Rancang Simpanan & Pelaburan Kita

Apakah SIMPANAN vs PELABURAN

PELABURAN adalah sebahagian dari perancangan kewangan keseluruhan kita. Kalau ada sikit kita simpan, dan kita nak simpanan yang sikit memberi pulangan yang maksima dengan pelaburan. Hidayahwan akan kupas dan memberi panduan kepada kita sebelum mula pelaburan termasuk perkara yang perlu dielakkan sebelum mula melabur.

Beza simpanan dan pelaburan adalah, simpanan umumnya kita akan dapat simpanan dan faedah. Pelaburan adalah kita mungkin dapat atau tidak dapat atau kita akan mendapat lebih banyak jauh dari jumlah pelaburan asal kita. Potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi adalah ganjaran bagi risiko yang juga tinggi.

Rancang PELABURAN KITA

rancang pelaburan.png

PELABURAN yang bijak tidak bengantung pada nasib, tetapi hasil dari perancangan yang teliti. Apabila kita mula pelaburan, jangan sesekali bergantung pada khabar angin, berita yang ditular di social media. Perlu untuk kita luangkan masa melakukan sedikit kajian atau dapatkan sesi diskus secara terbuka dengan Financial Advisor. Ini perkara yang kita perlu tau sebelum memulakan pelaburan

  1. Langkah 1: Tahu MENGAPA kita hendak mulakan pelaburan apakah TUJUAN dan MATLAMAT PELABURAN? Matlamat kewangan kita mungkin untuk membeli kereta, membeli rumah, menghantar anak-anak ke universiti. Mungkin matmalat kita untuk pergi bercuti setiap tahun bersama keluarga atau rancang persaraan yang selesa. OBJEKTIF kita pula mungkin mengekal dan memelihara kuasa membeli atau mendapat mendapatan dari pelaburan kita. Untuk meningkatkan nilai aset bersih atau mana-mana gabungan yang diatas.

MATLAMAT kita melabur simpanan kita mestilah berdasarkan jangka masa apabila matlamat kita dicapai. Selain itu, perancangan pelaburan dan simpanan kita sangat penting. Berbincanglah dengan Financial Advisor kita supaya dia boleh membantu kita untuk memastikan pelaburan kita on track. Dalam masa yang sama, kita tidak perlu pening kepala untuk monitor pelaburan kita sentiasa kerana kita sibuk dengan kerja dan hal harian kita.

pelaburan unit trust.png

Langkah2: Tahu perkara utama yang perlu diambil kira sebelum mula pelaburan. Pelaburan ialah komitmen jangka masa panjang. Kita perlu tahu kemampuan dan keupayaan kita untuk melabur sebelum bersetuju untuk mula. Apa perkara utama yang perlu diambil kira;

  • Berapa banyakkah wang yang kita ada untuk jangka masa sederhana 1-3 tahun dan jangka masa panjang 3-8 tahun?
  • Adakah kita faham plan pelaburan?
  • Adakah pelaburan ini sesuai dengan kehendak kita?
  • Apakah pulangan dari pelaburan lain lebih baik atau sebaliknya?
  • Apakah risiko pelaburan ini? Dijamin oleh mana mana badan atau sebaliknya.
  • Apakah jangkaan pulangan dan jangkaan kerugian dalam pelaburan ini.
  • Berapa lamakan tempoh pelaburan ini.
  • Adakah pelaburan ini mudah dicairkan jika kita terdesak.
  • Bagaimana kita boleh memantau prestasi pelaburan kita secara berterusan.
  • Adakah kita boleh mengubah pelaburan kita mengikut keperluan semasa kita nanti.

Kenapa penting perkara ini? Ambil tahu disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.