Bismillah.
Apa itu PELABURAN HARTANAH?
Pelaburan Hartanah adalah apabila kita membeli rumah untuk menjana kewangan. Rumah yang dibeli untuk disewakan dan kita tidak perlu menggunakan duit poket untuk membayar rumah tersebut kepada bank. Penyewa membayar kepada kita, dan kita gunakan duit tadi untuk dibayat kepada bank. Jelas tiada duit poket kita digunakan disini. Pinjaman perumahan selalunya dalam tempoh masa 25 ke 30 tahun. Makanya selepas habis tempoh pinjaman tadi, rumah tersebut menjadi milik kita. Walau selepas tamat tempoh pinjaman, rumah tadi masih tetap boleh disewakan dan pada masa itu, duit sewa adalah duit poket kita. Wahhhh SERONOK kan.
Bagaimana BERMULA dengan PELABURAN HARTANAH?
Mudah, beli dan sewakan sahaja. Ya ituah caranya. Namun kita perlu tahu lokasi rumah yang strategik supaya rumah tadi “MUDAH DISEWAKAN”. Untuk mengetahui kawasan hot ini, kita perlu melakukan sedikit ulangkaji;
- Lawati kawasan tersebut dan lihat iklan rumah untuk disewakan. Iklan rumah sewa mesti kurang dari 3 sahaja.
- Lihat di semua platform internet, iklan rumah sewa mesti kurang dari 3 sahaja. Kenapa 3? Ini untuk memastikan kawasan tadi tidak banyak rumah untuk disewakan dan tidak lah perlu untuk kita bersaing dengan pelabur hartanah lain.
- Buat ulangkaji berapa market sewa dikawasan tadi. Ini penting untuk pastikan harga sewa sama atau lebih dari jumlah bayaran balik pinjaman perumahan kita.
- Kenapa mesti sama atau lebih? Ini terSANGAT PENTING supaya CASHFLOW kita POSITIF.
Jom Kita KIRA supaya CASHFLOW POSITIF
Contoh selepas ujikaji dah dibuat. Kita pun buat keputusan untuk BELI rumah tersebut. Katakan pinjaman harga rumah tadi RM350,000. Berapakah jumlah pinjaman bulanan yang kita perlu bayar?
Ok Sekarang berapa sewa rumah dikawasan tadi, jika bayaran sewa RM2300 dan keatas maka jawapannya YA, BELI dan SEWAKAN lah rumah tadi. Apa jadi jika bayaran sewa kurang dari pinjaman perumahan? Baca artikel ini.