Cara Urus Duit dan Tips Menyimpan

Bagaimana Cara Urus Duit dan tips untuk adakan duit simpanan.

Dapat gaji awal bulan, tengah bulan dah tak ada duit. Nak tunggu sampai ke akhir bulan sakitnya tu disini (tunjuk dada sendiri). Dari tengah bulan makanan kene catu. Tetapi ada kereta mewah dan pakaian semua branded.

Alamak tak kan pakai kereta honda civic baru tapi makan maggi( tepuk dahi).  Meh Hidayah kongsi cara urus duit dengan betul walaupun bergaji sikit tetapi kehidupan kita selesa malah boleh juga dikatakan senang. Mewah belum lagi ye, simpan dulu untuk beberapa tahun ni. Boleh ke?

Boleh sangat. Jom kita main kira- kira. Gaji bersih masing masing tahukan berapa.  Gaji kita berbezakan. Ok sekarang cuba kira berapa jumlah komitmen kita? Komitmen adalah sejumlah wang yang perlu kita keluarkan setiap bulan without fail. Ini termasuk loan rumah, kereta, semua bil( air, elektrik, telco, yuran sekolah anak dan insurans diri dan keluarga). Jumlah komitmen ni jangan melebihi 50% dari jumlah gaji bersih kita. Boleh faham kan setakat ini.

Langkah kedua pula, duit gaji masih berbaki 50% kan. Wahhh sekarang seronok kan sebab ada banyak duit lebihan. Aha sebelum terfikir apa apa barang yang nak dibeli tu, meh Hidayah tunjuk kiraan dulu. Duit kita sepatutnya dibahagi kepada pecahan berikut.

photo6116281795034064916.jpg

Simpanan jangka panjang melebihi 5tahun 20%

Wang kecemasan 10%

Wang sedekah untuk kedua ibubapa 10%

Wang shopping atau wang holiday 10%

Taraa… so cukupkan duit untuk hidup senang malah ada duit simpanan lagi. Percent untuk setiap bahagian ini sangat penting untuk kita ikut ye. Jangan sesekali guna duit sedekah untuk shopping tudung baru.

Langkah ketiga adalah disiplin. Ye disiplin adalah perkara yang tersangat penting. Kalau dah tahu kiraan ini tetapi tidak ada disiplin untuk ikut then hancussss.

Seterusnya ambil tahu bagaimana cara untuk simpan duit dan dapat pulangan yang tinggi.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.