaik. Walaupun pada ketika itu kerugian pelaburan menunjukkan -20 mungkin 30%. Kenapa konsepnya sangat seram? inilah dia risiko tetapi saya panggil peluang untuk membuat untung lebih banyak.

Disaat orang semua takut, kita tamak menambah pelaburan. inikan ayat warren buffet? Dia adalah bapa pelabur bukan trader. Sebab itu penting untuk ita faham konsep dan strateginya.

Dimana SILAPnya.

Sesetengah dari kita tidak faham dan tidak tahu beza trade dengan invest. Maka konsep invest dan trade dicampur aduk. Lebih teruk dikatakan semuanya sama. Percayalah, mereka yang faham sebegini tidak mungkin berjaya dalam trade ataupun invest. Confirm GAGAL. Kenapa? Perumpamaan drive kereta axia tapi nak selaju lambo. Dan drive lambo tapi nak perlahan seperti axia. Tidak menggunakan benda ditempat dan cara yang tepat.

Namun 99% pelabur saya faham bila saya terangkan bab ni, tetapi tidak boleh explain pada orang lain. Kerana itu, bila ada kawan mereka yang tanya, mereka terus mintak tanya direct kepada saya.

Nak saya terangkan details, sila klik sini https://BlogHidayah.wasap.my dan kita perlu sit down secara berdepan ataupun online

Market Turun Naik ni Lagi Bagus?

Ye, market turun naik la best. Baru lah ada perubahan harga dan untung rugi kan. Cuba bayangkan market menaik je? atau statik je segaris panjang? Ha tak ke kelakor tu kan kan.

Dalam kehidupan kita pun, SITUASI PERTAMA Cuba kita tengok ye. Ada ke hidup seseorang yang bahagia ye tak ada masalah, tak ada isu langsung. Semua hal kehidupan dia mudah terurus dan langsung tiada masalah. It’s a perfect life, ada??? Tak ada kan.

SITUASI KEDUA, ada tak dalam kehidupan seseorang yang kita kenal, memanjang susah. Banyak giler masalah dia. Langsung tak bahagia. Langsung tak pernah ketawa. Murung dan kehidupan dia seolah-seolah seribu satu masalah. Pendek kata, manusia paling malang la dalam dunia ni, ada??? Pun tak ada kan.

Habis tu? kehidupan yang macam mana kita tengok dalam kehidupan kita? Situasi pertama bercampur dengan situasi kedua kan. Kehidupan yang balance ada masa yang ada masalah, ada masa yang happy go lucky kan. Itulah baru namanya kehidupan kan.

Samalah juga dengan benda lain dalam alam ni, ada turun naiknya. Dan begitulah juga market. Kita tidak boleh kawal market ni nak naik ke nak turun, samalah kita tak boleh kawal esok hari hujan ataupun panas. Inilah yang dirahsiakan kepada kita, supaya kita berihtiar untuk mendapat untung kepada kita. Sebab ada orang mengharapkan esok panas, dan dalam masa yang sama ada yang mengharapkan esoknya hujan. Kenapa harapan mereka berbeza??? Kerana keuntungan buat keduanya dalam situasi yang tidak sama. Itulah kehidupan.

Sebab itu dalam kehidupan kita ada strategi untuk bahagia kan. Ada caranya untuk kita bahagia cara kita dan ia tidak sama dengan cara orang lain. Jadi relate dengan pelaburan unit trust dan market turun naik. Untuk kita untung dalam pelaburan unit trust, kita mesti ada strategi gedabommm. Apa strateginya?

Mudah, turunkan average cost per unit sebanyak yang mungkin dan secepat yang mungkin. Soalan ke-2, adalah bagaimana caranya. Caranya pun mudah sahaja. Tambah pelaburan disaat -ve paling banyak selepas pelaburan sebelumnya. Dan ada strateginya nak tambah berapa ye. Nak tahu kene klik sini https://BlogHidayah.wasap.my dan sit down.

Kenapa saya tak inform disini??? Benda duit pelaburan setiap orang tak sama ye. Jadi macam mana saya nak inform details disini? Saya perlu tengok pelaburan awak secara details dan barulah boleh saya explain strategi buatnya. Strategi pelaburan secara general sama, tetapi untuk khusus setiap orang tak akan sama. Jadi sila jangan ikut2x dan agak2x cakap orang yang tidak memberi penerangan secara details ye. Strategi untuk Ali yang melabur RM55K untuk jangka masa 10 tahun tidak sama dengan strategi untuk Anny yang melabur RM40K dan RM500 secara bulanan untuk jangka masa 8 tahun ye.

Semoga bermanfaat

HidayahWan

OPR naik, apa kesannya kepada kita?

OPR ni maksudnya Overnight Policy Rate atau Kadar Dasar Semalaman. OPR ni penting dalam menentukan keseimbangan pertumbuhan ekonomi negara.

Erti kata lain, bila OPR tinggi, maknanya kesimbangan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sihat. Jika rendah ia adalah sebaliknya. Cuba lihat, sebelum pandemik melanda negara. OPR negara kita berada di paras yang tinggi iaitu 3.25%-3.50%. Pengaliran wang tunai dari bank ke rakyat dan sebaliknya berada dalam keadaan yang sihat. Rakyat punya income yang membolehkan mereka membayar loan (wang ke bank) dengan baik.

Bila Pandemik mula melanda, OPR mula diturunkan. Penurunan OPR adalah setiap 0.25 mata. Ia diturunkan hinggalah ke peringkat paling rendah dalam catatan negara iaitu 1.75%. Kita boleh lihat income kebanyakan rakyat terjejas dan pembayaran loan harus diturunkan jumlahnya. Caranya dengan menurunkan interest rate.

Namun, mereka yang rare mengambil peluang ini untuk mengadakan loan baru dengan membeli rumah atau kereta dengan kadar interest yang rendah. Ye interest bakal naik, dan jumlah pembayaran akan meningkat. Golongan anggun dan seksi yang pandai akan minta bank yang tawarkan loan kepada mereka untuk lock interest rate dalam ratio yang munasabah. Tidak ramai yang tahu ilmu mahal ni.

Diwaktu siapa senang, dialah raja yang boleh demand. Dimana waktu pandemik kebanyakan bank sangat berhati-hati dalam memberi pinjaman loan kepada mereka yang betul2x layak sahaja. Dan mereka yang layak ni, boleh demand jika mereka pandai.

Effect kepada kita dalam pelaburan pula macam mana? Bila OPR naik bermakna ekonomi negara sedang beralih kepada fasa yang lebih baik. Ye kestabilan ekonomi negara makin baik. Makanya pelaburan akan menunjukkan reaksi yang baik.

Waktu harag rendah, fund-fund berada di paras harga yang rendah (mudahnya tengah diskaun), Inilah waktu terbaik untuk mula melabur dan menambah pelaburan sedia ada (namun mesti tahu fund yang berpotensi yang melabur di syarikat dan sektor yang cun melecun – sila tanya consultant https://BlogHidayah.wasap.my)

Moga bermanfaat

HidayahWan

Duit Raya Anak, melabur dimana?

Selamat Hari Raya semua, dah habis beraya? atau kita kerja dulu. Weekend kita sambung beraya dengan kawan-kawan pula. Banyak undangan open house dan kenduri beratur tu nampaknya.

Musim raya ni, duit raya sinonim sungguh dengan anak-anak kan? Kemain seronok mereka duk kira duit raya. Apa nak buat dengan duit raya anak? simpan di bank? beli emas? beli bitcoin? atau melabur di unit trust dengan hidayahwan? Saya semestinya melabur duit anak di unit trust. Duit raya anak adalah duit untuk top up pelaburan anak-anak di unit trust masing-masing.

Bila cakap pasal unit trust, kita mesti tahu fund mana nak pilih. Di unit trust ada belambak funds. Macam mana nak pilih? tengok yang perform ke? tengok yang orang rekemen ke? atau pilih je mana yang berkenan, ada yang pilih ada nama shariah/islamic sebab itu yang bagus? Melabur ni kene ada ilmu asasnya sikit.

Nak melabur secara konsisten bulanan? atau secara ikut ada duit? atau secara sekali je? Pelaburan unit trust ni flexible mudah dan simple je

Pemilihan fund ni berkait rapat dengan objektif pelaburan masing masing. Jika pelaburan duit anak yang baru berumur 3 tahun, target nak ada RM100K bila dia berumur 17 tahun nanti. Soalan yang akan saya tanya:

  1. Nak simpan berapa permulaan?
  2. Bulanan nak simpan berapa? atau nak ambik skim simpan bila ada sahaja?
  3. Berapa tahun nak simpan?
  4. Berapa banyak nak ada nanti?

Dah ada semua jawapan ni, barulah boleh match dengan fund mana? Pendek kata pelaburan di unit trust ni, pemilihan fund mesti match dengan objektif pelaburan kita. bukan pelaburan orang lain, sebab tu tak boleh ikut tips orang lain. Sangat penting dapat consultation dulu sebelum melabur ye. Nak hidayahwan consultant? klik sini https://nakmulamelabur.wasap.my terus inform sila consult untuk saya mula melabur di unit trust, saya nak melabur duit raya anak pun boleh.

Kalau consult kene bayar ke? dengan Hidayahwan TAK PERLU BAYAR, ye FREE ye FREE walaupun guna duit dendiri atau menabung duit raya anak.

Kalau saya melabur sendiri, saya jimat caj ke? TIDAK, caj yang dikenakan oleh syarikat unit trust adalah sama sahaja. Guna khidmat consultant atau pun tidak ye. Jadi kenapa nak pening dan melabur tanpa tahu details? Dah la melabur tu duit raya anak.

Nak melabur di fund yang melabur ke syarikat gergasi ni? Melabur duit raya anak ke syarikat besar ni?

Melabur di fund yang invest ke syarikat ini guna duit raya anak

Macam mana nak pilih? ke nak letak sikit sana sikitsini? Dah tu nak ada berapa funds? kenapa nak ada 1 fund atau lebih dari 1 funds? Semua ni saya consult ye. Online appmt melalui zoom dalam masa 20 minit sahaja untuk saya guide details, MUDAH kan?

Salah satu tabung duit raya anak

Saya pernah melabur sebelumni? Saya nak melabur dan jana pasif income juga? sila klik sini dan inform saya nak jadi UTC https://IwanttobeUTC.wasap.my

Tabung Duit Raya Anak

HidayahWan