Skim Pelaburan Ahli KW$P

Objektif skim pelaburan ahli kw$p adalah untuk mempelbagaikan simpanan persaraan kita. Kita digalakkan untuk melabur sebahagian dari simpanan mengikut citarasa kita. Saya lebih suka cakap mengikut objektif pelaburan supaya target simpanan sebelum bersara kita tercapai. Bonus untuk kita, jika ada kelebihan lain selain duit berkembang.

Syarat Kelayakan

Apa pun, jom kita tengok syarat kelayakan dulu

  1. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) atau Warganegara (berdaftar sebagai ahli kw$p sebelum 1/8/1998)
  2. Berumur 50 tahun kebawah.
  3. Mempunyai jumlah simpanan kw$p yang mencukupi mengikut umur
  4. Permohonan melalui portal atau unit trust consultant

Untuk ahli berumur 55 tahun dan ke atas pula boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55 atau 60 tahun. Pelaburan ini tidak terikat dengan mana-mana syarat skim pelaburan ahli kw$p. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat secara online.

Jumlah Kelayakan Pelaburan

Untuk mereka yang berumur bawah 50 tahun, ahli kw$p boleh pindahkan sejumlah wang simpanan untuk melabur dan cara pengiraannya adalah seperti dibawah:

Ahli berumur 35 tahun dan mempunyai jumlah simpanan sebanyak RM200K di akaun1 kw$p. Jom kita tengok berapa jumlah dia boleh melabur dari simpanan akaun1 .

Jumlah minimum yang perlu ada di akaun1

Pengiraan jumlah yang boleh dilaburkan dari akaun1 = (RM200,000 – RM57,000) x 30% = RM42,900. Jumlah yang boleh dilaburkan dari akaun1 bernilai RM42,900.

Untuk mereka yang berumur 50 tahun dan keatas pula, ahli boleh memilih untuk melabur sebahagian dari simpanan akaun1 tanpa ada syarat. Yeay.

Dokumen yang diperlukan

Untuk pengeluaran dari akaun1, hanya perlukan borang dan salinan kak pengenalan ahli. Proses diuruskan oleh Unit Trust Consultant. Nak sila klik sini https://BlogHidayah.wasap.my Ini adalah jika melalui unit trust consultant. Jika nak lakukan sendiri melalui website kw$p juga boleh jika dah faham target dan strategy pelaburan. Tapi kan ke lebih seronok, jika kita melabur dan kita dapat pulangan wang dari pelaburan dari akaun1 sendiri kan. caranya daftar je sebagai unit trust consultant. Cara jadi Unit Trust Consultant ; https://hidayahwan.com/cara-jadi-unit-trust-consultant-financial-consultant/.

Untuk pengeluaran dari akaun1 yang berumur 50tahun keatas adalah secara online. Hanya perlu daftar dan lakukan secara online di web kw$p. Nak tanya pun boleh https://BlogHidayah.wasap.

Lakukan pelaburan dari akaun1 melalui agent berdaftar sahaja

Elak diri dari terpedaya dengan scam. Yes, sila cek dulu adakah dia agent yang masih berdaftar? Semua Unit Trust Consultant wajib berdaftar dengan FIMM (Federal of Investment Manager Malaysia) Cuma search nama agent di web FIMM https://www.fimm.com.my/search/ dan boleh lihat

Kemudian, kita boleh masukkan nama agent tadi untuk membuat carian

Jika expired date adalah akhir tahun tersebut, maka agent tadi dikira aktif dan masih memegang lesen FIMM. Jika expired date adalah tahun lepas dan sebelumnya, itu membuktikan agent tersebut telah pun tidak sah. Berhati-hati dalam memilih agent yang berdaftar untuk menguruskan pelaburan kita.

Sekian.

EP£ Member Investment Scheme- Skim Pelaburan ahli KW$P

Ada skim pelaburan ahli Kw$p rupanya. Masih ada diantara kita yang belum tahu mengenai skim pelaburan ahli Kw$p ni. Pertamanya, pelaburan ahli adalah dari akaun1. Ye akaun1 bukannya akaun2 ye. Kali ni saya kupas syarat untuk kita membuat pelaburan ahli ini dan perlukah kita ambil skim pelaburan ahli kw$p ini?

Skim pelaburan ahli kw$p ni sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan malaysia. Pilihan yang flexible kepada pelabur untuk mempunyai simpanan tabung persaraan secukupnya. Melalui skim pelaburan ini, ahli kw$p yang mempunyai jumlah minimum mengikut umur yang ditetapkan boleh memindahkan sebahagian jumlah dari akaun1 mereka kepada institusi yang dilantik.

Walaupun pelaburan ahli ini dibenarkan namun, ia terikat kepada syarat yang diperkenalkan demi menjaga kepentingan ahli. Pelaburan ahli ini adalah dari akaun1, Syarat utama adalah jumlah wang di akaun1 mesti mencukupi. Ia telah ditetapkan mengikut umur ahli. Boleh rujuk jadual dibawah umur ahli berbanding jumlah minimum.

Syarat minimum yang perlu ada di akaun1 mengikut umur untuk pelaburan ahli akaun1

Seterusnya, kita tengok pula pengiraannya.

Amaun simpanan yang boleh dilaburkan adalah 30% daripada jumlah lebihan simpanan minimum di dalam Akaun1.

Cara kiraan: (Baki dalam Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30% = Jumlah yang boleh dilaburkan( jika jumlahnya melebihi RM1000.00 sahaja) Maka ahli layak untuk membuat pelaburan dari akaun1 ke unit amanah yang dilantik.

Contohnya Anne berumur 30tahun dan mempunyai simpanan di akaun1 sebanyak RM200K. Pengiraannya jadi begini (RM200K – RM35K) x 30% = RM49,500. Jumlah yang Anne boleh transfer ke syarikat unit trust yang dilantik adalah sebanyak RM49,500. Atau inilah jumlah pelaburan ahli dari akaun1 yang dibolehkan untuk Anne sekarang.

Pengiraannyang cukup mudah, nak lagi mudah? pelabur yang ada access ke http://www.kwsp.gov.my boleh semak jumlah layak dari sana.

Login website kw$p, pilih menu withdrawal, pilih withdrawal eligibility dan tengok jumlah tertera untuk member investment scheme. Itulah adalah jumlah yang telah dicalculate siap oleh pihak kw$p untuk ahlinya. Untungkan kita, dimudahkan urusan kita. Kepada ahli Kw$p yang ada mobila app, caranya lenih mudah. load app dan scroll kebawah sehingga nampak withdrawal. Klik view all dan semak jumlah bahagian skim pelaburan ahli. Sama dengan website tadi, itulah jumlah yang dibenarkan untuk ahli membuat pelaburan.

Persoalan seterusnya adalah bagaimana untuk saya mulakan pelaburan ahli ini? Kita boleh melabur sendiri melalui website pencarum sendiri. Persoalannya,

Bagaimana kita nak tahu pelaburan yang bagaimana?

Apakah perancangan pelaburan kita?

Yang lebih bagus, bila kita tahu apakah strategy pelaburan yang perlu? Untuk kita capai jumlah yang sepatunya kita capai sebelum bersara? Mungkin ada keistimewaaan lain yang kita perlu ambik tahu juga?

Persoalan begini yang banyak ditanya oleh mereka yang nak mula melabur melalui skim pelaburan ahli ini. Dari sini, selalunya perbincangan dua hala antara pelabur dan saya akan ambil masa antara 30minit ke 2 jam. Perbincangan penting dari awal agar pelabur saya faham tentang pelaburan yang mereka pilih dan bagaimana saya sebagai consultant dapat membantu beliau sehingga terjawab semua persoalan diatas.

Menjawab persoalan perlukah saya memilih skim pelabutan ahli Kw$p ini adalah bergantung kepada berapa jumlah kita perlukan selepas bersara kelak. Secara mudahnya buat pengiraan begini. Sekarang tahun 2022 diumur 30tahun, kita perlukan RM10K income. Maka itulah jumlah yang kita perlukan selepas bersara kelak, tetapi nilai RM10K sekarang tidak sama dengan nilainya 25 tahun akan datang semasa umur kita 55tahun. Convert nilainya dahulu berdasarkan inflasi semasa sekarang iaitu 5%, maka nilainya jadi RM33K. oh maiiiiii tingginya.

Bagaimana kita nak capai jumlah ini dengan jumlah duit yang kita ada sahaja. Disinilah perlunya strategy pelaburan dari awal. Untuk menjawab persoalan ini, sekali lagi kita perlu duduk berbincang untuk saya terangkan caranya termasuk strategy nya sekali. Berbincang dengan figure dari pelabur itu sendiri adalah jauh lebih logik untuk melihat sendiri didepan mata. Kerana jumlah wang yang kita perlukan tidak sama dengan jumlah orang lain.

Perbincangan specifik antara kita sahaja kan ke lebih baik kan. Maka klik disini untuk temujanji kita secara bersemuka ataupun secara online https://bloghidayah.wasap.my/

Semoga bermanfaat

HidayahWan

Kenapa pelaburan unit trust saya semakin rugi?

Saya risau dan takut ni. Pelaburan saya makin hari makin rugi. Makin susut nilai duit saya,apa perlu saya buat ya? Risau saya tengok,apa perlu saya buat ni? Makin kusut rasanya. Bukankah pelaburan semakin untung? Kalau dah semakin rugi macam ni,boleh untungke? Risau duit saya habis macamtu je.

Banyak kali soalan begini ditanya, persoalan yang saya tanya balik adalah Apakah strategi pelaburan dari awal melabur? Ramai yang terpingga bila ditanya soalan ni? KENAPA? Sebab ramai yang melabur tak faham pun konsep pelaburan unit trust dari awal.

Jom kita tengok satu persatu kenapa pelaburan unit trust rugi? Mana-mana pelaburan yang diuruskan oleh badan profesional mesti ada service charge kan. Mula-mula masukkan duit, charge akan dikenakan. Secara automatik nilai pelaburan turun dari harga asal pelaburan. Sebagai pelabur yang tidak berapa faham,dia akan panik dan mula anggap pelaburannya dah rugi.

Keduanya, pelaburan unit trust ni bergantung kepada harga seunit setiap fund. Harga seunit setiap fund adalah berbeza dan harga seunit bergerak setiap hari. Jadi pelaburan kita juga akan ada turun naiknya setiap hari. Bila ada penurunan dari sebelumnya, ramai pelabur yang tak berapa faham akan mula merasa pelaburan mereka mula mengalami kerugian. Sebenarnya, ia adalah sesuatu yang normal dalam pelaburan ni. Apa yang pelabur perlu tahu;

Pelaburan ada tempoh masa. Ada proses yang perlu dilalui dalam tempoh masa tertentu, bergantung kepada objektif dan strategi pelaburan kita. Tiada pelaburan yang memberi keuntungan dalam sekelip mata. Objektif dan strategi pelaburan ni, pelabur perlu tanya kepada agent atau consultant masa mula-mula nak mulakan pelaburan. Bila dah faham, tidak adalah isu dikemudian harikan? Namun ramai juga yang dah tanya,dah diterangkan dan dah pun faham. Lumrah kita sebagai manusia, akan lupa. Nasihat saya, tanyaje lagi pada agent atau consultant unit trust anda ye. Ada yang agent nya dah hilang dari radar? atau tidak dapat dikesan jejaknya, boleh lah tekan link ni ye https://BlogHidayah.wasap.my

Apa lagi yang pelabur perlu tahu? Adalah setiap platform pelaburan, konsep pelaburan berbeza, strategi pelaburan berbeza dan cara kita melabur semestinya berbeza. Jadi kita tak boleh bandingkan pelaburan diplatform A dengan pelaburan diplatform B. Perbandingan yang tidak seumpama mana mungkin dibandingkan. Sah-sahlah ianya tidak sepatutnya. Pelabur perlu bijak menilai dan memahami pelaburan disetiap platform ini. Setiapnya ada baik dan buruknya. Tiada mana-mana platform pelaburan yang perfect, yang helok dan baikje. Ingatni ye.

Penting untuk pelabur unit trust tahu, konsep pelaburan di unit trust seumpama kita menanam pokok durian. Menanam dari biji, perlu disemai, dibaja, disiram dan dibelai juga diracun. Pokok durian akan melalui 3fasa utama, tanam, membesar kemudian barulah berbuah. Tuan pokok durian perlu menunggu pokok durian membesar dan mengeluarkan buah durian dalam tempoh masa berapa lama? 1minggu? 1bulan? 1tahun atau paling kurang 5tahun?

Inilah dia konsep pelaburan di unit trust, ada tempoh masa untuk ditual hasilnya. Selepas 1minggu, 1bulan, 1tahun adakah pokok durian ini tadi menampakkan hasil buahnya? Jawapannya,semestinya tidak bukan. Walaupun tidak menampakkan buahnya lagi, kenapa kita yakin pokok durian ini bakal berbuah dalam jangka masa 5tahun akan datang? Kerana kita faham dan percaya pokok durian ini dalam fasa membesar dan perlukan masa. Berbalik kepada pelaburan unit trust tadi.

Konsep yang sama, jadi fahamilah pelaburan unit trust kita ini juga sedang melalui fasa yang sama. Yakin dan percayalah dengan proses yang perlu dilalui. Kerana faham kita dengan pelaburan ini, maka kita akan senyum melalui proses ini.

Sekian,semoga bermanfaat

Peluang menjana extra income sebagai Unit Trust Consultant di Public Mutual

In this challenging world, we cannot depend only on 1 source of income to get on with life.
Agree?

If you are looking for EXTRA INCOME…
And you want to SET your OWN WORKING HOURS…

UNLEASH THE POTENTIAL IN YOU❗
NOTHING IS IMPOSSIBLE❗

Say YES❗ to your…..
Extra INCOME
Extra SAVINGS
& Extra TIME

Discover your opportunity here:
⏰ Flexible working hours
💰 Earning passive income
💻 Adjustable working environment
✈️ Free 5 stars travels

Date : 26th March 2022
Time : 8.00 PM
Commitment Fee : RM22 per person

Enjoy 50% discount if you bring along your friend❗

SIGN UP for our career talk today & we’ll see you on 26th March 2022 at 8.00 PM to start exploring the vast opportunities with us!

To register, kindly scan the QR in the flyer or click on the link below:
http://shorturl.at/iuR06 (key-in your introducer – Hidayah)

Strategi Untung Maksima di Unit Trust

Bila sentuh bab pelaburan, semua nak untung je. YES UNTUNG bukan rugi. Tetapi ramai yang mengalami kerugian? KENAPA ?

Ramai yang bertanya soalan ni, investor saya atau pun investor yang kehilangan consultant. tak tahu mana nak refer dan dapat consult. Jawapannya mudah je, pelaburan ni ada strategi dan fasanya tersendiri. Semua pelabur wajib faham konsep pelaburan. Bila dah faham konsep, perlu tahu strategi untuk untung maksima pula.

Kenapa nak kene faham sedangkan dah ada consultant atau agent? Kerana yang melabur itu awak. Jadi kenalah faham. Mana mungkin kita tak faham tetapi kita humbankan duit beribu, puluh mahupun jutaan ringgit kan. Jangan melabur kerana percayakan agent semata-mata. Yang UNTUNG atau RUGInya diri sendiri.

FASA 1 TANAM – FASA KUMPUL CAPITAL

Secara jelas pelaburan di unit trust ada 3 fasa penting, pertama fasa kumpul capital (kalau boleh lump sum lagi superB). Kerana ramai anak muda melabur secara bulanan, jadi kita namakan dia proses kumpul kapital. Dalam proses ni, selalu investor akan cakap pelaburan dia rugi. Sebenarnya bukan rugi tetapi dia tidak faham, dia menjalani fasa 1.

Dalam fasa kumpul capital ni, saya lebih suka jika pelaburan saya nampak rugi. sebenarnya kerana penurunan harga semasa. Untung untuk saya, kerana bulanan saya auto invest dan saya dapat harga seunit lebih murah. Jadi unit yang saya kumpul adalah lebih banyak.

Tempoh proses kumpul capital ini pula, lebih pendek lebih bagus kerana kebanyakan investor tidak sabar nak tengok duitnya berganda. Selagi investor dalam proses kumpul capital, selagi itu investor belum dapat lihat duitnya berganda.

FASA 2 GROW – FASA BIAR PELABURAN BERGANDA

Serius ramai investor tidak akan sabar melalui fasa ni. Mula lah investor akan rasa tak padan la invest, letak kat sana lagi untung la, dan macam-macam lagi. Saya suka pesan kat investor saya, dah tanam pokok durian, harini tanam, 5 tahun lagi baru dia mula berbuah. Sepanjang tempoh tu WAJIBLAH SABAR. Ibu mengandung pun kene tunggu 9 bulan 10 hari kan. Pelaburan unit trust ni bukan saham. Cuba buktikan pada saya, trader yang kaya dan kekal kaya? Tak ada. Yang kaya dan kekal kaya adalah investor. Trader dengan investor tu jauhhhh sangat bezanya. Kemudian saya kupas bab ni ye.

Apa pelabur kene buat sepanjang tempoh fasa ni? Fasa ni lagi lama lagi bagus. Yelah pokok baru matang dengan dah lama matang lagi elok yang dah lama matang kan. Buahnya pun jauh lebih helok dari buah baru? SETUJU? Maka biarkan pelaburan ni melalui fasa GROW ni lebih lama dan mula tanam pokok baru.

Buka fund baru dengan jumlah pelaburan yang sama, atau lebih banyak. Pokok pertama dah mula nak membesar, tak kan nak tanam 1 pokok je. Tanamlah pokok durian ke2 dan ke3 dan seterusnya pula kan. Kenapa tak boleh tanam 5 pokok sekaligus terus? Boleh je kalau capital banyak dan mampu SABAR tengok kesemua 5 pokok melalui fasa GROW ni serentak ye. Kebanyakan investor akan cakap 5 fund aku semua pun tak untung lagi, semua duk rugi lagi. Pernah dengar ayat ni kan?

Sepanjang fasa GROW ni, mungkin investor akan melalui episod kejatuhan ekonomi dunia atau pokok terkena serangga perosak. Nak buat apa? Ini adalah PELUANG SUPERB yang BESAR. Kenapa saya cakap begitu? Kerana ia peluang untuk kita kasi BAJA SUPERB kepada pokok kita. Top up jumlah capital yang ada untuk mempercepatkan pertumbuhan dan proses pokok kita keluarkan buah.

Kan sekarang ada proses paksa pokok berbuah cepat, ha gitulah konsepnya. Peluang begini, bukan semua orang dapat. Yang dapat, bersyukurlah. Bila peluang ni di realitinya? Awal PKP 2020. Itulah dia. Yang NAMPAK peluang SUPERB dan TOP UP pada masa tu, itulah yang MENDAPAT UNTUNG MAKSIMA sekarang.

Nah sekarang jelas tentang 2 fasa ni? Mudah kan…. pokoknya faham dan sabar. Ingat pesan saya ni SABAR ITU DUIT.

FASA 3 TUAI HASIL – AMBIL IKUT KEPERLUAN

Bila dah sampai musim menuai hasil, tuailah ikut keperluan. Jangan diambil semua sekali hingga habis. Buah durian dipokok, kita ambil ikut keperluan kita kan. Kita tak kait buahnya semua sekali kan. Pokok durian ni pandai, buah yang dah masak jatuh sendiri. Maka kita kutip yang dibawah sahaja. Habis tu pelaburan ni macam mana pula? Ada yang jatuh sendiri ke riba kita ke?

Kelakarnya ayat investor ni, kita ambil la ikut keperluan. Sekarang di unit trust, mudah kita boleh set sejumlah duit yang masuk ke akaun bank kita secara bulanan ikut kehendak kita. Lebih bagus kita set jumlah distribution supaya capital dan untung dalam fasa 1 dan 2 tidak berkurang.

Kenapa tak nak berkurang? Sejumlah itu akan bersamaan dengan FREE TAKAFUL dari unit trust kepada premium investor (Pelaburan melebihi RM150K sahaja) Baca sini untuk lebih jelas.

Ha sekarang macam mana? Faham kan? Mudah kan? Senang kan bila dah faham strategi ni? Nak mula melabur atau nak re-align pelaburan saya klik sini

Pilihlah consultant pilihan yang mana satu ye. Mereka ni semua HEBAT dan FAHAM sangat tentang strategi pelaburan ni. Group kami di HW Agency lain dari yang lain. Kami suka bila investor kami faham konsep dan strategi pelaburan. Kami juga dah buat perbincangan secara online sejak 2020 lagi. Maka dimana pun investor kami, bagi kami mudah bila investor kami pun mudah untuk berbincang.

Semoga bermanfaat.

HidayahWan