Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah adalah salah satu pelaburan yang menjadi kegemaran, yang kita akan terfikir lepas pelaburan saham kan. Pelaburan hartanah ni ada satu kelebihan yang ramai orang suka. Hartanah adalah benda wujud nyata dan nampak. Kebanyakan dari kita suka, saya ada unit kat sini, saya beli 1 kondo sini. saya ada 1 banglo sini. Kan biasa dengar kan. Benda nampak dan cantik tersegam indah.

Pelaburan Hartanah banyak benda tersembunyi dan ia akan muncul tiba-tiba. Jadi untuk memiliki hartanah untuk pelaburan, semua benda yang tersembunyi perlu di ambil kira semuanya. Mudah sahaja.

Bahasa lebih tepat, kita namakan kos tersembunyi, jom kita senaraikan untuk rujukan bersama:

Kos tersembunyi level 1 – Kos sedia ada yang perlu diambil kira dalam kos pelaburan

  1. Kos selenggara rumah.
  2. Kos bil air, elektrik dan internet.
  3. Kos Pembentungan dan kos cukai

Kos tersembunyi level 2 – Kos yang tiada sekarang, tetapi dia boleh muncul bila-bila sahaja

  1. Kos baiki kerosakan rumah yang kurang dari RM10,000.
  2. Kos baiki kerosakan yang level tarik nafas panjang, selalunya tandas bocor yang melibatkan kos tinggi dan perlu dibaiki dengan kadar segera.
  3. Kos penambah baikan keseluruhan kawasan rumah, yang diwujudkan selepas mensyuarat penduduk.

Kos Nyata tapi pelabur tidak nampak, kos hutang dengan jumlah yang sangat banyak sehingga 20 ke 35 tahun. Ini adalah kos terbesar yang nyata, namun ramai yang silap dengan menganggap ini adalah hutang buik. Ia memang hutang rumah adalah hutang baik jika ia memenuhi syarat hutang baik itu sendiri.

Hutang yang baik adalah hutang yang langsung tidak menganggu cash flow bulanan atau tahunan kita, dan ia mempunya perlindungan takaful/insurans bila diperlukan.

Kebahagian pelaburan hartanah adalah, selalu rumah kita penyewa bayarkan secara bulanan. Maka cash flow bayaran disitu sungguh membuatkan pelabur hartanah tersenyum lebar.

Jumlah sewa bulanan yang dikenakan, perlu mengambil kira beberapa perkara berikut

  1. Kenaikan interest rumah yang mengikut kenaikan BLR
  2. Kenaikan service bulanan untuk unit apartment atau kondo
  3. Kenaikan bil air, elektrik dan internet.

Kebiasaanya, pelabur akan mengenakan sewa bulanan yang sudahpun mengambil kira semua jumlah ini. Namun demand dari penyewa yang nak menyewa dengan harga sedikit rendah akan berlaku. Nego akan berlaku disini bagi memenuhi permintaan dan keperluan 2 pihak.

Kesimpulan, sebelum mula terlibat dengan pelaburan hartanah. Timbal balik dulu aspek yang tersembunyi supaya tidak menangis dikemudian hari.

Terima Kasih

HidayahWan

marketcrash

Dunia Pelaburan – Pelaburan Saham

Bila sebut pelaburan, yang terfikir adalah saham. pelaburan saham kan. Sebenarnya banyak lagi pelaburan lain. Jom harini Sis Ida share tentang pelaburan. Sis Ida explain guna bahasa mudah supaya siapa yang baca boleh faham dan boleh tahu apa beza untuk 5 jenis pelaburan ni. Dan tahu pro dan contra untuk setiap jenis pelaburan. Ok jom mula-mula pelaburan di dunia ni, ada 5 jenis:

Ada berapa jenis pelaburan?

Pelaburan Saham

Pelaburan Hartanah

Pelaburan kepada Perniagaan

Pelaburan Unit Amanah

Pelaburan Emas

Kemudian wujud pula pelaburan matawang digital iaitu Bitcoin. Sis Ida umpamakan bitcoin ni scammer professional dunia. Opsss jangan marah ye.

Pelaburan Saham

Pelaburan Saham, semua faham market turun saham turun. Market naik, saham pun naik? Sebenarnya tak semestinya ye. Kenapa? Market adalah index saham sesebuah negara. Untuk setiap negara, ada beberapa saham yang menjadi index market. Bukan semua saham ye. Jadi Bila kebanyakan saham yang menjadi index ni turun, ia memberi kesan kepada kejatuhan market. Sebenarnya market tu refer kepada index sesuatu negara. Tetapi ada yang salah faham, bila saham sesebuah syarikat jatuh, walaupun dia saham tu satu je jatuh banyak, masuk news dia kata market jatuh. Inilah salah faham kebanyak dari kita.

Jom tengok sini, ini adalah saham yang menjadi index BSKL- Bursa Saham Kuala Lumpur atau KLCI.

Jika ada beberapa saham dalam list ini yang jatuh dan turun, inilah impak kepada market kita. Sedangkan ada 600++ lagi saham lain yang ada naik dan turun. Bila ada 300++ naik, akan ada 300++ yang turun. Ada yang jatuh dengan mata yang banyak dan ada yan naik dengan mata yang banyak setiap hari. Maka tidak boleh la kita cakap market jatuh, bila hanya 100++ saham jatuh, sedangkan lagi 500++ saham naik kan.

Setiap kali bila market tutup sementara waktu rehat tengahari atau petang jam 5, maka akan keluarlah list ini.

Ada saham yang aktif (Most Active), maksudnya pergerakan harga dan unit bertambah, berkurang dan bertukar tangan paling banyak pada hari tersebut.

Top Gainer pula adalah saham yang pergerakan harga menaik paling banyak. Untuk Top Loser pula sebaliknya. Namun peegerakan saham ni boleh jadi terbalik dalam masa 1 jam selepas ini. Jadi bila tengok list ni harini jam 12.30 tengahari 23/2/2023, jangan lah 2/4/2023 nanti pun kita cakap saham paling untung ATECH ye. Lepas ni siapa yang baca artikel ni dah faham ye.

Jadi macam mana cara nak melabur dan untung dipelaburan saham? Ada banyak perkara perlu dibelajar, difahami dan dikaji selidik. Cara Sis Ida, tengok institusi pelaburan melabur di syarikat/saham mana? Macam mana nak tengok?

contohnya, ini adalah keratan analisis dari salah satu institusi pelaburan unit trust yang mana, salah satu fund mereka melabur di syarikat dibawah. Itu hanyalah top5 saham untuk tempoh masa tertentu ye. Dari ini saya akan selidik, faham kan saham tersebut sebelum membuat keputusan. Nak tanya lanjut https://BlogHidayah.wasap.my

Kenapa Sis Ida refer keratan analisis dari institusi pelaburan? Kerana institusi pelaburan adalah pakar pelaburan. Institusi menyelia duit orang ramai dan juga syarikat lain yang melabur dengan mereka. Jadi pemilihan saham oleh mereka sudah tentu diselidik dan dikaji habis. Bukan sekadar anggapan, tetapi kita boleh tengok dari report yang dikeluarkan seperti diatas ini. Report ini telah diaudit terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan. Apa lagi yang perlu diragu? Saham yang mempunyai keutuhan kewangan, shariahnya dan juga business yang dijalankan.

Namun untuk pelaburan saham, walaupun sudah ada saham pilihan. Sebelum beli unit saham tersebut, saya perlu kaji nak beli pada waktu dan harga yang tepat. Part ini sahaja bukanlah mudah. Selepas beli, emosi kita memang akan terganggu dengan pergerakan harga yang cepat dan pantas. Part ini tiada siapa boleh tolong, kecuali diri sendiri. Kerana itu, jika tengok -1% pun kita dah migrain, nasihat saya lupakan sahajalah niat untuk melabur saham ni.

Banyak lagi instrumen lain yang sesuai untuk kita melabur. Kesimpulan dari pelaburan saham

  1. Pemilihan saham yang tepat, pada harga yang tepat dan pada masa yang tepat itu sangat penting.
  2. Fakta menunjukkan mereka yang berjaya dalam pelaburan saham hanyalah 5% berbanding 95%lagi tidak berjaya malah rugi dan ada yang muflis kerana melabur disaham.
  3. Punca utama adalah tidak boleh mengawal emosi, membuat pinjaman untuk melabur saham, dan mengikut tips dari kawan yang akhirnya jadi tipusss.

Saya sendiri pernah rugi RM500 dalam sekelip mata semasa kes Braxit. Dan saya juga pernah untung hampir 400% dari salah satu saham teknologi. Saya melabur dan membiarkan saham tersebut sehingga tempoh 1 tahun.

Dari sini, saya mula share ilmu pelaburan yang lebih mudah, yang semua orang boleh terlibat. Risiko yang lebih rendah kerana diselia oleh pakar pelaburan.

Baca artikel saya yang seterusnya ye. Nak berbincang mengenai pelaburan yang jauh lebih mudah dari pelaburan saham? Klik sini https://BlogHidayah.wasap.my

Next Artikel Pelaburan Hartanah.

HidayahWan

Tips menghadapi krisis ekonomi

Harini saya kongsikan tips hadapi krisis ekonomi, ini adalah dari apa yang saya belajar. Tips kalini sangat seronok untuk kita ambil tahu dan praktikkan. Pointnya adalah Tambah dan Kurang.

Jom kita kupas satu persatu. Tips ni mudah dan sangat seronok untuk difahami.

TAMBAH

Tips menghadapi krisis ekonomi yang pertama adalah tambah, apa yang perlu ditambah? Ada 4 bahagian yang perlu ditambah.

  1. Tambah Tabung Kecemasan, berapa banyak yang perlu ada untuk tabung kecemasan ni? Jumlah tabung kecemasan, bergantung kepada jumlah pendapatan seseorang berbanding dengan jumlah perbelanjaan.
    • Contoh mudah gaji bulanan RM7000
    • Jumlah komitmen bulanan RM4000
    • Jumlah tabung kecemasan mestilah sama dengan jumlah komitmen bulanan.
    • Persoalan ke2 berapa bulan perlu ada. Untuk menjawab soalan ini, kebiasaannya 3-6 bulan. Kenapa? Ini adalah tempoh seseorang akan dapat kerja lain semula dalam tempoh tersebut, Namun ada orang dia boleh jump kepada apa-apa perniagaan untuk menjana pendapatan berbanding sesetengah yang tak pernah berniaga, dan hanya akan bergantung kepada pekerjaan.

  1. Tambah Punca Pendapatan, sangat penting untuk seseorang tidak bergantung kepada hanya 1 punca pendapatan. Mulakan pendapatan ke2 walaupun sikit. Yang penting berterusan. Carilah sesuatu yang boleh memberi pendapatan sampingan (extra income) dengan cara kerja yang flexible dan tiada ikatan perlu hadir ke tempat kerja. Contoh jadi unit trust consultant secara part-time.
  2. Tambah Ilmu Kewangan, untuk diri sendiri uruskan kewangan sendiri. Bila kita dah dapat ilmu ni, penting untuk kita share dengan adik-beradik, kawan kawan dan kenalan kan. Bila kita terangkan kepada orang lain. Secara tak langsung kefahaman kita kepada ilmu tu akan jadi lebih padu kan. kan…
  3. Tambah Ilmu Pengurusan Kewangan secara kursus, kawal perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan sendiri. Caranya mudah cuma perlukan disiplin untuk ikut peraturan yang diri sendiri adakan. Ha giteww konsepnya

KURANG

Tips menghadapi krisis ekonomi kedua adalah kurang, apa yang perlu dikurangkan? Ada 5 bahagian yang perlu dikurangkan.

  1. Kurangkan perbelanjaan bulanan, caranya listkan kesemua perbelanjaan bulanan kita kemudian cuba tengok bahagian mana yang kita bayar je tapi tak guna sangat. Contoh kita langgan pek hiburan bulanan tetapi kita tengok mungkin 1atau 2 kali je sebulan. Bahagian yang macam ni, sikit banyak ada RM300-400 juga sebulan sebenarnya. Sebelum ni bayaran kita tu sedekah je ha.
  2. Kurangkan barang dalam rumah, caranya kita lihat semula barangan yang dibeli tapi tak pernah diguna atau sangat jarang kita guna. Caranya kita boleh jualkan kepada orang lain. Wang yang dapat dari hasil jualan ini, kita boleh menabung atau selesaikan hutang mana yang patut di selesaikan segera.,
  3. Kurangkan aktiviti habiskan duit, contoh aktiviti yang buat habis duit jeeee adalah makan kat tempat viral, aktiviti JJCM, Pergi shopping complex konon cuci mata. Lepas tu terbeli itu dan ini. Padahal barangan yang terbeli tu langsung tak perlu pun. Haishhh. Bab makan kat luar ni, boleh slowly ubah cuba masak-masak dirumah. seminggu sekali je makan diluar. Nak lagi jimat boleh la 1-2 kali je sebulan.
  4. Kurangkan nafsu membeli barangan kehendak, sekarang cukup mudah nak beli apa pun semua dihujung jari. Jadi macam mana caranya? un-install app tu dari hphone. Off kan semua notification dari app tersebut. Cubalah. Hidup akan jauh lebih tenang. Dari situ belajar untuk syukur sebab tak beli barang tersebut aka sebenarnya mambazir.
  5. Kurangkan kehendak dan utamakan keperluan sahaja, Mungkin kita terkeliru apa kehendak dan apa keperluan. he tetiba banyak pulak keperluan kita. Semua pun boleh jadi keperluan. Jadi listkan barangan tersebut dibahagi kepada 2 bahagian. Fikirkan betul-betul sebelum buat keputusan, Ye dah tak boleh berbelanja sesuka hati seperti sebelumni dah.

Tips yang simple dan mudah untuk diguna pakai terus. Berminat untuk membina kerjaya sampingan sebagai unit trust consultant yang ada waktu bekerja yang flexible? dan jumlah komisyen yang kita sendiri tentukan? Klik sini https://IwanttobeUTC.wasap.my

Love

HidayahWan

Kecoh duit pelanggan hilang di bank.

Kecoh duit pelanggan hilang di beberapa buah bank besar seminggu dua ni. Ada yang menyalahkan pelanggan, tidak kurang yang menyalahkan pihak bank. Sebenarnya bila semua transaksi boleh dilakukan dihujung jari, maka risiko paling besar juga hanya dihujung jari. Isu ni sudah lama, sentiasa berlaku namun ia tidak kecoh, kerana tidak dikecohkan.

Namun, sampai bila mangsa bersilih ganti jika hal ini tidak dikecohkan. Ada baiknya ia dikecohkan supaya lebih ramai rakyat Malaysia alert tentang perkara sebegini. Siapa yang salah usah dikecohkan lagi. Penyelesaian supaya kita tidak menjadi mangsa adalah perkara yang perlu dikecohkan sekarang, Setuju?

Jika Setuju, baca tips dari mereka yang pernah bekerja bank dan juga otai IT banking dibawah. Langkah permulaan yang bijak adalah seperti berikut:

  1. Merendahkan transaksi pindahan wang ke bank lain, serendah minimum yang boleh.
  2. Jika tiada keperluan untuk pindahan, sila set kan kepada zero limit.
  3. Memberhentikan transaksi ke pihak ketiga jika urusan itu sudah tidak diperlukan.
  4. Hanya set kan transaksi ini, hanya pada bila perlu sahaja. Tukar semula kepada zero transaksi sejurus selepas urusan transaksi selesai.
  5. Tukar kata laluan perbankan. Bagi reda kecoh duit pelanggan hilang.
  6. Jangan sesekali setkan kata laluan yang sama untuk kesemua perbankan yang ada. Ini memudahkan kerja hacker.
  7. Jangan sesekali “park” duit yang banyak di saving/current akaun bank. Duit sentiasa susut nilai, tambahan langsung tiada dividen.
  8. Jangan kumpul wang di akaun bank. Bagi reda kecoh duit pelanggan hilang

Seterusnya adalah langkah mereka yang bijak.

  1. Jangan menyimpan wang di tabung haji atau unit amanah dan menyediakan transaksi pindahan ke bank secara online.
  2. Penyimpanan di tabung haji atau unit amanah adalah untuk simpanan dan pelaburan.
  3. Simpan wang lebihan untuk rooling business dan emergency di e-cash public mutual.

Ramai yang tahu akaun unit trust no1 di Malaysia adalah untuk pelaburan. Tetapi sebenarnya akaun unit trust no1 di Malaysia ada fungsi lebih dari itu. Ada akaun e-cash di unit trust no1 di Malaysia yang berfungsi seperti akaun simpanan bank, iaitu e-Islamic Cash Deposit Fund simpanan wang disini berpotensi mendapat dividend setiap bulan sebanyak 0.25-0.30% pada setiap akhir bulan.

Akaun e-cash di syarikat unit trust no1 di Malaysia

Transaksi dari akaun e-cash ke akaun bank kita dan sebaliknya adalah sama, ia mengambil masa T+1. Kerana ianya bukan instant transaksi maka ia agar sukar untuk digodam. Pembatalan boleh dilakukan setelah mendapat notifikasi jika ia bukan transaksi dari pemilik akaun. Ingat, setiap isu ada jalan penyelesaiannya.

Nak tahu lebih lanjut, cara buka akaun e-cash ni, klik sini https://nakmulamelabur.wasap.my. Penerangan sehinggalah ke step buka akaun hanya mabil masa 20 minit sahaja. Kita boleh berbincang secara online di zoom atau bersemuka.

Love, HidayahWan

Market Turun Naik ni Lagi Bagus?

Ye, market turun naik la best. Baru lah ada perubahan harga dan untung rugi kan. Cuba bayangkan market menaik je? atau statik je segaris panjang? Ha tak ke kelakor tu kan kan.

Dalam kehidupan kita pun, SITUASI PERTAMA Cuba kita tengok ye. Ada ke hidup seseorang yang bahagia ye tak ada masalah, tak ada isu langsung. Semua hal kehidupan dia mudah terurus dan langsung tiada masalah. It’s a perfect life, ada??? Tak ada kan.

SITUASI KEDUA, ada tak dalam kehidupan seseorang yang kita kenal, memanjang susah. Banyak giler masalah dia. Langsung tak bahagia. Langsung tak pernah ketawa. Murung dan kehidupan dia seolah-seolah seribu satu masalah. Pendek kata, manusia paling malang la dalam dunia ni, ada??? Pun tak ada kan.

Habis tu? kehidupan yang macam mana kita tengok dalam kehidupan kita? Situasi pertama bercampur dengan situasi kedua kan. Kehidupan yang balance ada masa yang ada masalah, ada masa yang happy go lucky kan. Itulah baru namanya kehidupan kan.

Samalah juga dengan benda lain dalam alam ni, ada turun naiknya. Dan begitulah juga market. Kita tidak boleh kawal market ni nak naik ke nak turun, samalah kita tak boleh kawal esok hari hujan ataupun panas. Inilah yang dirahsiakan kepada kita, supaya kita berihtiar untuk mendapat untung kepada kita. Sebab ada orang mengharapkan esok panas, dan dalam masa yang sama ada yang mengharapkan esoknya hujan. Kenapa harapan mereka berbeza??? Kerana keuntungan buat keduanya dalam situasi yang tidak sama. Itulah kehidupan.

Sebab itu dalam kehidupan kita ada strategi untuk bahagia kan. Ada caranya untuk kita bahagia cara kita dan ia tidak sama dengan cara orang lain. Jadi relate dengan pelaburan unit trust dan market turun naik. Untuk kita untung dalam pelaburan unit trust, kita mesti ada strategi gedabommm. Apa strateginya?

Mudah, turunkan average cost per unit sebanyak yang mungkin dan secepat yang mungkin. Soalan ke-2, adalah bagaimana caranya. Caranya pun mudah sahaja. Tambah pelaburan disaat -ve paling banyak selepas pelaburan sebelumnya. Dan ada strateginya nak tambah berapa ye. Nak tahu kene klik sini https://BlogHidayah.wasap.my dan sit down.

Kenapa saya tak inform disini??? Benda duit pelaburan setiap orang tak sama ye. Jadi macam mana saya nak inform details disini? Saya perlu tengok pelaburan awak secara details dan barulah boleh saya explain strategi buatnya. Strategi pelaburan secara general sama, tetapi untuk khusus setiap orang tak akan sama. Jadi sila jangan ikut2x dan agak2x cakap orang yang tidak memberi penerangan secara details ye. Strategi untuk Ali yang melabur RM55K untuk jangka masa 10 tahun tidak sama dengan strategi untuk Anny yang melabur RM40K dan RM500 secara bulanan untuk jangka masa 8 tahun ye.

Semoga bermanfaat

HidayahWan