Bila sentuh bab pelaburan, semua nak untung je. YES UNTUNG bukan rugi. Tetapi ramai yang mengalami kerugian? KENAPA ?
Ramai yang bertanya soalan ni, investor saya atau pun investor yang kehilangan consultant. tak tahu mana nak refer dan dapat consult. Jawapannya mudah je, pelaburan ni ada strategi dan fasanya tersendiri. Semua pelabur wajib faham konsep pelaburan. Bila dah faham konsep, perlu tahu strategi untuk untung maksima pula.
Kenapa nak kene faham sedangkan dah ada consultant atau agent? Kerana yang melabur itu awak. Jadi kenalah faham. Mana mungkin kita tak faham tetapi kita humbankan duit beribu, puluh mahupun jutaan ringgit kan. Jangan melabur kerana percayakan agent semata-mata. Yang UNTUNG atau RUGInya diri sendiri.

FASA 1 TANAM – FASA KUMPUL CAPITAL
Secara jelas pelaburan di unit trust ada 3 fasa penting, pertama fasa kumpul capital (kalau boleh lump sum lagi superB). Kerana ramai anak muda melabur secara bulanan, jadi kita namakan dia proses kumpul kapital. Dalam proses ni, selalu investor akan cakap pelaburan dia rugi. Sebenarnya bukan rugi tetapi dia tidak faham, dia menjalani fasa 1.
Dalam fasa kumpul capital ni, saya lebih suka jika pelaburan saya nampak rugi. sebenarnya kerana penurunan harga semasa. Untung untuk saya, kerana bulanan saya auto invest dan saya dapat harga seunit lebih murah. Jadi unit yang saya kumpul adalah lebih banyak.
Tempoh proses kumpul capital ini pula, lebih pendek lebih bagus kerana kebanyakan investor tidak sabar nak tengok duitnya berganda. Selagi investor dalam proses kumpul capital, selagi itu investor belum dapat lihat duitnya berganda.
FASA 2 GROW – FASA BIAR PELABURAN BERGANDA
Serius ramai investor tidak akan sabar melalui fasa ni. Mula lah investor akan rasa tak padan la invest, letak kat sana lagi untung la, dan macam-macam lagi. Saya suka pesan kat investor saya, dah tanam pokok durian, harini tanam, 5 tahun lagi baru dia mula berbuah. Sepanjang tempoh tu WAJIBLAH SABAR. Ibu mengandung pun kene tunggu 9 bulan 10 hari kan. Pelaburan unit trust ni bukan saham. Cuba buktikan pada saya, trader yang kaya dan kekal kaya? Tak ada. Yang kaya dan kekal kaya adalah investor. Trader dengan investor tu jauhhhh sangat bezanya. Kemudian saya kupas bab ni ye.
Apa pelabur kene buat sepanjang tempoh fasa ni? Fasa ni lagi lama lagi bagus. Yelah pokok baru matang dengan dah lama matang lagi elok yang dah lama matang kan. Buahnya pun jauh lebih helok dari buah baru? SETUJU? Maka biarkan pelaburan ni melalui fasa GROW ni lebih lama dan mula tanam pokok baru.
Buka fund baru dengan jumlah pelaburan yang sama, atau lebih banyak. Pokok pertama dah mula nak membesar, tak kan nak tanam 1 pokok je. Tanamlah pokok durian ke2 dan ke3 dan seterusnya pula kan. Kenapa tak boleh tanam 5 pokok sekaligus terus? Boleh je kalau capital banyak dan mampu SABAR tengok kesemua 5 pokok melalui fasa GROW ni serentak ye. Kebanyakan investor akan cakap 5 fund aku semua pun tak untung lagi, semua duk rugi lagi. Pernah dengar ayat ni kan?

Sepanjang fasa GROW ni, mungkin investor akan melalui episod kejatuhan ekonomi dunia atau pokok terkena serangga perosak. Nak buat apa? Ini adalah PELUANG SUPERB yang BESAR. Kenapa saya cakap begitu? Kerana ia peluang untuk kita kasi BAJA SUPERB kepada pokok kita. Top up jumlah capital yang ada untuk mempercepatkan pertumbuhan dan proses pokok kita keluarkan buah.
Kan sekarang ada proses paksa pokok berbuah cepat, ha gitulah konsepnya. Peluang begini, bukan semua orang dapat. Yang dapat, bersyukurlah. Bila peluang ni di realitinya? Awal PKP 2020. Itulah dia. Yang NAMPAK peluang SUPERB dan TOP UP pada masa tu, itulah yang MENDAPAT UNTUNG MAKSIMA sekarang.
Nah sekarang jelas tentang 2 fasa ni? Mudah kan…. pokoknya faham dan sabar. Ingat pesan saya ni SABAR ITU DUIT.
FASA 3 TUAI HASIL – AMBIL IKUT KEPERLUAN
Bila dah sampai musim menuai hasil, tuailah ikut keperluan. Jangan diambil semua sekali hingga habis. Buah durian dipokok, kita ambil ikut keperluan kita kan. Kita tak kait buahnya semua sekali kan. Pokok durian ni pandai, buah yang dah masak jatuh sendiri. Maka kita kutip yang dibawah sahaja. Habis tu pelaburan ni macam mana pula? Ada yang jatuh sendiri ke riba kita ke?
Kelakarnya ayat investor ni, kita ambil la ikut keperluan. Sekarang di unit trust, mudah kita boleh set sejumlah duit yang masuk ke akaun bank kita secara bulanan ikut kehendak kita. Lebih bagus kita set jumlah distribution supaya capital dan untung dalam fasa 1 dan 2 tidak berkurang.
Kenapa tak nak berkurang? Sejumlah itu akan bersamaan dengan FREE TAKAFUL dari unit trust kepada premium investor (Pelaburan melebihi RM150K sahaja) Baca sini untuk lebih jelas.
Ha sekarang macam mana? Faham kan? Mudah kan? Senang kan bila dah faham strategi ni? Nak mula melabur atau nak re-align pelaburan saya klik sini
Pilihlah consultant pilihan yang mana satu ye. Mereka ni semua HEBAT dan FAHAM sangat tentang strategi pelaburan ni. Group kami di UWAIS AL HIDAYAH Agency lain dari yang lain. Kami suka bila investor kami faham konsep dan strategi pelaburan. Kami juga dah buat perbincangan secara online sejak 2020 lagi. Maka dimana pun investor kami, bagi kami mudah bila investor kami pun mudah untuk berbincang.

Siti Salamah : https://wa.link/ng7ypt
Nurul Saffa : https://iwannabemillionnaires.wasap.my
Hazwani : https://SayaNak2JutaASB.wasap.my/
Semoga bermanfaat.