Market MERUDUM, Ini 5 nasihat pakar kewangan untuk….

Saya baru mula melabur di Unit Amanah tahun lepas, pelaburan saya negatif. Apa perlu saya buat? Sejujurnya saya tak faham tentang pelaburan ni… nak untung je. Saya melabur selepas baca beberapa posting di social media, beberapa buku pelaburan dan juga selepas hadir beberapa kelas pelaburan.

Tetiba saya teringat kenyataan dari Warren Buffet bertahun yang lalu “Try to be fearful when others are greedy and greedy only when others are fearful.” Cuba jadi takut bila semua orang tamak dan jadilah tamak bila semua orang takut. Elakkan metaliti beli bila harga rendah.

Kerana itu, apabila DOW JONES jatuh menjunam, maka inilah masanya untuk saya mula letakkan wang yang lebih banyak di pelaburan. Tapi macam mana, saya tak nak rugi….. ofcozzz nak untung sahaja. Ini 5 nasihat dari pakar kewangan:

    1. FIKIR Melabur… MELABUR…. MELABUR… bila ada penurunan harga aka merudum seperti sekarang…..ia umpama diskaun yang BANYAK sehingga 70%. Bila ada jualan MURAH diskaun sehingga 70 % di mall, kita akan serbu mall betul tak? Begitulah juga dengan pelaburan, belian banyak pada waktu diskaun.Masih baru dalam bidang pelaburan dan tidak punya banyak wang untuk dilaburkan, saya tidak mahu jadi seperti menangkap pisau yang jatuh, tak mahu tangan berdarah parah. Melabur di unit amanah dan tanyalah perunding unit amanah yang lebih tahu.

2. Walaupun ada yang PANIK, masih ada yang tidak terkesan dengan mereka yang panik.Apa yang menakutkan saya untuk tambah pelaburan di unit amanah adalah kerana kesan COVID 19 ni belum pernah terjadi sebelum ini. Jadi macam mana saya nak tahu kesannya kepada pelaburan unit amanah saya nanti. Berapa banyak kejatuhan akan berlaku dan bila ia akan kembali pulih?

Namun saya teringat kata kata Jaren Machen seorang perancang kewangan yang di iktiraf oleh Black River Capital, turun naik harga adalah kejadian biasa dalam pasaran saham dan juga unit amanah. Betul la kan, kalau tiada pergerakan harga turun naik bukan saham atau unit amanah la pulakkan….. kita tak boleh mengawal pergerakan harga, tetapi kita boleh kawal cara kita melabur bila kita faham konsep pelaburan.

Sebelum kes covid 19, ada beberapa kes sebelumni contohnya ke 11 September, SARS, H1N1, dotcom bubble. Krisis sebelum ini menunjukkan penurunan harga pasaran berlansung beberapa hari, bulan, tahun. Namun selepas itu, pasaran mula menaik dengan sangat memberansangkan dan memberi gajaran pulangan kepada pelabur yang sabar semasa proses krisis.

coronavirus

3. Saya TIDAK perlukan wang ini sekarang. Salah satu soalan yang ditanya oleh perunding unit amanah berkaliber adalah bila saya bercadang untuk menggunakan wang ini, sebelum ia dilaburkan? Sebagai pelabur merancang bila untuk menggunakan wang yang diaburkan adalah SANGAT PENTING. Mesti ada objektif yang saya tidak perlu wang ini sekarang. Saya mahu wang ini dilaburkan dalam jangka masa panjang dan saya boleh menunggu dalam tempoh yang sederhana dan panjang.

Wajib ingat, strategi pelaburan saya adalah untuk jangka masa panjang untuk membina satu portfolio pelaburan unit amanah dan saya tidak perlukan wang itu sekarang.

Bila mula membina pelaburan jangka masa panjang, saya bakal mengharungi krisis ekonomi dan penurunan harga pasaran dan saya tidak akan khuatir dengan semua ini. Sepanjang proses krisis juga saya akan bertenang dan sibukkan diri dengan menambah pelaburan saya. Kemudian saya menunggu masa pasaran akan mula menaik secara memberangsangkan.

Market merudum 2020

4. Bukan semuanya RENDAH!!! Satu benda pelabur baru seperti saya tidak menyedari bahawa hanya SESETENGAH saham yang RENDAH. Dalam masa yang sama ada sesetengah saham yang sedang meningkat naik. Sesetengah saham mendapat faedah daripada penularan wabak.

5. sabar! SABAR!! SABAR!!! Nasihat dari mana mana pakar kewangan hanyalah 1 iaitu dalam pelaburan sabar itu tersangatlah penting. Tiada siapa tahu pasaran akan serendah mana? Seteruk mana? Sebagai pelabur saya tidak dapat mengawal pasaran, namun saya perlu tahu dan berpegang kepada strategi pelaburan saya yang sedia ada dan yang dah saya bincang dengan perunding unit amanah saya sebelum ini.

30 % adalah di simpanan yang tidak jatuh dan selebihnya dilaburkan. Bila mana pasaran tengah menurun, saya mesti terus melabur dan menambah pelaburan saya bagi memaksimakan keuntungan saya nanti.

Impact dari virus

Saya hanya perlu sabar, pasaran akan sentiasa bergerak turun nak naik untuk jangka masa yang lama lagi. Masih perlukan penerangan lanjut hubungi perunding unit amanah http://bloghidayah.wasap.my/ untuk temujanji secara dalam talian atau berdepan.

 

 

Mula melabur dan menang iPhone 11 ?

Awak pakai IPHONE kan? Ya.
Kalau awak nak search pape, awak guna GOOGLE tak? Guna.
Laptop awak mesti guna MICROSOFT kan? Aah.

Screenshot 2019-11-18 at 9.03.06 PM

Awak rasa saham semua syarikat ni buat untung tak?
Mestilah.

Berapa ek?

Kenaikkan saham semua syarikat ni 100% sejak 2015. Maknanya, setahun lebih 10% kan? Awak pernah tak terfikir nak labur dalam syarikat ni?Pernah. Mesti best kan. Tapi mesti mahal. Memang mahal awak,

Apple satu unit USD244 (RM930)
Microsoft satu unit USD143 (RM600)
Alphabet satu unit USD1255 (RM5200).

Kiralah sendiri, brapa hengget modal nak kena ada kalau nak tapau semua kan?

A’ah…masak kalau nak beli. Jadi, ada cara lain tak?

Ada.. Meh Ida nak bagitau, sekarang ada 1 fund yang invest kat dalam semua syarikat tu semua. Yang lagi best, nak invest tak perlu modal besar. RM100 je minimum untuk mula. Best giler! Biar betik?!

Awak ada anak? Ada, umur 3 tahun.

Fund ni memang ngam sangat kalau nak buat education fund. Bila anak awak umur 18 nanti dah ada duit nak sambung belajar. Boleh wat jointholder.

Best ke best? Apa lagi kelebihan fund ni?
1. Patuh Shariah
2. Hanya RM100 pelaburan pokok.
3. Invest in Technology, Healthcare dan Consumer sector.
4. Umur 18 tahun ke atas dah boleh bukak akaun.

Siap ada lucky draw, boleh menang iPhone 11, Nintendo Switch lagi. Ha cepat klik http://Wasap.my/60123386770/NewFund

Pelaburan Unit Trust tu apa?

Pelaburan Unit Trust / Pelaburan Unit Amanah ?

Apa dan macam mana pelaburan Unit Amanah ni? Sama macam beli saham ke? Sama macam simpanan tetap dibank ke? Sama macam saham amanah ke? Apa beza dengan insurans?

Unit Trust adalah duit semua pelabur di kumpulkan dalam satu tabung, dipegang oleh trustee (pemegang amanah) dan didagangkan  pulangannya diberikan semula kepada pelabur.

Screenshot 2019-10-18 at 11.20.10 AM

Duit yang dikumpulkan dalam 1 dana tadi akan didagangkan untuk mendapat keuntungan. Fund manager adalah org yg bertanggungjawab untuk mengandakan dana tadi. 1 dana akan diamanahkan kepada 2 Fund Manager dan mereka lah yang perah otak sediakan planning utk gandakan duit itu tadi. Kita sebagai pelabur hanya duduk diam dirumah, biarkan mereka buat kerja untuk kita.
Erti kata lain, bila kita letak duit di unit trust ..sebenarnya kita dah amanahkan duit kita kepada fund manager ni tadi….so….SANGAT PENTING kita pilih FUND MANAGER YG TERBAIK kan….
Sikit ke banyak duit kita…tak kan sesenang nak bagi kat sesapa kan….kene lah terbukti dia gandakan….dpt awards ke….kan…
Sebab pelaburan unit trust ni adalah pelaburan yg peace of mind…kita tak perlu pikirrr duit aku hilang ke…rugi ke…kita tahu….duit tu akan berganda selepas 7-8 tahun ..faham kan
Dan bila dana yang kita pilih adalah dana patuh shariah….maka shariah advisor adalah orang yg diamanahkan utk cek…selidik dan pastikan keseluruhan wang dana itu dilaburkan di badan yg patuh shariah juga.

Biarlah mereka buat kerja mereka….itulah dia syarikat unit trust sediakan 1 platform mudah utk kita

Screenshot 2019-11-13 at 12.51.23 PM

Kemudian, kita sebagai pelabur perlu tahu kemana duit kita dilaburkan oleh fund manager tadi….
Screenshot 2019-10-18 at 11.20.35 AM
Gambar diatas terangkan dengan jelas dah utk kita. Duit pelaburan kita akan dilaburkan dibahagian yang telah ditetapkan. Untuk mengetahu secara details bab ini, sila rujuk laporan tahunan setiap fund yang boleh didapati dari laman web syarikat pelaburan.
Setiap sektor memberi pulangan yang berbeza kerana risiko pelaburan kita juga berbeza. Level risiko pelaburan dari 1 hingga ke 5. Tinggi risiko maka tinggilah juga pulangannya.

Kesimpulannya…pelaburan unit amanah ni mudah je, laburkan duit kita dan tunggu untung dapat balik kepada kita sebagai pelabur…

Faham kan. Hubungi Hidayah Wan untuk mula melabur atau tanyakan soalan.

Pelabur WAJIB TAHU mengenai ASBF

Sebelum memulakan sesuatu pelaburan, pelabur wajib tahu perkara berikut.

Pelabur adalah orang yang menggunakan duit lebihan mereka untuk digandakan.

Maksud pelaburan dari wikipedia

Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan Perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan

Komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapat hasil yang menguntungkan. Ianya tabungan atau penundaan konsumsi.

Maksudnya disini pelaburan bukanlah untuk mendapat pulangan dividen setiap tahun. Pulangan setiap tahun kepada pelabur adalah dividen yang harus dilaburkan semula. Kerana pelabur mahu hasil yang menguntungkan di kemudian hari. Pelabur tidak mahu keuntungan sedikit dijangka masa pendek tetapi pelabur mahu KEUNTUNGAN BERGANDA DIJANGKA MASA PANJANG.

Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, maksudnya duit kita dilaburkan dipelbagai bidang untuk mengoptimumkan keuntungan di jangka masa panjang.

Komitmen wang/modal

Pelaburan memerlukan komitmen wang atau modal. Pelabur tidak meminjam wang/modal dari pihak lain. Pinjaman dari pihak lain semestinya ada interest. Pelabur yang bijak akan membuat kiraan jangkaan keuntungan sebenar sebelum memulakan pelaburan.

Interest ASBF.png

Tiada istilah interest kepada pelabur bijak.

Pelabur bijak tidak akan sentuh loan untuk dijadikan modal pelaburan mereka. Menggunakan wang lebihan walau sedikit adalah jauh lebih menguntungkan walau perlu menunggu lebih lama. Tiada loan, tiada interest maka hati pun senang.

Risiko tidak mampu bayar
Bila tiada pinjaman maka tiadalah risiko tidak mampu untuk membayar. Lumrah pinjaman, mesti dibayar pada waktu yang ditetapkan. Lewat bayar, interest meningkat. Tidak mampu bayar, risiko dilabel bankrupt menunggu disana. Kerana itu pelabur bijak tidak akan meminjam untuk melabur.

Mata DSR ditarik
Debt Service Ratio (DSR), ialah pengiraan diguna oleh bank untuk mengetahui sejauh mana keupayaan peminjam membayar balik pinjaman. DSR kepada kita dibandingkan dengan jumlah pinjaman maksimum yang ditawarkan oleh pihak bank. Bila kita ada ASBF, mata akan ditolak atau dengan erti kata lain, jumlah loan yang boleh dibuat oleh kita akan berkurang. Kerana ASBF juga adalah loan kita dengan bank. ASBF akan menyebabkan mata DSR ditarik atau dikurangkan.

Pelaburan ASBF untuk jangka masa pendek.
Ada diantara mereka diluar sana, menggunakan pelaburan ABSF untuk mendapat duit dalam jangka masa terdekat iaitu 3-5 tahun. Mereka akan terminate ABSF selepas 3-5tahun dan mendapat duit cash dari dividend setiap tahun oleh ASB. Mereka mendapat lebih dari jumlah yang dibayar setiap bulan selama 3-5 tahun tadi. Berapa jumlah wang yang bakal mereka dapat? Ini kiraan anggaran.* Bayaran bulana mesti dibayar selama 3-5 tahun itu tadi dan tidak menggunakan wang dividend untuk rolling bayaran bulanan.

Jika anda mahukan wang dalam jangka masa pendek ASBF lah salah satu platformnya. Bersedia dengan risiko yang dijelaskan diatas. Untuk jangka masa panjang, carilah platform lain.

Bagaimana dengan pelaburan unit amanah?

Kenapa ASBF lebih untung dari unit trust

Ye ASBF jauh lebih untung dari unit trust. Kenapa?

Modal yang kecil

Ye dengan modal yang kecil sahaja kita boleh pilih jumlah pelaburan 50K hingga ke 200K untuk permulaan ASBF. Bayaran bulanan kita hanya berapa ratus sahaja. Kita dah jimat masa disini untuk mengumpul wang. Gunakan wang dari bank. Pilih je bank mana yang memberi interest yang menarik. Modal kita sikit dah dapat melabur dengan jumlah yang BESAR. BESTKAN.

Mudah

Kita hanya perlu pergi ke bank dan tanyakan mengenai ASBF. Soalan yang perlu ditanya adalah berapa jumlah loan yang boleh saya buat? Soalan ke 2 berapa interest rate”? Jika jawapan kepada soalan ini match dengan angan2x, maka sign form dan mulakan pelaburan.

Dividend terus dapat pada tahun pertama.

Pelaburan ASBF tiada tempoh waktu yang lama untuk mendapat pulangan keuntungan. Selepas setahun pun kita dah boleh enjoy dengan dividend dr ASBF. SERONOKKAN?

Tiada apa yang perlu difahamkan.

Untuk memulakan pelaburan ASBF tiada apa yang perlu kita belajar atau fahamkan. Hanya setuju dan sign form kerana kita semua sudah maklum, dividen ASB adalah dalam lingkungan 6-7% setiap tahun.

Bayaran terus ditolak dari bank ke ASBF

Pembayaran pelaburan juga mudah, ianya dipotong dari akaun bank kita terus setiap bulan. Kita hanya perlu pastikan duit di akaun bank kita cukup untuk pembayaran bulanan. Wahh sungguh mudah.

Jadi apa tunggu lagi? Jom mulakan pelaburan ASBF sekarang.

Ye ke pelaburan ASBF ni sungguh mudah? Apa yang seorang pelabur wajib tahu mengenai pelaburan ABSF?