Moratorium 3.0; Patutke ambil? Baca nasihat Ini sampai habis.

Persoalan yang ditanya oleh pelabur kepada saya sejak moratorium diperkenalkan. Moratorium adalah sesuatu yang baru kita dengar last year tahun 2021. Kesan dari pandemik covid-19 menyerang seluruh dunia.

Salah satu langkah bijak kerajaan memperkenalkan moratorium, memberhentikan pembayaran hutang pinjaman untuk tempoh 6 bulan. Mereka yang terkesan menyahutnya dengan hati yang senang.

Namun, apa yang terlindung disebalik moratorium ini, yang wajib kita tahu untuk mempersiapkan diri kita dikemudian hari. Moratorium 3.0 kali ini, rakyat Malaysia lebiih berhati-hati untuk brsetuju atau pun tidak. Maka lagi banyaklah pertanyaan masuk meminta pandangan.

Moratorium 3.0, kita sudah ada pengalaman dari moratorium sebelum ini. Jadi ini ialah beberapa persoalan untuk ditanya kepada diri sebelum katakan YA atau TIDAK untuk Moratorium 3.0 .

Adakah saya betul-betul perlukan moratorium 3.0 ini?

  1. Jika cash flow saya tak elok, maka ambiklah.
  2. Jika saya ragu-ragu nak ambil ataupun tidak, maka ambillah. Kerana orang kaya, mereka jelas dengan apa yang mereka buat. Saya ragu-ragu maknanya saya belum kaya.
  3. Jika saya boleh gandakan wang moratorium dalam medium pelaburan yang memang saya handal, maka ambillah untuk gandakan wang tersebut. Ini salah satu tindakan orang kaya kerana mereka jelas dengan tindakan yang mereka bakal ambil.

Ketiga-tiga kategori ini jelas untuk kita semua, dan paling penting tindakan susulan kita dengan moratorium ini.

Nasihat saya untuk 3 golongan ini, baca dan fahamkan ye.

Cash Flow saya tak elok

Maksud cash flow tak elok ni boleh diterangkan begini, saya ada gaji RM10,000 sebulan. Komitmen bulanan saya RM6000 sebulan termasuk semua bayaran pinjaman rumah, kereta, bil dan yuran sekolah anak. Saya ada lebihan RM4000 untuk belanja bulanan dan simpanan serta pelaburan sebelum ini.

Sejak pandemik, gaji saya dipotong sebanyak 30%, maka pendapatan saya jadi RM7000 sebulan. Duit lebihan untuk belanja bulanan hanya RM1000 sahaja jika bayaran pinjamana saya bayar macam biasa. Jadi saya wajib ambil moratorium 3.0 ni. Mungkin saya ambil moratorium hanya untuk pinjaman perumahan sahaja. Kerana saya perlu ada lebihan RM3000 sahaja lagi.

Dalam masa yang sama, duit belanja makanan dikurangkan, dan saya mula adakan tabung emergency. Suasana hari ini, tabung emergency sangat-sangat penting. Kerana saya ketua keluarga dan ada anak kecil. Dalam masa yang sama wang yang diperuntukkan untuk balik kampung dan bawa keluarga jalan-jalan, saya simpan dan laburkan di tempat yang kurang risiko. Saya hanya pindahkan wang RM1000 sebulan ke akaun pelaburan unit amanah selepas berbincang dengan unit trust consultant saya. Pemillihan dana yang handsome dengan investment strategy dari unit trust consultant saya itu buatkan saya yakin dengan tindakan saya.

Selepas setahun wang pelaburan saya akan terkumpul RM1000x 12 = RM12,000. Sejumlah ini belum lagi termasuk dengan keuntungan yang bakal saya terima. Saya dalam proses memperbaiki cash flow saya dari tak elok kepada cash flow yang handsome.

Saya ragu-ragu untuk ambil Moratorium 3.0 ataupun tidak?

Ragu-ragu disini kerana saya tidak tahu, dan tidak dapat jangka pendapatan saya mungkin terjejas ditengah jalan atau tidak. Syarikat termpat saya bekerja sudah memberi hint yang syarikat dalam keadaan yang tidak berapa sihat. Jadi saya perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati.

Saya hanya bergantung kepada pendapatan dari pekerjaan hakiki saya nan satu ini sahaja. Jadi saya bersetuju untuk ambil moratorium 3.0 seperti moratorium 1.0 sebelum ini. Dan gaji saya masih seperti biasa, ikutkan hati dah lama teringin nak cantikkan rumah yang seadannya sahaja ini.

Tetapi saya risaukan pendapatan saya dikemudian hari, maka saya berbincang dengan agent unit trust saya. Saya bersetuju untuk simpan dan labur wang moratorium ini untuk adakan tabung simpanan. Sebelum ini, saya belum ada simpanan yang boleh bekerja untuk saya. Pendek kata, gaji saya cukup makan saya sekeluarga. Simpanan ada, tetapi selalu jadi tak ada, biasalah ada je benda yang nak dibuat dengan wang tu. Pelaburan pulak, memang tak nampak la bayangnya. Celah mana la saya nak adakan duit untuk melabur pun saya tak tahu.

Jadi saya berbincang dan saya bentangkan pay slip saya dan juga list komitmen saya. Berbincang secara online dengan consultant saya, dan saya nampak ada sinar sedikit. Bukan i-sinar ye. Wang Moratorium 3.0 saya pindahkan ke akaun pelaburan untuk adakah tabung pelaburan yang sebelum ini nan hado. RM2000 (jumlah bayaran hutang rumah dan kereta) x 12 bulan = RM24,000. Saya dah adakan tabung simpan dan labur sebanyak ini.

Saya hanya perlu memindahkan wang moratorium ini ke tabung unit trust selagi gaji saya berjalan seperti biasa. Ragu-ragu saya dah nampak sinar.

Saya bijak gandakan wang moratorium

Saya pandai melabur di saham, dan saya tahu saya boleh gandakan wang moratorium saya untuk mendapat 3 kali ganda. Saya sudah spot kaunter pilihan dan jangkaan saya ye, saya akan berjaya.

Namun, dalam masa yang sama, saya pun ada juga terdetik, kalau tidak menjadi, macam mana? kerana pernah jangkaan saya hanya berjaya 50% sahaja. Kerana saya faham setiap pelaburan ada risiko yang perlu untuk saya bersetuju dahulu dengan diri sendiri.

RM24,000 ini bakal menjadi RM50,000 untuk saya langsaikan hutang rumah saya dengan cepat. Hutang rumah saya masih berbaki RM250,000 lagi. Dengan bayaran RM50,000 diatas capital, jumlah total bayaran akan jadi lebih kecil dan saya mampu jimat sebanyak 6 bulan bayaran akhir nanti.

Plan saya untuk buat begini lagi dan saya mampu habiskan hutang pinjaman rumah saya dalam tempoh yang hampir 60% lebih awal dari plan pinjaman awal. Ini kerana pinjaman perumahan saya adalah jenis flexi.

Walaupun saya rasa, saya lebih pandai namun saya juga perlu pandangan orang lain. Saya berbincang dengan agent unit trust saya, yes dia bersetuju dan mengatakan plan saya ini sangat bijak, cuma saya juga perlu ada plan B. Jadi saya bersetuju untuk diversify wang moratorium saya 60-40%. Hanya 60% saya laburkan di saham dan 40% saya laburkan di unit trust. Ini penting jika plan jangkaan saya tidak menjadi 100%. Sememangnya tidak akan berjaya 100%.

Semoga dengan penjelasan kepada 3 situasi yang berbeza ini memberi buah fikiran untuk kita membuat pilihan yang hampir tepat. Kerana tiada pilihan yang 100% tepat ye.

Semoga bermanfaat

HidayahWan

Klik sini untuk berbincang mengenai cash flow saya


https://ManageMyInvestment.wasap.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.