Ambil tahu sebelum mula PELABURAN

Berapa banyakkah wang yang kita ada untuk jangka masa sederhana 1-3 tahun dan jangka masa panjang 3-8 tahun?

Sebelum memulakan sesuatu pelaburan, kita perlu ada simpanan tetap untu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pendek ialah 1-3 tahun dan panjang ialah 3-8 tahun. Jika kita bekerja di mana-mana syarikat dan posisi kita stabil. Maka 2 hal ini tidak perlu dirisaukan sangat berbanding dengan individu yang berniaga. Apatah lagi tahap tempoh perniagaan masih belum cecah 5 tahun.

Untuk kita yang bekerja adakan simpanan asas untuk tempoh 6 bulan komitmen bulanan kita. Contoh jika kita perlukan RM5000 setiap bulan, maka simpanan kita hendaklah dalam lingkungan RM5000 x 6 bulan = .RM30,000.00. Jangan sesekali laburkan kesemua duit simpanan ini.

Jom ngopi ( http://bloghidayah.wasap.my/) untuk tahu berapa % sepatutnya kita laburkan.

Adakah kita faham plan pelaburan?

Cara untuk fahami plan pelaburan adalah dengan membaca “master prospectus”. Setiap pelaburan yang sah disisi undang-undang Malaysia mesti mempunya “Master Prospectus” yang lengkap. Ini contoh “Master Prospectus” untuk semua fund shariah compliant di Public Mutual.

photo6197475531834894389

Details yang perlu kita tahu sebagai pelabur adalah dimana duit kita bakal dilaburkan.

Plan pelaburan

plan-pelaburan-ke2.jpg

Adakah pelaburan ini sesuai dengan kehendak kita?

Setelah kita baca “Master Prospectus” dan ianya memenuhi kehendak pelaburan kita maka pelaburan inilah sesuai dengan kita. Dalam masa yang sama berbincanglah dengan Financial advisor untuk melihat performance fund tersebut, sebelum membuat keputusan dalam pemilihan fund. Financial advisor yang hebat boleh menerangkan kepada kita cara melihat performance dan cara melihat chart fund itu tadi . Skill Financial Advisor terletak pada advise megikut keperluan kita bukan nya “salesman” yang hebat.

Apakah pulangan dari pelaburan lain lebih baik atau sebaliknya?

Pulangan dari sesuatu pelaburan haruslah lebih baik dari risikonya sendiri. Mana-mana pelaburan terutama pelaburan shariah mesti ada risiko. Cara pelaburan yang berkesan adalah meminimumkan risiko dan memaksimumkan pulangan. Caranya mudah jika kita faham konsep pelaburan tersebut. Let’s have an open discussion on this by click this link http://BlogHidayah.wasap.my

Apakah risiko pelaburan ini? Dijamin oleh mana mana badan atau sebaliknya.

Bila kita melaburkan wang kita kemana-mana institusi pelaburan. Wang kita dipegang oleh Trustee bukan oleh institusi pelaburan tadi. Institusi pelaburan ini hanya menyediakan plan pelaburan dan wang akan diberikan untuk dilaburkan jika trustee bersetuju dengan plan tersebut. Trustee berhak mengetahui risiko dan pulangan setiap pelaburan yang dicadangkan.

Apakah jangkaan pulangan dan jangkaan kerugian dalam pelaburan ini.

Sila rujuk “master prospectus” untuk mengetahui secara lebih lanjut atau berbincanglah dengan perunding kewangan kita.

Berapa lamakan tempoh pelaburan ini.

Tempoh pelaburan bergantung kepada objektif pelaburan kita. Berapa lama masa yang boleh kita pertimbangkan. mengikut RULES 72. Jika pelaburan memberi pulangan sebanyak 10% setiap tahun . Maka wang kita akan menjadi 2 kali ganda dalam tempoh masa 7tahun 2 bulan.

Adakah pelaburan ini mudah dicairkan jika kita terdesak.

Pilihlah pelaburan yang mudah dicairkan. Ada beberapa pelaburan diMalaysia iaitu pelaburan HARTANAH, pelaburan SAHAM, pelaburan UNIT TRUST, pelaburan EMAS dan juga pelaburan BUSINESS.

Hartanah adalah membeli rumah dan disewakan. Bila kita terdesak memerlukan wang, adakah rumah ini mudah dijual? berapakah tempoh menunggu duit rumah bertukar kepada wang diatas tangan kita? Jika proses penjualan berlaku secara lancar paling sekejap adalah 6Bulan. Rumah yang berharga RM500K tidak boleh dijual bilik tidurnya sahaja jika wang yang kita perlukan adalah RM100K sahaja. Kita perlu menjual sebuah rumah tadi.

SAHAM adalah kita membeli pegangan saham mana-mana syarikat yang kita mahu menggunakan akaun CDS. Membeli dan menjual disana sendiri dan ada juga yang menggunakan khidmat nasihat remiser saham. Perlu tahu remiser tidak bertanggungjawab atas kerugian dan keuntungan kita. Membeli dan menjual adalah secara terus. Untuk menjual saham perlu ada mereka yang mahu membeli. Namun sebelum membeli kita perlu ada ilmu yang cukup supaya belian saham kita memberi keUNTUNGan bukanya keRUGIan kepada kita. Saham mengambil masa 3 hari bekerja untuk  bertukar kepada wang dalam akaun CDS. Kemudian wang dari akaun CDS masuk ke akaun bank kita pula mengambil masa T+2 hari bekerja. Tempoh masa adalah lebih kurang 6-7 hari bekerja.

UNIT TRUST, Pelaburan unit trust adalah pelaburan wang ringgit. Jika terdesak, kita hanya perlu menjual berapa jumlah unit yang bersamaan degan jumlah wang yang kita perlukan melalui agent unit trust kita atau melalui mana-mana unit trust ofis atau lebih mudah jika kita ada akses kepada unit trust website kita. Penjualan boleh dilakukan secara online. Dalam tempoh T+1 wang kita akan dimasukkan ke bank yang sudah kita daftarkan diweb sebelum ini. Sangat MUDAH kan!

EMAS, Kita perlu menggadaikan emas kita untuk menukar emas tadi kepada wang. Wang adalah raja kepada semua jenis pelaburan. Apapun jenis pelaburan, ia mesti ditukarkan kepada bentuk wang ringgit. Ini lebih kepada pertukaran emas ke wang dalam tempoh masa tertentu. Kerana kita perlu membeli semula emas tadi dalam tempoh tersebut. Jika kita gagal berbuat demikina, maka emas kita akan dilelong dan dibeli oleh orang lain dengan harga yang lebih murah. Jadi pegangan kita kepada emas tadi secara automatik sudah hilang.

pelaburan emas.png

BUSINESS, Pelaburan business adalah pelaburan yang paling sukar untuk dicairkan dalam masa terdekat. Pelaburan kepada mana business memerlukan tempoh masa yang lama sehingga business tadi betul-betul berjaya. Kita seolah perlu melupakan wang yang dilaburkan tadi untuk tempoh masa 10 tahun yang pertama.

Bagaimana kita boleh memantau prestasi pelaburan kita secara berterusan.

Sebaiknya kita mempunya access ke website pelaburan untuk kita memantau prestasi pelaburan kita. Dan lebih baik jika pelaburan kita dipantau oleh Agent Unit Trust kita. dan kita hanya diberitahu keadaan semasa.

Adakah kita boleh mengubah pelaburan kita mengikut keperluan semasa kita nanti.

Pelaburan unit trust kita boleh lakukan ia mengikut kehendak kita. Namun jika kita adalah pelabur biasa di unit amanah, kita akan dikenakan charge untuk melakukan switching fund Bayaran adalah serendah RM25 atau % dari julah keseluruhan unit yang kita ada di fund sekarang. Untuk Pelabur Mutual GOLD, tiada charge yang dikenakan.

Transaksi switching fund ini juga boleh dilakukan secara online. Sangat MUDAH.

Sekian

Rancang Simpanan & Pelaburan Kita

Apakah SIMPANAN vs PELABURAN

PELABURAN adalah sebahagian dari perancangan kewangan keseluruhan kita. Kalau ada sikit kita simpan, dan kita nak simpanan yang sikit memberi pulangan yang maksima dengan pelaburan. Hidayahwan akan kupas dan memberi panduan kepada kita sebelum mula pelaburan termasuk perkara yang perlu dielakkan sebelum mula melabur.

Beza simpanan dan pelaburan adalah, simpanan umumnya kita akan dapat simpanan dan faedah. Pelaburan adalah kita mungkin dapat atau tidak dapat atau kita akan mendapat lebih banyak jauh dari jumlah pelaburan asal kita. Potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi adalah ganjaran bagi risiko yang juga tinggi.

Rancang PELABURAN KITA

rancang pelaburan.png

PELABURAN yang bijak tidak bengantung pada nasib, tetapi hasil dari perancangan yang teliti. Apabila kita mula pelaburan, jangan sesekali bergantung pada khabar angin, berita yang ditular di social media. Perlu untuk kita luangkan masa melakukan sedikit kajian atau dapatkan sesi diskus secara terbuka dengan Financial Advisor. Ini perkara yang kita perlu tau sebelum memulakan pelaburan

  1. Langkah 1: Tahu MENGAPA kita hendak mulakan pelaburan apakah TUJUAN dan MATLAMAT PELABURAN? Matlamat kewangan kita mungkin untuk membeli kereta, membeli rumah, menghantar anak-anak ke universiti. Mungkin matmalat kita untuk pergi bercuti setiap tahun bersama keluarga atau rancang persaraan yang selesa. OBJEKTIF kita pula mungkin mengekal dan memelihara kuasa membeli atau mendapat mendapatan dari pelaburan kita. Untuk meningkatkan nilai aset bersih atau mana-mana gabungan yang diatas.

MATLAMAT kita melabur simpanan kita mestilah berdasarkan jangka masa apabila matlamat kita dicapai. Selain itu, perancangan pelaburan dan simpanan kita sangat penting. Berbincanglah dengan Financial Advisor kita supaya dia boleh membantu kita untuk memastikan pelaburan kita on track. Dalam masa yang sama, kita tidak perlu pening kepala untuk monitor pelaburan kita sentiasa kerana kita sibuk dengan kerja dan hal harian kita.

pelaburan unit trust.png

Langkah2: Tahu perkara utama yang perlu diambil kira sebelum mula pelaburan. Pelaburan ialah komitmen jangka masa panjang. Kita perlu tahu kemampuan dan keupayaan kita untuk melabur sebelum bersetuju untuk mula. Apa perkara utama yang perlu diambil kira;

  • Berapa banyakkah wang yang kita ada untuk jangka masa sederhana 1-3 tahun dan jangka masa panjang 3-8 tahun?
  • Adakah kita faham plan pelaburan?
  • Adakah pelaburan ini sesuai dengan kehendak kita?
  • Apakah pulangan dari pelaburan lain lebih baik atau sebaliknya?
  • Apakah risiko pelaburan ini? Dijamin oleh mana mana badan atau sebaliknya.
  • Apakah jangkaan pulangan dan jangkaan kerugian dalam pelaburan ini.
  • Berapa lamakan tempoh pelaburan ini.
  • Adakah pelaburan ini mudah dicairkan jika kita terdesak.
  • Bagaimana kita boleh memantau prestasi pelaburan kita secara berterusan.
  • Adakah kita boleh mengubah pelaburan kita mengikut keperluan semasa kita nanti.

Kenapa penting perkara ini? Ambil tahu disini.

Rahsia PELABURAN HARTANAH?

Kenapa pilih PELABURAN HARTANAH?

Pelaburan Hartanah adalah salah satu pelaburan ASET TETAP. Pelaburan yang kita nampak fizikalnya. Rumah kan kita nampak, siap ada alamat dan geran yang mengesahkan rumah itu milik kita. Lumrah kita sebagai manusia kita sukakan sesuatu yang terzahir. Nampak jelas didepan mata. Kerana itu ramai yang sukakan hartanah.

 

 

Pelaburan HARTANAH BerDARAH??

Pelaburan Hartanah akan jadi satu mimpi ngeri atau pelaburan yang berDARAH akibat cashflow kita yang negatif. Kenapa boleh jadi negatif? Sedangkan ramai yang jadi kaya raya dengan pelaburan hartanah. Ini kerana market sewa lebih rendah dari bayaran pinjaman rumah tersebut.

hidayahwan pelaburan hartanah

Bayaran pinjaman perumahan RM5000 setiap bulan tetapi market sewa hanya RM3500 sahaja. Secara tidak langsung. Poket pelabur berDARAH sebanyak RM1500 setiap bulan selama 25-30 tahun. Kenapa begitu? Kerana harga sewa tidak akan menaik dengan jayanya dari RM3500 ke RM5000 dalam masa 5 ke 10 tahun. Jadi bersediakah kita meletakkan diri dalam kategori negatif cashflow ini selama 25-30 tahun?

 

Tidak Sedar dalam kategori NEGATIF CASHFLOW

Namun malangnya ada pelabur hartanah yang kurang bijak tidak sedar yang mereka berada dalam kategori negatif cashflow ini. Pelabur kurang bijak tetap merasakan mereka sudah ada aset, tanpa mengetahui perbezaan aset tetap dan aset mudah cair. Mereka juga mungkin tidak tahu perbezaan liabiliti dan aset. Bantulah diri keluar dari belenggu kekeliruan ini. Fahami pelaburan yang menguntungkan tanpa perlu meletakkan diri dalam kategori negatif cashflow dan mungkin membinasakan DSR sendiri di masa akan datang. Fahami ASET TETAP dan ASET MUDAH CAIR.

pelabur hartanah

Buat DUIT dengan Pelaburan Hartanah

Bismillah.

Apa itu PELABURAN HARTANAH?

Pelaburan Hartanah adalah apabila kita membeli rumah untuk menjana kewangan. Rumah yang dibeli untuk disewakan dan kita tidak perlu menggunakan duit poket untuk membayar rumah tersebut kepada bank. Penyewa membayar kepada kita, dan kita gunakan duit tadi untuk dibayat kepada bank. Jelas tiada duit poket kita digunakan disini. Pinjaman perumahan selalunya dalam tempoh masa 25 ke 30 tahun. Makanya selepas habis tempoh pinjaman tadi, rumah tersebut menjadi milik kita. Walau selepas tamat tempoh pinjaman, rumah tadi masih tetap boleh disewakan dan pada masa itu, duit sewa adalah duit poket kita. Wahhhh SERONOK kan.

Bagaimana BERMULA dengan PELABURAN HARTANAH?

Mudah, beli dan sewakan sahaja. Ya ituah caranya. Namun kita perlu tahu lokasi rumah yang strategik supaya rumah tadi “MUDAH DISEWAKAN”. Untuk mengetahui kawasan hot ini, kita perlu melakukan sedikit ulangkaji;

  1. Lawati kawasan tersebut dan lihat iklan rumah untuk disewakan. Iklan rumah sewa mesti kurang dari 3 sahaja.
  2. Lihat di semua platform internet, iklan rumah sewa mesti kurang dari 3 sahaja. Kenapa 3? Ini untuk memastikan kawasan tadi tidak banyak rumah untuk disewakan dan tidak lah perlu untuk kita bersaing dengan pelabur hartanah lain.
  3. Buat ulangkaji berapa market sewa dikawasan tadi. Ini penting untuk pastikan harga sewa sama atau lebih dari jumlah bayaran balik pinjaman perumahan kita.
  4. Kenapa mesti sama atau lebih? Ini terSANGAT PENTING supaya CASHFLOW kita POSITIF.

Jom Kita KIRA supaya CASHFLOW POSITIF

Contoh selepas ujikaji dah dibuat. Kita pun buat keputusan untuk BELI rumah tersebut. Katakan pinjaman harga rumah tadi RM350,000. Berapakah jumlah pinjaman bulanan yang kita perlu bayar?

Hidayahwan Pinjaman perumahan

Ok Sekarang berapa sewa rumah dikawasan tadi, jika bayaran sewa RM2300 dan keatas maka jawapannya YA, BELI dan SEWAKAN lah rumah tadi. Apa jadi jika bayaran sewa kurang dari pinjaman perumahan? Baca artikel ini.

 

Komisen Agent Unit Trust

Ramai yang tanya tentang komisen agent unit trust, meh hidayahwan share macam mana gaya komisen agent unit trust. Mudah je, ada 8 jenis komisen semuanya dan agent unit trust ada payslip. Apa yang 8 tu, jom kita senaraikan

  1. Direct Commission – Komisen yang dibayar setiap 2 minggu kepada agent unit trust. Berapa jumlah pelaburan yang dibawa masuk akan dikira dan terus dibayar ke dalam akaun e-cash agent unit trust.
  2. Career Benefits Commission – Komisen yang dibayar selepas bulan ke-7 jadi agent unit trust. Komisen ini dibayar hasil dari jumlah pelaburan yang dibawa masuk pada bulan pertama. Contoh agent A jadi unit trust consultant pada bulan Januari 2020. Jumlah pelaburan yang dibawa masuk adalah RM50,000.00. Agent A akan mendapat komisen career benefits pada bulan Julai 2020, selain dari Direct Commission pada bulan Januari di bahagian 1. Berapa jumlah? Bayaran sampai bila? saya biarkan ia jadi persoalan dulu.
  3. Overriding Commission – Komisen yang dapat dari jumlah pelaburan dari group kita selepas berjaya ada kumpulan sendiri dan berada dipangkat kedua.
  4. Selain 3 jenis komisen, ada 5 jenis bonus. Kesemua 5 bonus ini ada kriteria yang tertentu. Apa yang seronok, bonus ni seolah eh tetiba dapat. Ha gitewwww.
  5. Year End Bonus
  6. Breakaway Bonus
  7. Appreciation Bonus
  8. Equalisation Bonus
  9. Annual Performance Bonus

komisen agent unit trust

Unit Trust Consultant adalah salah satu kerjaya freelance. dengan menjana pendapatan daripada perkhidmatan perundingan kewangan yang diberikan kepada pelanggan mereka. Kenaikan mahupun penurunan pelaburan pelanggan bakal memberi kesan kepada pendapatan agen unit trust. Jadi ianya win-win situation untuk pelabur dan juga perunding unit amanah. Ini contoh payslip komisen agent unit trust. Walaupun freelance, part time atau ful time, ada payslip. Jadi mudah untuk digunakan kalau nak buat loan beli rumah.

Namun tiada apa yang datang bergolek jika tiada usaha dari diri sendiri. Apa yang pasti unit trust consultant adalah umpama bekerja untuk bangunkan perniagaan sendiri. Dari awal strategi pelaburan kepada pelanggan adalah penting bagi memastikan pelaburan unit trust mereka memberi keuntugan dalam jangka masa panjang.

Menjadi agen unit trust adalah membantu pelabur mendapat keuntungan dalam jangka masa panjang dan memberi khidmat POWER Pelaburan kepada mereka secara berterusan.

Selain itu, bonus melancong keluar negara adalah satu bonus yang indah untuk agen unit trust. Rewards yang diberikan oleh Public Mutual setiap tahun perlu di rebut. Merehatkan minda dengan menikmati keindahan alam adalah bonus yang terbaik selepas penat bekerja. Segalanya diuruskan dan agen hanya pergi dan balik dengan gembiranya sahaja.

Hidayahwan bonus melancong

Kepada mereka diluar sana yang teringin mendapat 8 jenis pendapatan diatas dan membina passive income, klik di sini untuk sesi “ngopi” bersama HidayahWan

Terima Kasih

HidayahWan