The Secret of 6 Money Rules / Rahsia 6 Peraturan Wang

Ada 6 Money Rules / Peraturan Kewangan yang semua orang perlu tahu seawal 20 tahun. Jika belum tahu baca, fahamkan dan praktiskan secepat mungkin. Saya kupas setiap satu sebaik mungkin bagi pemahaman kita untuk praktikkan terus ye.

1. Peraturan 50/30/20

Ini adalah peraturan paling basic yang semua orang perlu tahu. Mereka yang berjaya keluar dari kebergantungan kepada gaji semata adalah mereka yang disiplin ikut cara uruskan kewangan mengikut ratio ini. Seawal gaji bulan pertama, bahagikan gaji mengikut ratio ini.

  1. 50% adalah keperluan hidup
  2. 30% adalah kehendak dalam kehidupan
  3. 20% adalah matlamat kehidupan

Gunakan sebaiknya hanya 50% dari jumlah gaji kita untuk keperluan hidup kita termasuk makan, bayaran rumah dan juga keperluan wajib ada dalam kehidupan kita. 30% adalah kehendak kita termasuk kereta, motor, bercuti dan material. 20% pula agihkan untuk matlamat yang kita mahu simpanan dan pelaburan yang patuh shariah dan sah disisi undang-undang. Mula dan disiplin kan diri sampai bila-bila.

2. Peraturan Angka 72

Rules 72 adalah satu formula diiktiraf sebagai satu keajaiban dunia dalam mengembangkan duit kita. Formula ini menentukan berapa lama duit yang dilaburkan berganda dengan berapa % keuntungan setiap tahun. Contoh mudah jika potensi dividen yang diberikan adalah 10%, maka kiraannya adalah 72/10 = 7.2 tahun. Ini bermaksud duit yang dilaburkan bakal menjadi sekali ganda dalam masa 7 tahun 2 bulan jika keuntungan adalah sebanyak 10% setiap tahun. Sifir mudah yang perlu dipegang oleh pelabur, dan kebanyakan dari pelabur faham dengan formula ini.

3. 3 ke 6 Bulan Simpanan Tabung Kecemasan

Wajib ada simpanan tabung kecemasan sejumlah 3 ke 6 bulan penggunaan. Bila disebut tabung kecemasan, ada yang tanya macam mana nak tahu jumlah yang patut ada untuk sebulan? Kiraan jumlah tabung kecemasan adalah bergantung kepada gaya hidup dan kebarangkalian musibah kecil untuk kita. Apa yang perlu diambil kira adalah bil klinik jika sakit, bil baiki kenderaan kegunaan harian, perbelanjaan perlu jika ada keperluan untuk kita pulang ke kampung kerana kematian contohnya. Tabung Kecemasan ini adalah penyelamat kita juga dari meminjam duit orang ataupun badan yang tidak sah disisi undang-undang.

4. Peraturan 300

Peraturan 300 ini sangat menarik kerana ia adalah 1 formula untuk kita mengetahui berapa jumlah yang perlu kita laburkan untuk kita mengekalkan cara hidup yang sama selepas kita bersara kelak. Peraturan ini ramai belum tahu, jom saya kongsikan formula ini.

Contoh gaji kita sekarang adalah RM10,000 sebulan.

Jumlah yang perlu kita ada dalam pelaburan kita adalah RM10,000 x 300 = RM3,000,000 ini kerana potensi dividen dari pelaburan medium risk adalah sebanyak 8%, dan kita bakal peroleh RM20,000 sebulan hasil dari dividend sahaja. Kenapa RM10,000 sekarang tapi kita perlu RM20,000 selepas bersara? Ini selepas diambil kira purata kita bakal bersara dalam jangka masa 10 tahun akan datang dan inflasi bakal meningkat sebanyak sekali ganda untuk keseluruhan perkara. Menarik kan? 3 Juta tu banyak? ye memang banyak.

5. Peraturan 20/4/10

Paraturan ini jarang diberitahu maka ia sangat jarang dipraktikkan. Peraturan yang rare hanya dipraktikkan oleh manusia rare. Kenapa saya kata begitu? Kerana peraturan ini adalah untuk kita praktik bila beli kehendak kita tetapi ia tetap dikatakan keperluan oleh ramai orang, beli kereta dan kita bayar secara ansuran kepada bank.

Apakah 20/4/10? Ia adalah bila kita beli kereta, kita mesti bayar 20% down payment harga kereta tersebut. Kenapa perlunya 20%, kerana ia untuk kita laksanakan no 4 selepas itu, iaitu ansuran bayaran kereta kita kepada pihak bank mestilah hanya dalam masa 4 tahun sahaja. Ini adalah figure yang menjadikan kita lebih cerdik dari bank, kerana ini adalah jumlah seminimum mungkin kita kepada pihak bank walaupun secara ansuran. Cuba kira bayaran kereta kita sekarang.

Selain dari itu 10 adalah guna hanya 10% dari jumlah gaji kita untuk bayaran kereta, kalau dilihat dari gaji RM10, 000 sebulan maka maximum bayaran ansuran kereta hanyalah RM1000 sebulan. Masukkan juga figure service kereta tersebut. Pegang kata-kata ini, kereta akan susut nilai setiap bulan selepas kita keluarkan dari showroom.

6. 3 kali Ganda Bayaran Rumah

Peraturan untuk bayaran rumah ni mudah je, bayaran tahunan rumah mestilah tidak melebihi 3 kali ganda gaji bulanan kita. Jika gaji bulanan kita RM10,000, maka jumlah bayaran ansuran rumah kita pula mestilah tidak melebihi RM30,000 untuk setahun.

RM10,000 x 3 = RM30,000/12 bulan = RM2500 sebulan

Jumlah ini mestilah termasuk maintenance rumah seperti cukai tanah, cukai pintu, dan semua bil rumah yang lain. Kenapa tidak melebihi RM2500? Supaya kita termasuk dalam golongan bijak yang ikut rules no 1 dan kita ada wang untuk tabung kecemasan, wang untuk simpanan dan melabur.

Inilah dia cara mereka yang bijak mengurus kewangan, dan kebanyakan mereka boleh memindahkan diri dari golongan B40 kepada M40 dan tak mustahil ke T20. Semuanya mesti melalui proses dengan disiplin yang tinggi. Perlukan guide untuk pengurusan kewangan dan pelaburan klik sini ye https://BlogHidayah.wasap.my

HidayahWan

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.