Perunding Kewangan

Salam, Hi Saya HidayahWan Perunding Kewangan berlesen Unit Trust dan juga PRS mempunyai impian BESAR untuk membantu anda mengandakan kewangan di unit amanah agar anda mencapai Tahap Kewangan yang anda inginkan.

Jika anda tahu dan nak ambil tahu hal pelaburan kewangan, jom join saya sebagai Perunding Kewangan yang bertauliah dengan syarikat yang berpengalaman dan GAH lebih dari 35 tahun di Malaysia. Kita sama-sama sebarkan ilmu pelaburan kepada lebih ramai orang diluar sana. https://BlogHidayah.wasap.my

Mulakan Pelaburan Unit Trust

 

Tip simpan duit dan dapat pulangan berganda-ganda. Caranya hanya perlu simpan secara konsisten setiap bulan. Kenapa setiap bulan? Bukan setiap minggu atau setiap hari?? Jeng jeng… sebab kebanyakan kita bergaji setiap bulan. Ha itu aja. So kalau awak berniaga dan dapat gaji setiap hari, bolehla buat simpanan harian.

Bagaimana untuk bermula?

Buka je akaun unit amanah dengan mana-mana syarikat unit amanah. Caranya paling mudah melalui unit trust consultant; Senarai Unit Trust Consultant. Selalunya unit trust consultant akan consult dahulu sebelum tandatangan borang. Apa yang perlu awak tahu sebelum buka akaun unit amanah. Sebagai permulaan awak perlu simpan RM1000.00 dahulu dan bolehla pilih berapa jumlah yang awak boleh simpan setiap bulan.

Berapa jumlah yang perlu saya simpan setiap bulan?

Jumlah simpanan bulanan bergantung kepada berapa jumlah yang awak nak ada dalam tempoh masa berapa lama. Unit Trust Consultant akan consult dan lakukan kira-kira untuk awak. Selepas setuju dan bolehla awak tandatangan borang yang perlu untuk buka akaun. Mudahkan.

Kenapa kene pilih Syarikat Unit Amanah

Sebelum tetapkan tempat simpanan untuk dapat pulangan berganda, disini Hidayah sarankan awak buka akaun unit amanah. Ada lebih kurang 30 syarikat unit amanah di Malaysia ni. Sebelum buka, cek dulu faedah lain yang kita dapat, selain dari dapat pulangan berganda. Ada syarikat unit amanah yang memberi TAKAFUL PERCUMA dan hadiah sampingan lain seperti cabutan bertuah dengan hadiah yang agak lumayan. Antara faedah lain yang sangat hebat adalah awak boleh buka akaun pengurusan wasiat secara PERCUMA. Ini antara faedah yang ditawarkan oleh Syarikat Unit Amanah Public Mutual.

Cara Urus Duit dan Tips Menyimpan

Bagaimana Cara Urus Duit dan tips untuk adakan duit simpanan.

Dapat gaji awal bulan, tengah bulan dah tak ada duit. Nak tunggu sampai ke akhir bulan sakitnya tu disini (tunjuk dada sendiri). Dari tengah bulan makanan kene catu. Tetapi ada kereta mewah dan pakaian semua branded.

Alamak tak kan pakai kereta honda civic baru tapi makan maggi( tepuk dahi).  Meh Hidayah kongsi cara urus duit dengan betul walaupun bergaji sikit tetapi kehidupan kita selesa malah boleh juga dikatakan senang. Mewah belum lagi ye, simpan dulu untuk beberapa tahun ni. Boleh ke?

Boleh sangat. Jom kita main kira- kira. Gaji bersih masing masing tahukan berapa.  Gaji kita berbezakan. Ok sekarang cuba kira berapa jumlah komitmen kita? Komitmen adalah sejumlah wang yang perlu kita keluarkan setiap bulan without fail. Ini termasuk loan rumah, kereta, semua bil( air, elektrik, telco, yuran sekolah anak dan insurans diri dan keluarga). Jumlah komitmen ni jangan melebihi 50% dari jumlah gaji bersih kita. Boleh faham kan setakat ini.

Langkah kedua pula, duit gaji masih berbaki 50% kan. Wahhh sekarang seronok kan sebab ada banyak duit lebihan. Aha sebelum terfikir apa apa barang yang nak dibeli tu, meh Hidayah tunjuk kiraan dulu. Duit kita sepatutnya dibahagi kepada pecahan berikut.

photo6116281795034064916.jpg

Simpanan jangka panjang melebihi 5tahun 20%

Wang kecemasan 10%

Wang sedekah untuk kedua ibubapa 10%

Wang shopping atau wang holiday 10%

Taraa… so cukupkan duit untuk hidup senang malah ada duit simpanan lagi. Percent untuk setiap bahagian ini sangat penting untuk kita ikut ye. Jangan sesekali guna duit sedekah untuk shopping tudung baru.

Langkah ketiga adalah disiplin. Ye disiplin adalah perkara yang tersangat penting. Kalau dah tahu kiraan ini tetapi tidak ada disiplin untuk ikut then hancussss.

Seterusnya ambil tahu bagaimana cara untuk simpan duit dan dapat pulangan yang tinggi.

 

 

 

Belajar SEO & copywritting dengan Cik Sue

Hidayahwan belajar seo suraya ali.jpg

6 Sept lepas Hidayah hadirkan diri untuk belajar SEO & Copywritting dengan Cik Sue ( panggilan manja Cik Suraya Ali). Sebelum ni Hidayah ada 3 Blog yang dibina tanpa Ilmu SEO. Sudahnya separuh jalan sahaja bertahan kerana tiada trafic.

Tujuan penulisan.

Sebenarnya Hidayah baru faham blog dan SEO mesti berlari bersama untuk mendapat trafic dan berada di tangga teratas. Tujuan  kita, bila mereka diluar sana membuat carian. Blog kita lah yang dipaparkan diatas sekali. Penulisan menggunakan word yang dicari mestilah tally.

Cara Penulisan.

Penulisan mesti ada tatacara. Tajuk utama, tajuk kecil dan kandungan yang teratur itu penting bagi memastikan apa yang ditulia difahami dengan mudah oleh pembaca.

Selain itu gambar dan perenggan. Demi perenggan juga penting untuk sentiasa mandapat minat pembaca membaca hingga ke akhir penulisan.

Placeholder Image

Google

Google ada adik beradik yang perlu di berkumpul untuk makan bersama barulah hubungan adik beradik tadi akrab. Ya google adWords, google  adSense dan google business adalah 3 beradik yang mesti dihimpunkan bersama. Selain dari itu google indexing adalah satu bab penting yang mesti difahami oleh blogger.

Hidayah dapat banyak ilmu baru semasa belajar SEO & Copywritting dengan Cik Sue . Praktikal penting sebelum ke kelas seterusnya.

Lov

Hidayah

Jom travel setiap tahun secara percuma

Hidayah simpan duit travel

Mahu join saya travel setiap tahun secara percuma?

Dengan melantik diri jadi unit trust consultant di Public Mutual, kita berpeluang travel setiap tahun secara percuma. Menjadi unit trust consultant boleh secara full time atau part time. Nak tahu lebih lanjut? Ambil tahu Cara jadi Unit Trust Consultant .