Punca pelaburan unit trust RUGI- Avoid ni untuk elak rugi di Unit Trust

Sejak 2 menjak ni, ramai yang contact HidayahWan ngadu kenapa pelaburan unit trust dia rugi. Tetapi HidayahWan tunjuk pelaburan investors HidayahWan untung je. Bukan takat untung, malah untung BESAR.

Yang call, wasap ngadu ni invest dah lama. Bila sebut lama, maknanya dah lebih dari 5 tahun.Mereka mula nak give up sebab tak untung mana pun. Kalau untung pun tak berbaloi dengan bertahun invest. 5 tahun invest untung tak sampai 6%, bukan invest namanya tu kan.Soalan demi soalan ditanya, macam mana investor HidayahWan untung helok je. Apa pun, HidayahWan mintak tengok statement secara online dulu. Bila dah tengok, termenung sekejap.

Kes 1 – Hanya ada 1 fund sahaja forever

Semua fund terbaik, jadi pilih je salah satu yang saya suka🤪. Silap dari awal ni.

Salah satu investment report yang ditunjuk pada HidayahWan adalah seperti dibawah ni. Si dia membuat pelaburan secara auto debit di fund yang sama selama 10 tahun. Kenapa caranya begini? Kerana si dia tidak tahu strategi pelaburan di Unit Trust. Itulah jawapannya. Macam mana strateginya? Ini rahsia besar dalam pelaburan unit trust yang HidayahWan explain kat semua investors HidayahWan😊. Nak tahu? kenalah jadi investors HidayahWan.

HidayahWan

Soalan yang HidayahWan tanya;

  1. Awak melabur ni, guna strategi apa? Si dia akan ambik masa yang lama untuk jawab. Sebab soalannya tak pernah ditanya. Dan ada jugak yang jawab, strategi syarikat pelaburan. HidayahWan jawab balik, silapnya dari awal, melabur tanpa strategi umpama pelaburan yang tiada hala tuju. Untung sikit tu syukurlah. Kalau rugi banyak? Haru
  2. Soalan ke2, HidayahWan tanya apa objektif pelaburan awak ni? Nak untung berapa %? Dalam jangka masa berapa lama? Selalunya si dia tiada jawapan untuk soalan ni juga. Jawapan mudah “entah”, saya ikut je cakap si A. Haru bila si A pun tak faham apa yang pelabur dia ni nak. Umpama awak nak minum “coffee latte” tanpa gula dan order saya nak kopi, assume orang lain faham yang kopi awak maksudkan tu adalah “coffee latte” dan awak dapat americano. Basicnya kopi itu betul, namun campurannya, rasa dan rupanya langsung tidak sama.

Kes ke2 – Nak ada semua fund tamak haloba sungguh

Tamak dalam pelaburan, nak semua fund yang ada dalam pilihan ada dalam portfolio dia. Makanya dia letak lah sikit sikit dalam fund pilihan dia. Sekali invest ambik 3 funds. Next invest ambik lagi 3 funds lain. Pastu? semua rugi, bukan sikit tapi banyak. Bila ditanya kenapa ambik bannyak fund mcm ni. Jawapannya nak diversify😢😢. Plan si dia nak ambik 30 fund ke? Simple jawapannya Entah.

Jelas lah kat sini, pelaburan si dia ni juga tiada strategi. Akibatnya rugi dan kecoh 1 malaya dicanangnya, pelaburan Unit Trust ni tak untung. Haish la awak ni. Orang lain helok untungnya. Simple dia jawab, nasib je tu🙃🙃. Jangan macam tu kawan, meh kawan dengan HidayahWan ye

Pelaburan Unit Trust yang macam mana boleh untung?

Jawapan untuk soalan ini, senang je. Pelaburan yang ada strategi dan pelabur follow strategi pelaburan dari HidayahWan dari awal sampai capai objektif pelaburan. Apa objektif pelaburan tu? “The ultimate” objektif pelaburan adalah pelabur bersara dari bekerja dan enjoy sejumlah “gaji” seperti bekerja dahulu. Lebih bagus jika “gaji” yang diterima kalis inflasi. Maknanya, pelabur ini tidak terkesan dengan kadar kenaikan inflasi dari masa ke semasa.

Ini salah satu contoh report pelaburan investor HidayahWan, yang dijaga mengikut strategi disokong oleh pelabur HidayahWan itu semestinya.

Nak tahu strategi pelaburan HidayahWan klik sini.

Nak melabur seperti pelabur HidayahWan? Cara mudah yang faham strategi pelaburan dari awal? Klik sini untuk perbincangan secara dalam talian atau berjumpa ye.

Semoga bermanfaat

HidayahWan

Pelaburan Saham

Pelaburan saham ni apa? Mungkin ramai diantara kita terlibat dengan pelaburan saham, namun masih ramai yang tidak tahu apakah ia pelaburan saham?. Pelaburan saham ni adalah bila kita menjadi pelabur di bursa saham dengan memegang saham mana-mana syarikat yang disenarai di bursa saham.

Mungkin kita pernah dengar main saham, trade saham kan. Maksudnya sama mereka membeli beberapa lot saham syarikat dan menjualnya kembali dengan mendapat keuntungan atau kerugian.

Saham ni ramai yang cakap best, cara mudah buat duit cepat. Dalam masa yang sama ramai juga yang terciduk dengan saham ni. Kerana ikut cakap orang, tidak faham konsep, dan musuh utama adalah tamak. Ini berlaku kerana individu itu tiada matlamat yang jelas dalam pelaburan saham. Mereka selalu sebut main saham. Jadi selamanya mereka bermain dengan saham- saham ini.

Bagaimana ingin memulakan pelaburan saham

Untuk melabur di bursa saham, mesti ada akaun saham dahulu. Boleh search di google cara buka akaun saham. Ada banyak pilihan syarikat security atau broker saham di Malaysia. Kos yang diperlukan untuk buka akaun saham pun murah je dan ada yang percuma. Selepas akaun saham dah tersedia, kita hanya perlu memasukkan modal untuk memulakan pelaburan saham.

Kelebihan Pelaburan Saham

Kelebihan pelaburan saham ialah, pelabur bakal mendapat keuntungan dari capital gain dan juga dividen. Capital gain adalah perbezaan harga yang dibeli dengan harga yang dijual untuk seunit saham. Bila harga yang dijual lagi mahal dari harga yang dibeli. Dividen pula ialah pembahagian keuntungan syarikat kepada semua pelabur. Keuntungan ini diberikan secara tunai ataupun secara unit saham.

Kelebihan lain, pelabur saham bakal mendapat jemputan ke Mesyuarat tahunan syarikat dan juga report kewangan tahunan syarikat tersebut.

Kelemahan Pelaburan Saham

Kebanyakan dari mereka yang terlibat dengan saham mengalami kerugian berkali-kali atau kerugian yang lebih banyak berbanding keuntungan. Ada juga yang dah untung dan kemudiannya rugi. Pelabur saham perlu ada strategi pelaburan yang lebih jelas dan pantas bertindak. Ini kerana saham memerlukan pelabur membeli saham pada harga, masa yang tepat di saham yang tepat untuk mendapat keuntungan.

Kejadian penjualan saham panik secara besar-besaran juga tidak terjangka berlaku dan ianya sekelip mata. Ini antara risiko pelaburan saham yang paing besar dan pelabur mesti bersedia untuk kehilangan kesemua modal yanng dilaburkan.

Nasihat saya pelaburan yang terbaik adalah pelaburan ilmu buat diri sendiri. Naikkan standard diri dengan menimba ilmu pelaburan dan kewangan.