Kenapa pilih PELABURAN HARTANAH?
Pelaburan Hartanah adalah salah satu pelaburan ASET TETAP. Pelaburan yang kita nampak fizikalnya. Rumah kan kita nampak, siap ada alamat dan geran yang mengesahkan rumah itu milik kita. Lumrah kita sebagai manusia kita sukakan sesuatu yang terzahir. Nampak jelas didepan mata. Kerana itu ramai yang sukakan hartanah.
Pelaburan HARTANAH BerDARAH??
Pelaburan Hartanah akan jadi satu mimpi ngeri atau pelaburan yang berDARAH akibat cashflow kita yang negatif. Kenapa boleh jadi negatif? Sedangkan ramai yang jadi kaya raya dengan pelaburan hartanah. Ini kerana market sewa lebih rendah dari bayaran pinjaman rumah tersebut.
Bayaran pinjaman perumahan RM5000 setiap bulan tetapi market sewa hanya RM3500 sahaja. Secara tidak langsung. Poket pelabur berDARAH sebanyak RM1500 setiap bulan selama 25-30 tahun. Kenapa begitu? Kerana harga sewa tidak akan menaik dengan jayanya dari RM3500 ke RM5000 dalam masa 5 ke 10 tahun. Jadi bersediakah kita meletakkan diri dalam kategori negatif cashflow ini selama 25-30 tahun?
Tidak Sedar dalam kategori NEGATIF CASHFLOW
Namun malangnya ada pelabur hartanah yang kurang bijak tidak sedar yang mereka berada dalam kategori negatif cashflow ini. Pelabur kurang bijak tetap merasakan mereka sudah ada aset, tanpa mengetahui perbezaan aset tetap dan aset mudah cair. Mereka juga mungkin tidak tahu perbezaan liabiliti dan aset. Bantulah diri keluar dari belenggu kekeliruan ini. Fahami pelaburan yang menguntungkan tanpa perlu meletakkan diri dalam kategori negatif cashflow dan mungkin membinasakan DSR sendiri di masa akan datang. Fahami ASET TETAP dan ASET MUDAH CAIR.
[…] Ok Sekarang berapa sewa rumah dikawasan tadi, jika bayaran sewa RM2300 dan keatas maka jawapannya YA, BELI dan SEWAKAN lah rumah tadi. Apa jadi jika bayaran sewa kurang dari pinjaman perumahan? Baca artikel ini. […]
LikeLike